Sunday, September 30, 2012

My Name is...Intan Saffyna

Assalamualaikum^^



Eh chack!
ok nampak. ini ada peribadi privcy tau. jangan bagi tahu orang tau. is sirrun.
ha ni nak kabau siapa saya. alah saya hanya insan kedil yang cute sedang memperkenalkan diri. bukan lah hebat pun. bukan anak raja pun.bukan atress pun.

saya hanya aku. shut up.

bermula dengan perenggan satu diketuai dengan nama, is Intan Saffyna. boleh dikenali dengan panggilan intan or lily nama gedit. huhu

Kepada adik-adik boleh paling kakak tau.tak mau tanter sebab umur saya 25 years old. very young lagi ok. tak selamanya nak umur 25 kan. opkos lah in 2012 je.

Tarikh keramat saya 8 oktober 1987. harilah tu saya dilahirkan Johor Baharu dan di besar dikota Kuala Lumpur yang serba maju ni. keluar dari peyut mak saya terus pandai pegang galaxy note. pegang je lah.
oh , jangan lupa bagi present and wishes masa bezday saya tau. TQ.

My Sibling ada 4orang je lah.. diketuai oleh saya sebagai yang sulung dan adik-adik saya yang caring,funny, They are Intan Azaharin , Muhammad Rizuwan dan Intan Nur Ashikin. love you all.

Hobby saya suka termenung lama-lama lepas tu berangan jap. syok tau. tapi rajin. saya seorang secretary kepada bakal jadi calon suami saya.. segalanya ditangan saya.. hehee.. keje sambilan saya online 24jam and buat promotion untuk jualan kecik-kecik..

Berblogging sejak may 2011 baru lagi kan. masih banyak lagi yang saya perlu belajar.kalau salah boleh tunjukkan tak? please. nak tengok entry pertama saya ? ok sini . kesiankan.

Tujuannya saya nak kongsikan pengalaman saya dan pendapat tentang ape-ape je okey.. lagi pun saya ada banyak tips actualy tapi masa tak mengisinkan untuk buat entry sesedap rasa.
adala orang-orang yang berpengalaman sekeliling saya ni ajar tips-tips best. insyaAllah akan saya share untuk semua.

terus terang saya cakap kat sini, saya ni bukannya pandai pun nak buat ayat mewah seindah bicara. semuanya main cicai je. seandainya tidak memuaskan. maaf dipinta ok.

Apa yang saya harapkan ada yang sudi baca tulisan cincai saya ni. dan menjadi kawan-kawan saya. saya akan menghargainya.

Sekian saja sesi buat kad pengenalan didalam belog dengan My Name is....

Thanks For Reading And Have Fun.

Saturday, September 29, 2012

Tips | Cara Lily Menjaga Kulit Agar Sentiasa Natural

Assalamualaikum^^

Sebelum anda yang lily sayangi membelek tips lily bersengkang mata menaip, harap anda bersedia untuk mencuba. penat lily tak tido sebab nak sharekan kepada anda. Tips yang sangat simple dan mudah bagi semua jenis wanita.

Bagi yang dah tahu boleh teruskan dan bagi yang belum pernah mencuba , silakan. sebab tips ni memang berkesan untuk lily.. jika anda mestinya akan berkesan jugak sekiranya ingin mendapat kulit yang gebu dan sihat.. hihihi..

Disuatu dulu-dulu muka lily bagaikan ternakan jerawat tapi jenis jerawat membiak seketul setiap bulan.. lily runsing betul. baru seketul, belum lagi berketul-ketul kan. seram.. walaubagaimana pun lily tetap berusaha supaya ia terhindar maka sudah pelbagai produk lily cuba namun tiada kesan.

 bujet muka melayu terakhir.

dan selepas pada itu sehingga hari ini....
Lily hanya membersih muka dengan sabun yang berasas susu kambing.. membuatkan kulit wajah bebas minyak dan berseri. kadang kala lily blander tomato sampai hancus pastu tempek kat muka buat masker sambil ambil dua keping timun buh kat mata.. rehatkan minda selama 1jam cukup.

Untuk kelembapan membuatkan kulit tidak kering , lily mengunakan moisturiser yang mengandungi aloe vera iaitu lidah buaya.. mama lily memang ada tanam pokok lidah buaya jadi tak perlu susahkan diri petik kat rumah orang. lidah buaya sangat baik untuk kulit dan macam - macam lagi. Sebelum ni setiap malam pakai lidah buaya , ambil lendir dia sapukan kat muka tapi sekarang dah tak payah pakai lendir lagi, lily guna krim pelembab lidah buaya safi.

Bila keluar rumah
wajah - Lily jarang mengunakan make up yang tebal 5 inci macam kasut tinggi. lily hanya sapukan alas bedak yang sangat nipis kuantinya sebab lily suka muka yang nampak natural, lepas tu lily pakai lightening pressed powder SPF25 yang dapat melindungi kulit dari cahaya matahari.

mata - Lepas tu lily akan pentingkan kecantikan mata agar nampak lebih fresh dan bermaya. sebab mata lily tak cantik pun. tapi tak de la sampai nak bubuh warna warni belang-belang kat mata tu, cukup sekadar segaris eyeliner black atau brown. tambah dengan selari maskara.

pipi - lily suka pakai bluser warna paling light pink dan paling light brown. 2 kali sapu dah melekat kat pipi lily yang tembam ni.. kalau boleh senipis mungkin. baru akan nampak natural kan.. tak jadi la macam opera cina.

bibir - hanya sekadar pelembab bibir lip care nivea cherry.

Cukup sekadar itu saja. jumpa lagi di tips yang lain. terima kasih sudi baca entry lily.
"sambil menguap 70kali, sambil meleleh air mata, ok nak tido."
Selamat Mencuba.


Sunday, September 23, 2012

Tutorial : Cara Masukan gambar Di sidebar

Assalamualaikum^^

kadang-kadang nampak cute bila letak gambar kat sidebar kan.. kadang semak pun ada macam la orang nak tengok sangatkan? hehe

tapi. sapa-sapa nak letak gambar gak boleh ikut step kat bawah ni k.

cara 1.

1. Log in > Layout > Add Gadget > ikut gambar kat bawah :



2. Tick kat 'tambah' tu.

 3. Image > klik to file untuk upload gambar.

4. Link> ikut suka lah nak letak link ape-ape pun. macam contoh :http://intanwandalaara.blogspot.com

5. Preview and Save ok.

Cara 2 : Coding.



1. Log in > Layout > Add Gadget > Html/JavaScript
2. Copy and paste kod di bawah di ruangan html tu :

<center><img style="width: 239px; height: 130px;" src="gambar anda" /></center>
3. Save.

Selamat Mencuba.

Friday, September 21, 2012

Drama Bersiri - Sirrun | Full Vision

Assalamualaikum^^

Kisah Sirrun bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja. Dia juga begitu rajin belajar di sekolah dan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Hidup Laila pula menjadi amat sukar apabila bapanya, seorang tabligh yang jarang berada di rumah, membuat keputusan untuk berkahwin buat kali ketiga. Laila marah terhadap bapanya dan juga kepada ibunya kerana merelakan perkara ini berlaku. Laila menjadi tidak terurus dan terpaksa berhenti sekolah ketika umurnya 16 tahun untuk menyara ibu dan adik-beradiknya. Setelah berhenti dari sekolah, Laila berkerja sebagai seorang guru di sebuah Tadika Islam. Di sana, dia telah bertemu dengan Khalid (Hairul Azreen) dan telah jatuh cinta pandang pertama. Laila memperkenalkan Khalid dengan rakan baiknya, telah menjadi marah dan cemburu apabila Khalid jatuh cinta dengan Surina pula. Kerana Khalid, Laila dan Surina bergaduh dan tidak bertegur sapa. Sepuluh tahun telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak. Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.
***
Tonton Sirrun | Episode 1 Tonton Sirrun | Episode 2 Tonton Sirrun | Episode 3

Tonton Sirrun | Episode 4 Tonton Sirrun | Episode 5 Tonton Sirrun | Episode 6

Tonton Sirrun | Episode 7 Tonton Sirrun | Episode 8 Tonton Sirrun | Episode 9

Tonton Sirrun | Episode 10 Tonton Sirrun | Episode 11 Tonton Sirrun | Episode 12

Tonton Sirrun | Episode 13 Tonton Sirrun | Episode 14 (akhir)


credit : cerita master
selamat menonton.

Lelong !! Lelong !! Contact Lenses Rm20 Sahaja.

Assalamualaikum^^

Penawaran harga terendah hari ini sehinggah November 2012 !!!
Klik sini untuk mengetahu jenis lens dan warna : -

Harga Promotion sehingga November 2011 - hanya RM20.00 sahaja.
Penghantaran adalah PERCUMA.

Berminat boleh email di : lilywandalaara@gmail.com
atau SMS : 013-3675584 

Saturday, September 15, 2012

Tutorial : Tukarkan Post Quick Edit Kepada Icon Comel-Comel

Assalamualaikum^^

Kali ni tutorial pulak. setelah sekian lama sepi dengan tak update. dengan keadaan yang cool saya memulakan tutotial ni.

To sesiapa yang berminat nak tukarkan Post Quick Edit kepada icon yang comel-comel boleh follow tutorial ni ye. tapi diingat kan, tutorial ni hanya untuk pratonton sendiri bukan di pertunjukan.

Faham tak ?

Maksudnya kita sendiri je yang dapat tengok icon comel tu, orang lain tak. tapi kalau nak bagi orang lain tengok jugak terpaksalah bagi password blog korang ye.. hehehe

1. Dashbord > Edit html > Tick Expand Widget Templates

2. Ctrl F Cari code ni :
<b:includable id='postQuickEdit' var='post'>
3. Okey dah jumpa kan ?

4. Cuba tengok code dibawah <b:includable id='postQuickEdit' var='post'> ada tak code macam ni :
<b:if cond='data:post.editUrl'><span expr:class='&quot;item-control &quot; + data:post.adminClass'>      <a expr:href='data:post.editUrl' expr:title='data:top.editPostMsg'>
5. Adakan. ok biarkan code tu. dan copy pulak code ni :
<img alt='' class='icon-action' height='18' src='ICON COMEL' width='18'/>
6. Pastekan code diatas BAWAH code yang warna hijau tu k.

7. Saiz kebesarannya boleh tukar mengikut kesesuaian yang korang nak ok. height='18' width='18'

8. Tukarkan url icon kepada icon comel-comel. klik sini.

Hasilnya :
Contoh icon :
http://dl7.glitter-graphics.net/pub/1062/1062477ybgliska18.gif
http://dl2.glitter-graphics.net/pub/1263/1263522s9hlwacmv6.gif
http://dl10.glitter-graphics.net/pub/700/700480c7pwounood.gif
http://dl.glitter-graphics.net/pub/740/740441pv5fntcs3v.gif
http://dl.glitter-graphics.net/pub/1177/1177981lo2uiphds6.gif
http://dl8.glitter-graphics.net/pub/1261/1261728z8tbms8avn.gif
http://dl10.glitter-graphics.net/pub/1261/1261730oi84si24h4.gif
http://dl2.glitter-graphics.net/pub/481/481272hzf7on9j5c.gif
http://dl5.glitter-graphics.net/pub/503/503055ans53jzdwh.gif
http://dl.glitter-graphics.net/pub/1073/1073021xo8kj9fdk0.gif
http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1597/1597834a5vwf9qqy8.gif
http://dl2.glitter-graphics.net/pub/1518/1518242fh6lz5mxa4.gif
http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1212/1212164zz8p7srzi2.gif

9. Siap, Save.

Selamat Mencuba. nanti kalau jadi jangan lupa inform kat saya tau :)

Thursday, September 13, 2012

Tips : Cara Saya Menjaga Kulit Supaya Segar Dan Bebas Jerawat.

Assalamualaikum^^
comel tak saya pakai tudung ni. kuikui..
Cara saya sangat berkesan untuk saya. kalau anda insyaallah berkesan jugak, apa-apa pun mesti kena cuba dulu, kalau tak mana nak tahu keberkesanannya kan.kan. Lagi pun bukan senang saya nak publish entry ni. ahh saya tak layak pun nak buat tips macam ni, sebab saya bukannya hebak macam korang  nak kemuka kaki kan tips.

Tapi,
Jauh di sudut hari murni saya ni nak buat perkongsian bersama dengan apa yang buat untuk penjagaan kulit muka. mengikut pengetahuan saya. saya hanya mengunakan air dan jugak lidah buaya sahaja.

Air.
  1. Air memang keperluan asas setiap manusia. betul. oleh itu banyak minum air putih supaya kulit muka kita akan cerah,gebu dan lembab. boleh jugak kempis kan perut buncit. eh lari tajuk.
  2. Cucilah muka setiap hari dalam sehari sekurang-kurang 7 kali. mujarab. janganlah tunggu muka melekit, berminyak baru nak cuci kan. kalau boleh hindar ia terjadi. sebab jerawat senang je datang. sayang kulit muka tau.
  3. Air wuduk boleh serikan wajah dan membuat kesegaran pada kulit. tak semestinya nak solat je berwuduk, dikala kita duduk saja-saja pun berajin-rajinlah berwuduk. kalau nak tido pun ok. katanya kalau kita dalam keadaan berwuduk, syaitan susah nak ganggu. 
Lidah Buaya.
Saya buat masker dengan gel lidah buaya ni,rasa sejuk dan segar je bila dah tempek kat muka. senang je nak dapat lidah buaya ni, boleh taman kat umah, pastu petik je. hehe kalau bagi yang tak tahu nak ambik kat mana, meh la datang petik kat rumah saya.
  • Kelebihan lidah buaya.
Keistimewaan lidah buaya ini terletak pada gel-nya mengandung lignin yang mampu menembus dan meresap ke dalam kulit sehingga membuat kulit tidak cepat kering dan selalu kelihatan lembab. Lendir ini akan menahan hilangnya cairan tubuh dari permukaan kulit. membantu menguatkan jaringan kulit sehingga tidak mengendur, serta membantu mencegah penuaan.
  • Melicinkan kulit muka.
Amalkan sapu lendir lidah buaya setiap kali sebelum tidor sebab ia boleh melicinkan kulit muka. jugak boleh menghilangkan parut jerawat. lendir lidah buaya lebih baik daripda cream lidah buaya yang mengandungi bahan kimia. lebih mujarab pakai yang asli. 
  • Menghilangkan Jerawat.
Lidah buaya juga dapat menghilangkang jerawat, Lidah buaya dianggap sebagai pembersih wajah terbaik. ia membantu anda menghilangkan jerawat dan mengecilkan pori-pori wajah. 

Cara-caranya :
-petik sebatang lidah buaya.
-hiriskan duri dia, dan keluar kan gel/lendir lidah buaya.
-hadap cermin pasti sapukan kat seluruh muka. 
-tunggu 15 minit sehingga kering. p la main angry bird dulu.
-last basuh muka dengan air suam. lap dengan kain bersih.

Sekian saja tips saya untuk kali ini. saya harap berguna untuk anda.
Terima kasih sudi baca.

Monday, September 10, 2012

Terima Kasih Kak :)

Assalamualaikum^^

Tak sangka pulak mata tak boleh lena puas belek di pakcik google, actualy godek-godek saja sehingga terjumapak gambak inik..hekhek.. wuoo.. ni dah lama punya celitak okey, cuma aku baru je terperasan, masa dulu tak nak pulak perasan ok.. penat-penat orang buat..

btw thank kak nida, sebab sudi buat entri panjang berjela untuk saya..semata-mata entry giveaway saya. pandainya akak bermadah sajak bagai ye.. like it.

apa-ape pun saya mintak maaf sebab lambat ucapkan terima kasih..hehee.. nanti buatkan lagi untuk saya ye.. saya dihargai sangat walaupun contest saya tu tak seberapa pun.. eh, tapi kak nida dapat hadiah kan? kebetulankan.. rezeki akak..

silakan menatap.


panjangkan puitis dia kat atas gambar lily lagi tau.. puisi yang sangat bermakna dan memberikan semangat kat lily.. thank again kak.

jom singgah/follow blog kak nida : http://alongnidar.blogspot.com/
ps: nanti lily akan buat giveaway lagi dalam masa terdekat ni, bila terluang jangan lupa join tau..

Terima kasih sudi baca :)

Sunday, September 09, 2012

Sehingga Dua Kali :)

Assalamualaikum^^

Memang letih hari cuti dihabiskan dengan mengedit sakan, sanggup menggabaikan jemputan rumah terbuka yang menghidangkan kelazatan, namua aku tetap dengan menjamah blog sampai otak jem.

Oleh kerana keobsisan dengan turquis aku rela menahan diri dari lapar. walaubagaimana pun pink tetap dihati forever.

mulanya hanya menukar backgroound je, header pun simple :(

dan tak puas hati lagi.. tengok balik.. masih tak puas hati.
tak boleh jadi mesti teruskan buat ape yang diingin.. ok!
finaly.. inilah hasilnya dengan bangga mempersembahkan..

ok tak wei ??
penat tau buat benda ni, festime pulak tu..
lainkali taknak buat dah.. letih! hehehe

*tak tau sampai bila nak bertahan dengan tamplate ni, sebab hati tetiba rindu dengan tamplate lama(asal)huahaaa..

ok lah nak tido dulu..cau!

Saturday, September 08, 2012

Macam Budak Kecik Je Lily Ni...

Assalamualaikum

Keboringan yang melanda lily tatkala lily keseorangan bila berada dirumah walaupun  hiburan sentiasa online untuk berhibur namun masih tak cukup.. Apa lagi yang harus lily lakukan.. Any idea ?

Haishh.. apa lagi lily nak buat ha ? tak cukup lagi ke lily boleh online facebook, chat dengan twitter atau menjadi penulis semasa mengupdate blog ? Sebenarnya cukup untuk lily menghilangkan kebosanan. cuma ???

Cuma apa ?? Kak lily boleh main dengan kita, kita pun selalu boring, asyik tido je.. rindu la dengan kak lily.. ''kata kenet lily sambil muka monyok macam tak makan.. (lily belum bagi dia makan lagi)
ehh.. ada orang tak kenal awak la kenet..? nak kenal dengan kenet lily klik sini atau kat sini ok.
Comel kann.. ??

ok sambuang lagi. Tahap keboringan lily akan datang apabila hubby lily tengah online dengan bisnes dia atau dengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus dalam youtube.. best ustaz tu cakap.. kelakar. tapi kadang-kadang susah lily nak faham dia cakap bahasa terangganu.. layan je.

Oleh itu untuk menghilangkan bosan dan cara mengatasinya.. hari tu lily pergi sini dan beli barang sikit dan tiba-tiba lily teringin nak beli bendalah ini..



Keinginan nak belajar mewarna kembali bertahta dan menyeru untuk menjadi budak tadika. lily beli pensil warna dan buku mewarna. murah je bhai kaler rm1.50 buku warna rm1.80 harga pun tak cabut lagi tu haa.. macam budak kecik je lily ni kan.. bukan apa saja nak hilangkan boring.
korang pun kalau boring buat macam lily. best tau..

Terima kasih sebab sudi luangkan masa dengan entri lily.