Sunday, September 17, 2017

Horien Eye Secret 38% 3 Months Colour Contact Lens

Salam Ladiess ♥

Dah lama cari contact lens yang sesuai selama ni sebab sebelum ni pernah pakai contact lens tapi tak selesa dengan mata aku, sebab tu aku ni jarang pakai contact lens so, kalau beli tu wajib la cari yang paling bagus dan clear bila pakai.. tapi yang ni serius.. bila aku pakai lens Horien Eye Secret 38% 3 Months Colour Contact Lens tersangat best, selesa yang paling penting jelas pemandangan. haha gitu kan... Di datangkan dengan rekaan yang cantik , pelbagai warna dan saiz. terus setiap hari pakai contact lens..

Horien Eye Secret adalah salah satu jemana keluaran Taiwan yang terbesar didunia. Dimalaysia terdapat ramai pengguna Horien Eye Secret telah jatuh cinta dengan kelaianan dan keistimewaannya. kandungan Air 38% dapat menyimpan kelembapan pada kanta lekap dan sesuai dipakai dalam jangka masa yang panjang.


Friday, September 15, 2017

Little Innoscents Organic Baby Skincare

Salam Ladiess ♥

Pelbagai jenama produk baby yang kita dengar dipasaran sekarang, setiap produk ada kelebihan tersendiri. tapi Little Innoscents Organic Baby Skincare sangat menarik minat aku sebab packaging nya yang sangat coloufull, sangat comel untuk si manja.. gitu kan.. hehe yang paling penting Little Innoscents Baby Skincare adalah produk organic yang sangat bagus untuk kulit. sesuai untuk bayi dan ibu.

aku diberi peluang untuk mencuba dan berkongsi pada semua tentang pengalaman mengunakan produk Little Innoscents Organic Baby Skincare serta kelebihan setiap produk. sebelum tu mari berkenalan dengan dengan Little Innoscents Organic Baby Skincare sebelum aku terangkan kelebihan setiap produk.

Little Innocents adalah jenama Australia dan ditubuhkan pada tahun 2007. Ia adalah salah satu syarikat penjagaan kulit dari bahan organik yang pertama diiktiraf sebagai organik yang disahkan. Produk penjagaan ini adalah 100% dari bahan organic yang bebas dari bahan sintetik, praben, SLS dan SLES, petrokimia, dan bahan GM.

Monday, September 11, 2017

Natural Elixirs Hijab Shampoo Untuk Wanita Bertudung

Salam Ladiess ♥

Dah jadi sinonim kita sebagai seorang wanita bila bercakap tentang penjagaan rambut memang semua tak ambil mudah sebab rambut adalah amat penting bagi wanita. lagi-lagi wanita yang berhijab sepanjang hari. keselesaan dan kesegaran yang dicari bergantung pada shampoo yang sesuai. betul kan? ianya untuk memasti rambut tak berminyak dan kelihatan bermaya walaupun bertudung.

memperkenal Natural Elixirs Hijab Shampoo yang sangat sesuai untuk wanita bertudung. shampoo yang diperbuat daripada bahan-bahan organik semulajadi. ianya bertindak mengurangkan rambut gugur dan kelimumur. sejak aku mengunakan Natural Elixirs Hijab Shampoo ni kegatalan kulit kepala semakin kurang dan sentiasa segar walaupun bertudung sepanjang hari.

Hijab syampu 300ml 
Naturally Organic
Syampu Anti-Gugur
Sesuai untuk wanita bertudung dan semua jenis rambut.


Natural Elixirs Hijab Shampoo dapat mengelakkan dan mengawal keguguran rambut , Kelemumur dan minyak berlebihan. Formula Syampu Hijab mengandungi bahan-bahan organik yang kaya dan berkhasiat minyak Nettle Oil, Chamomile Extract dan Oil Tea Tree untuk menguatkan, melindungi dan mencegah kerosakan rambut dan keguguran rambut.

Sunday, September 10, 2017

RM600 Credit SG Shop Habis Shopping..

Salam Ladiess ♥

Kush semangat habis rm600 mak ai.. giler arh beli apa tu? yes! macam-macam dapat sg shop malaysia ni.. sampai tak habis pusing kalau dapat 1k pun boleh habis macam ni.. nampak tamak kan.. hahaha and Alhamdulillah la ini namanya rezeki jatuh dari langit. aku dianggap bertuah kerana memenangi credit giveaway dari blogger terpilih dan disponser oleh Sg Shop. Syukur!

bila terokai website ni sebenarnya banyak barang yang kita boleh dapat, kakadang tak pernah terfikir pun akan beli sesuatu barang tu, tapi memang beli jugak sebab murah yak amat. betul. mula tu memang fikir nak beli ape ni credit banyak sangat tapi lepas explore satu-satu memang banyak benda boleh dapat dalam sg shop.

aku share dengan adik je shopping, dia pun runsing sampai satu hari menghadap web sg shop untuk tengok semua barang.. aku beli barang secara berperingkat, maksudnya abam posmen tu datang hantar dua kali..


gambar ni barang yang kedua baru sampai, aku yang ada meeting pagi tu terus laju-laju balik.. katanya rindu kat anak.. padahal excited barang sgshop sampai.. waw! besarnya percel.. 😍

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna