Lazada Malaysia

Thursday, May 31, 2012

Sifat Terpuji Manusia Ciptaanya

Assalamualaikum^^

Comel kan..kan..kan.. :D

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam



Credit : Share Facebook

p.s : Terima Kasih Sudi Baca..

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday | Hargai Botol-Botol

Assalamualaikum^^
Kuikuikui.. Jom try buat dengan kita.



p.s : Follow Step by step :p

Drama Bersiri - Tentang Dhia | Full Vision

Assalamualaikum^^


Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia ( Nora Dhanish ) , yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya . Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly ( Izreen Azminda ) , yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai . Raffi ( Irfan Roslan ) dan Azmi ( Ako Mustapha ) , dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang .

Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa , Azmi adalah seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati . Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi , walaupun Raffi , jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil.

Tergamam apabilanmelihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan & kekecewaan. Namun hatinya ikhlas mencintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan reda dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi & menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi "jerat" yang dipasang Melly memakan dirinya endiri apanila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan & terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi & Melly ditangkap basah penduduk kampung & ditahan di lokap polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunaeka akan mereka akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi & majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang, Namun, majlis mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan dari Azmi. Mereka mahukan Azmi bertanggungjawab ata perbuatannya sehingga Melly mengandung,

Sekali lagi, Dhia diuji & ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi & Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shila) yang juga pekerja firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak mengerjakan olat Jumaat. Zikir datang ke kampung Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang & ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata mereka bertentang, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi & apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?

Tentang Dhia :: Episod 1
Tentang Dhia :: Episod 2
Tentang Dhia :: Episod 3
Tentang Dhia :: Episod 4
Tentang Dhia :: Episod 5
Tentang Dhia :: Episod 6
Tentang Dhia :: Episod 7
Tentang Dhia :: Episod 8
Tentang Dhia :: Episod 9
Tentang Dhia :: Episod 10
Tentang Dhia :: Episod 11
Tentang Dhia :: Episod 12
Tentang Dhia :: Episod 13
Tentang Dhia :: Episod 14
Tentang Dhia :: Episod 15
Tentang Dhia :: Episod 16
Tentang Dhia :: Episod 17
Tentang Dhia :: Episod 18
Tentang Dhia :: Episod 19
Tentang Dhia :: Episod 20
Tentang Dhia :: Episod 21
Tentang Dhia :: Episod 22
Tentang Dhia :: Episod 23
Tentang Dhia :: Episod 24
Tentang Dhia :: Episod 25
Tentang Dhia :: Episod 26
Tentang Dhia :: Episod 27
Tentang Dhia :: Episod 28
Tentang Dhia :: Episod 29
Tentang Dhia :: Episod 30 - End

p.s : Selamat Menonton - share by ceritamaster

Tuesday, May 29, 2012

Drama Tv Series - Bicara Hati | Episod 6

Assalamualaikum^^

Drama Tv Series - Bicara Hati.
Episod 6




Credit : Privacy Youtube

p.s: Selamat Menonton!

Drama Tv Series - Bicara Hati | Episod 4

Assalamualaikum^^

Drama Tv Series - Bicara Hati.
Episod 4




Credit : Privacy Youtube

p.s: Selamat Menonton!


Drama Tv Series - Bicara Hati | Episod 3

Assalamualaikum^^

Drama Tv Series - Bicara Hati.
Episod 3




Credit : Privacy Youtube

p.s: Selamat Menonton!

Drama Tv Series - Bicara Hati | Episod 1

Assalamualaikum^^

Drama Tv Series - Bicara Hati.
Episod 1






Credit : Privacy Youtube

p.s: Selamat Menonton!

Drama Bersiri - Bicara Hati | Full Vision

Assalamualaikum^^


Bicara Hati mengisahkan Tengku Syahran dan Zahlia bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

Adaptasi Novel Bicara Hati - Damya Hanna

Bicara Hati :: Episod 1
Bicara Hati :: Episod 2
Bicara Hati :: Episod 3
Bicara Hati :: Episod 4
Bicara Hati :: Episod 5
Bicara Hati :: Episod 6
Bicara Hati :: Episod 7
Bicara Hati :: Episod 8
Bicara Hati :: Episod 9
Bicara Hati :: Episod 10
Bicara Hati :: Episod 11
Bicara Hati :: Episod 12
Bicara Hati :: Episod 13
Bicara Hati :: Episod 14
Bicara Hati :: Episod 15
Bicara Hati :: Episod 16
Bicara Hati :: Episod 17
Bicara Hati :: Episod 18
Bicara Hati :: Episod 19
Bicara Hati :: Episod 20
Bicara Hati :: Episod 21
Bicara Hati :: Episod 22
Bicara Hati :: Episod 23
Bicara Hati :: Episod 24
Bicara Hati :: Episod 25
Bicara Hati :: Episod 26 - End

p.s : Selamat Menonton

Drama Bersiri - Gemersik Kalbu | Full Vision



Assalamualaikum^^


Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.
Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.
Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?



Adaptasi Novel Gemersik Kalbu - Anis Ayuni


Gemersik Kalbu :: Episod 1
Gemersik Kalbu :: Episod 2
Gemersik Kalbu :: Episod 3
Gemersik Kalbu :: Episod 4
Gemersik Kalbu :: Episod 5
Gemersik Kalbu :: Episod 6
Gemersik Kalbu :: Episod 7
Gemersik Kalbu :: Episod 8
Gemersik Kalbu :: Episod 9
Gemersik Kalbu :: Episod 10
Gemersik Kalbu :: Episod 11
Gemersik Kalbu :: Episod 12
Gemersik Kalbu :: Episod 13
Gemersik Kalbu :: Episod 14
Gemersik Kalbu :: Episod 15
Gemersik Kalbu :: Episod 16
Gemersik Kalbu :: Episod 17
Gemersik Kalbu :: Episod 18
Gemersik Kalbu :: Episod 19
Gemersik Kalbu :: Episod 20
Gemersik Kalbu :: Episod 21
Gemersik Kalbu :: Episod 22
Gemersik Kalbu :: Episod 23
Gemersik Kalbu :: Episod 24 - End

p.s : Selamat Menonton - share by ohmedia

Drama Bersiri - Cinta Buat Emelda | Full Vision

Assalamualaikum^^



Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emira seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emira terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung. 

Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira.



Adaptasi Novel Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa


Cinta Buat Emelda :: Episod 24 - End
Cinta Buat Emelda :: Episod 23
Cinta Buat Emelda :: Episod 22
Cinta Buat Emelda :: Episod 21  
Cinta Buat Emelda :: Episod 20
Cinta Buat Emelda :: Episod 19
Cinta Buat Emelda :: Episod 18
Cinta Buat Emelda :: Episod 17
Cinta Buat Emelda :: Episod 16
Cinta Buat Emelda :: Episod 15
Cinta Buat Emelda :: Episod 14
Cinta Buat Emelda :: Episod 13
Cinta Buat Emelda :: Episod 12
Cinta Buat Emelda :: Episod 11
Cinta Buat Emelda :: Episod 10
Cinta Buat Emelda :: Episod 9
Cinta Buat Emelda :: Episod 8
Cinta Buat Emelda :: Episod 7
Cinta Buat Emelda :: Episod 6 
Cinta Buat Emelda :: Episod 5 
Cinta Buat Emelda :: Episod 4 
Cinta Buat Emelda :: Episod 3
Cinta Buat Emelda :: Episod 2
Cinta Buat Emelda :: Episod 1 

p.s : Selamat Menonton - share by ohmedia

Monday, May 28, 2012

Drama Bersiri - Ariana Mikhail | Full Vision



Assalamualaikum^^


Cerita bermula di Paris, France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti, hubungan mereka rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris daripada Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia.

Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Jamil meminta maaf bagi pihak Mikhail, kerana mereka baru sahaja sampai bercuti di Paris. Ariana boleh sedikit berbahasa Peranchis mengingatkan Jamil agar menjaga tingkah laku Mikhail. Bagi membalas budi,Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail mengingatkan Jamil jangan buang masa sebab kalau nak gadis melayu balik ke Kuala Lumpur nanti mereka akan bertemu ramai. Jamil menasihatkan Mikhail jangan bongkak nanti dia akan tergila-gilakan Ariana. Tetapi Mikhail ketawakan kata-kata Jamil serta menyuruh Jamil saja mengorat Ariana sekiranya dia berminat.



Ariana Mikhail :: Episod 1
Ariana Mikhail :: Episod 2
Ariana Mikhail :: Episod 3
Ariana Mikhail :: Episod 4
Ariana Mikhail :: Episod 5
Ariana Mikhail :: Episod 6
Ariana Mikhail :: Episod 7
Ariana Mikhail :: Episod 8
Ariana Mikhail :: Episod 9
Ariana Mikhail :: Episod 10
Ariana Mikhail :: Episod 11
Ariana Mikhail :: Episod 12
Ariana Mikhail :: Episod 13
Ariana Mikhail :: Episod 14
Ariana Mikhail :: Episod 15
Ariana Mikhail :: Episod 16 - End


p.s : Selamat Menonton - share by ceritamaster

Drama Bersiri - Ameera | Full Vision

Assalamualaikum^^

Sinopsis penuh Ameera. AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju. Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung. Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?




Ameera :: Episod 1 | Ameera :: Episod 2 | Ameera :: Episod 3 | Ameera :: Episod 4


Ameera :: Episod 5 | Ameera :: Episod 6 | Ameera :: Episod 7 | Ameera :: Episod 8


Ameera :: Episod 9 | Ameera :: Episod 10 | Ameera :: Episod 11 | Ameera :: Episod 12


Ameera :: Episod 13 | Ameera :: Episod 14 | Ameera :: Episod 15 | Ameera :: Episod 16


Ameera :: Episod 17 | Ameera :: Episod 18 | Ameera :: Episod 19 | Ameera :: Episod 20


Ameera :: Episod 21Ameera :: Episod 22Ameera :: Episod 23 | Ameera :: Episod 24 


Ameera :: Episod 25



p.s : Selamat Menonton - share by Lily/tvdrama

Drama Tv Series - Bicara Hati | Episod 5

Assalamualaikum^^

Drama Tv Series - Bicara Hati.
Episod 5



Credit : Privacy Youtube

p.s: Selamat Menonton!

Drama Bersiri - Nora Elena | Full Vision

Assalamualaikum^^


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Adaptasi Novel Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha


Nora Elena :: Episod 1
Nora Elena :: Episod 2
Nora Elena :: Episod 3
Nora Elena :: Episod 4
Nora Elena :: Episod 5
Nora Elena :: Episod 6
Nora Elena :: Episod 7
Nora Elena :: Episod 8
Nora Elena :: Episod 9
Nora Elena :: Episod 10
Nora Elena :: Episod 11
Nora Elena :: Episod 12
Nora Elena :: Episod 13
Nora Elena :: Episod 14
Nora Elena :: Episod 15
Nora Elena :: Episod 16
Nora Elena :: Episod 17
Nora Elena :: Episod 18
Nora Elena :: Episod 19
Nora Elena :: Episod 20
Nora Elena :: Episod 21
Nora Elena :: Episod 22
Nora Elena :: Episod 23
Nora Elena :: Episod 24 - End

p.s : Selamat Menonton - share by tvdrama

Drama Tv Series - Bicara Hati | Episod 2

Assalamualaikum^^

Drama Tv Series - Bicara Hati.
Episod 2





Credit : Privacy Youtube

p.s: Selamat Menonton!

Tuesday, May 22, 2012

Perbanyakan Beribadat Kepada Allah ♥

Assalamualaikum 

Lily Baru online tadi bukak facebook suma orang cakap nak pergi bukak puasa.. lily pun 'eh kenapa pulak? puasa ganti kot ?? pastu lily tengok kelender, konon - konon nak kira berapa hari lily tinggal puasa tahun lepas then baru perasan hari ini 1 rejap! Alamak kenapa baru hari lily tengok kelender kenapa tak semalam. huh.
Memang sebelum ni lily dah berniat nak puasa tapi lily dah terlepas 1 hari ini..ish tak best la.. lily nak puasa pada 1 rejap.. nak buat macam mana kan..
Niat lily akan teruskan jugak untuk berpuasa walaupun terlepas pada hari pertama rejap.

Ni lily bagi kelebihan bulan rejap. Renung-renungkan.. 
Ayat copy paste!

  • Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescayaAllah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
  • Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
  • Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malamNISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
  • Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
  • Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
  • Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
  • Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
  • Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
  • Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
  • Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu.
  • Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
  • Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
  • Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
  • Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
  • REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
  • REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
  • REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


p/s : Selamat Beramal.
Tulisan nak biru-biru gitu tanda kedamaian. piss.

Monday, May 21, 2012

TIPS KESIHATAN | ALLAH MAHA KAYA !

Assalamualaikum^^
Entry copy paste hari ni.. malas gile nak menaip.huhuuhu :)
jom share ramai-ramai.


Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita 
mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri. 

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani.


credit : share facebook

Terima kasih sebab sudi baca entry lily.

Sunday, May 20, 2012

1st Mini Giveaway by Lieyna Rosli

Assalamualaikum^^


klik banner untuk join :)


Syarat-II GiveAway :
>> Warganegara Malaysia.
>> Mempunyai akaun Facebook.
>> Follow blog , Like fanpage ini. *untuk tahu perkembangan GA.

Cara-II nak join GiveAway :
>> Buat entry bertajuk " 1st Mini Giveaway by Lieyna Rosli " .
>> Tempekkan banner di atas & linkkan balik ke entry ni .
>> Tag 2 rakan blogger(lebih lagi bagus). Pastikan mereka tahu .
>>  WAJIB Follow Like semua sponsor di bawah .
>> Siap? Hantar LINK PENYERTAAN bukan LINK BLOG di kotak komen.



Tag : nana | umi 


p/s : jom join kita support cik Lina :D

Tuesday, May 15, 2012

Tak Perlu Disesali

Assalamualaikum^^

Lama giler kot aku tak cite soal hati dan perasaan kat blog nih ! aku lebih banyak pendam je daripada aku robek-robek hati aku ni.. cite ni bukan diantara aku dengan blog je, tapi melibatkan banyak pihak untuk diperkatakan, namun aku tetap akan sembunyikan jugak di mata kasar mereke-reke..

Huh ! terlalu berat nak aku coretkan tentang sekeping hati yang tercalar balar, rosak diconteng arang debu yang kian hancur setelah dililt oleh ular panjang lidah..

Dari dulu hingga kini aku banyak berkorban demi pertahankan kesabaran yang sudah lama aku bendung, rapi je aku simpan, tak terusik pun !
Tapi hari ini biarlah aku lontarkan dua tiga bijik patah perkataan untuk kau merasai kepayahan aku demi sesuatu yang aku inginkan.. semua orang pun mesti ada ingin sesuatukan ?? macam tu jugak aku insan yang lemah lagi hina.. cehh..

Kalau nak diikutkan peredaran masa, ini adalah cerita lama kot lebih kurang 6 tahun lalu.. namun masih segar diingatan aku bagaikan baru semalam berlalu..

Dulu aku hanya seorang insan biasa, sekarang pun biasa jugak. takde lah sampai jadi alean workshop yang kale ijau tuh! kiranya aku ni bukanlah susah sangat, senang la jugak ada kemudahan nak pergi keje. aku keje naik bas setiap 5 hari seminggu.. aku keje admin je pun.. gaji pun bukan banyak sangat. tapi ok la kan sebab cukup sekadar nak tanggung perut comel aku ni je..

Aku menjalani kehidupan bekerja seperti biasa sehinggakan aku merasankan kesulitan berlaku sikit demi sikit.. sampai satu masa aku dah tak mampu lagi nak naik bas.. bukan aku tak nak tapi susah kalau hujan aku basah, payung pun tak cukup nak lindung aku, sebab payung hanya diatas kepala, tapi kat bawah orang langgar lecak habis terbang kena kain aku.. orang lain pergi keja bersih tapi aku kotor.. hina.. sedih..

Jadi aku mengambil keputusan untuk cari duit lebih, aku berniat nak beli kereta memandangkan aku dah lama ada lesen! aku berazam bekerja keras siang malam, turun naik bas, jalan kaki, hujan panas sehinggakan aku tak sempat nak jumpa sesiapa.. akan tetapi mereka-reka itu tak faham kesimpitan aku, aku di cerca , hina dan mengata aku.. aku tolak tepi semua yang karut itu !...

Aku tetapkan tujuan aku! sehingga sampai satu masa aku main duit kutu untuk simpanan duit yang banyak.. dulu aku tak pandai nak bisnes sana-sini, sekarang kau jangan cakap la dah expert gilerr! heheehe..

Duit yang aku dapat dari keje part time tak pernah aku pakai.. ada jugak yang tanya aku keje part time ape ?? aku just bagi tahu keje cashier je kat parkson, memang aku dah biasa keje sejak umur 17 tahun lagi..sebab tu bos kat parkson sayang aku dia tak bagi aku benti keje.. gaji okey jugak 4 jam je keje..

 Ni lah aku masa keje part time kat parkson dulu.. ada muka semangat kental tak ?? hehhe

Balik dari keje opis je aku terus siap-siap nak masuk keje part time pulak.. kalau nak diikut penat jangan cakap la kan.. aku kena hadapi semua dugaan.. terkejar-kejar aku takut terlepas bas.. hmm..

Bulan puasa, orang lain bukak puasa dengan family tapi aku kena keje.. memang kehendak aku walaupun ape yang aku lalui nampak macam aku buat-buat happy.. !! itu pun mereka-reka masih tak faham, masih lagi nak mengata aku macam-macam..

Setelah puas berusaha aku dapatkan duit banyak ditambahkan dengan kutu yang aku dapat ! dapatlah aku bayar downpayment untuk beli kereta.. aku bukan lah orang kaya nak beli kereta mahal gilerr, walaupun aku memang teringin nak memiliki BMW sejak dari tingkatan 3 lagi..

Maka dengan itu mempersembahkan kereta yang paling aku sayang diabad ini diberi nama ADI PUTRA! sayang dia.. inilah hasih titik peluh aku siang malam.. aku rasa bangga dengan diri aku sebab aku mampu memiliki kereta ni tanpa bantuan sesiapa walaupun hanya seposen dari duit mama dan baba aku..

Ni lah kereta aku comel tak.. aku suka warna putih okey..

Tapi sebelum aku mampu memiliki kereta , aku sering dihina kawan-kawan yang tak memahami aku, hanya pada sebab aku dah lama hilang tak jumpa mereka! aku sedih sangat namum aku tetap tersenyum...

mereka tak faham aku, tak faham masalah aku, kata kawan kan ?? tapi ini pulak balasan yang aku terima.. aku tetap sabar sehingga mati !

Bila sudah terlerai dengan keperitan selama ini, aku dah dapat apa yang aku nak, lain pulak jadinya, dah kau tak faham masalah aku, makin ditambah pulak lagi dengan kata-kata lain.. mereke-reka mengatakan aku sombong, berlagak sebab mempunyai kereta !

Baru aku nak rasa lega sikit tak perlu tunggu bas berjam-jam, hujan panas.. macam tu pulak ! tak faham aku ! ingat senang ke nak hadapi macam-macam dugaan sementara menungu dapat kete! kau lain lah anak orang kaya ,banyak duit boleh sekali petik je dah dapat.. tapi aku tak.. aku kena usaha baru dapat...


Macam-macam tomahan yang dilemparkan! susahnya nak puaskan hati semua orang ada je yang tak kena ! sedangkan hati aku kepayahan aku, aku yang puaskan sendiri.. 

''Terlalu banyak sabar yang aku telan ! namum begitulah kesudahannya!''

Dan hari ini dikala ini lain pulak yang terima dari mereka-reka itu.. kalau nak diceritakan 7 hari 7 malam 7 minggu pun belum habis cerita kisah hati ini..
aku akan sambung lagi nanti, okey..

aku harap ada insan lain yang memahami aku selain famili dan  cinta aku..
Sekian,

Terima kasih sebab sudi baca entry aku.
(hari ini aku membahasakan diri aku sebegai aku, supaya lebih dirasai dan menusuk dihati)
okey bye!

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna