Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 ♥



Assalamualaikum^^




Salam 1 Muharam salam maal hijrah yang ke 1433 untuk anda semua.. Semoga hari ini akan lebih bermakna dari hari-hari yang lalu.. mulakan tahun baru ini dengan kehidupan yang lebih bermakna bersama keluarga dan insan tersayang 


Sempena 1 Muharam ni lily nak story sikit tetiba teringat zaman muda muda dulu.. makan makjun lebih. dulu masa sekolah menegah kalau sambut maal hijrah mesti gediks semacam je..hakhak. bukan mengedik nak ngorat jantan..sorry ye.. tapi jadi lain macam sikit sebab cikgu kata boleh pakai baju raya.. kita pun apa lagi.. cikgu tak habis cakap lagi.. kami kami ni dok sokseh sokseh kat belakang, ''weh hang nak pakai baju kaler ape esok? tak tau lagi tengok dulu la nanti aku p tengok kat elmari ada kaler apa." macam tu la lebih kurang dialognya.


Esoknya semua pakat-pakat melaram dengan baju raya warna warni mengerlip mengerlap..
Semangat apa tak tau.. masa tu makna maal hijrah pun tak tau kot.. nak seronok je lebih..kelakar.


Himpun ramai-ramai kat sekolah pastu nanti cikgu cakap nak kena p berarak satu kampung.
wahh..seronok kemain lagi dapat jalan ramai-ramai.. lily tak dapat bayangkan kenapa seronok sangat time tu..kalau sekarang nak p kedai cenoneh depan rumah nak drive. punya malas nak jalan. 


Hampir setengah jam pusing satu kampung.. pastu orang-orang kampung pun cepat keluar depan pintu tengok perarakan kitaorang satu sekolah.. macam ada bawak pengatin je yang semua orang keluar tengok.


Dalam perarakan tu pulak kena nyanyi lagu maal hijrah.. kitaorang dok menyembang jadi jakun macam tak pernah tengok kampung.. tahu-tahu je dah sampai kat sekolah balik. huhh.. penat jugak jalan ni tapi tak terasa sangat sebab banyak sembang..hakhak.. jahat kan.


sampai situ jela cerita lily.. kenagan masa 11 tahun yang lalu.. lama dah kan..
ok.. korang semua ada story maal hijrah tak? kongsi la ngan lily^^




P/s: Selamat Tahun Baru.