Thursday, July 05, 2012

Tips : Diet Anda

Assalamualaikum

Bagi anda yang mempunyai rutim kerja yang sibuk dan langsung tiada masa untuk bersenam mungkin cara berdiet boleh menjadi pilihan anda untuk mengurangkan berat badan.


Berdiet adalah amalan bagus tetapi biarlah dengan cara yang betul. Mungkin dengan entry ini dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan dengan mengambil diet ringan sahaja. 


Peraturan Diet ringan yang harus di patuhi:-


  1. Tetapkan ruji harian dan selalu cuba makan pada masa yang sama setiap hari
  2. Anda diharuskan untuk minum segelas penuh air setiap waktu malam. Pada siang hari pula anda harus minum air lebih dari kebiasaan dan pastikan anda minum sebelum mula makan 
  3. Makan lebih banyak buah-buahan (sebagusnya makan banyak buah epal) dan minum air mineral untuk meningkatkan kandungan mineral dalam badan anda


Ini adalah contoh menu diet kurang lemak yang ringkas untuk anda ikuti:-

Sarapan:
100 gram yogurt, Telur rebus (2-3 kali seminggu), dua jenis buah (5-6 keping), segelas jus buah atau teh atau kopi tanpa gula dan krem

Makan Tengahari:
makan kuantiti nasi yang sedikit dan banyakan sayuran dan buah-buahan, pastikan atas suku pinggan adalah nasi dan selebihnya sayuran,100gm daging/ayam/ikan kurang lemak (direbus atau dipanggang dan hanya 3kali seminggu sahaja). Buah-buahan dan jus buah (diingatkan lagi..sebelum makan minum segelas air mineral)

Makan Malam:
Sedikit nasi atau roti dan berlaukan sayuran sahaja. Jika perlu daging mungkin boleh makan ikan sahaja (pastikan kuantiti di kawal).

Jika anda dapat mendisplinkan diri dan mengikut rancangan diet diatas dengan pastinya anda akan kurang 10kg atau lebih dalam masa sebulan.Mungkin sukar bagi anda menyesuaikan diri dalam 2 minggu pertama tapi bak kata orang "alah bisa tegal biasa" dan "hendak seribu daya, taknak seribu dalih"

AMARAN jika anda tidak pasti dengan tahap kesihatan anda sila dapatkan  nasihat dari doktor pakar sebelum mengambil sebarang diet.

2 comments:

Nur Suhada said...

Perkongsian info yang bermanfaat. :)

nana said...

nak kena try ni. Hehehe. Thank you :D