Wednesday, May 30, 2012

Drama Bersiri - Tentang Dhia | Full Vision

Assalamualaikum^^


Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia ( Nora Dhanish ) , yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya . Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly ( Izreen Azminda ) , yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai . Raffi ( Irfan Roslan ) dan Azmi ( Ako Mustapha ) , dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang .

Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa , Azmi adalah seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati . Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi , walaupun Raffi , jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil.

Tergamam apabilanmelihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan & kekecewaan. Namun hatinya ikhlas mencintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan reda dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi & menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi "jerat" yang dipasang Melly memakan dirinya endiri apanila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan & terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi & Melly ditangkap basah penduduk kampung & ditahan di lokap polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunaeka akan mereka akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi & majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang, Namun, majlis mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan dari Azmi. Mereka mahukan Azmi bertanggungjawab ata perbuatannya sehingga Melly mengandung,

Sekali lagi, Dhia diuji & ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi & Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shila) yang juga pekerja firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak mengerjakan olat Jumaat. Zikir datang ke kampung Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang & ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata mereka bertentang, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi & apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?

Tentang Dhia :: Episod 1
Tentang Dhia :: Episod 2
Tentang Dhia :: Episod 3
Tentang Dhia :: Episod 4
Tentang Dhia :: Episod 5
Tentang Dhia :: Episod 6
Tentang Dhia :: Episod 7
Tentang Dhia :: Episod 8
Tentang Dhia :: Episod 9
Tentang Dhia :: Episod 10
Tentang Dhia :: Episod 11
Tentang Dhia :: Episod 12
Tentang Dhia :: Episod 13
Tentang Dhia :: Episod 14
Tentang Dhia :: Episod 15
Tentang Dhia :: Episod 16
Tentang Dhia :: Episod 17
Tentang Dhia :: Episod 18
Tentang Dhia :: Episod 19
Tentang Dhia :: Episod 20
Tentang Dhia :: Episod 21
Tentang Dhia :: Episod 22
Tentang Dhia :: Episod 23
Tentang Dhia :: Episod 24
Tentang Dhia :: Episod 25
Tentang Dhia :: Episod 26
Tentang Dhia :: Episod 27
Tentang Dhia :: Episod 28
Tentang Dhia :: Episod 29
Tentang Dhia :: Episod 30 - End

p.s : Selamat Menonton - share by ceritamaster

No comments: