Tuesday, February 26, 2013

Tenangkan Tidurmu Dengan Pati Delima.

Assalamualaikum^^

Memang tak reti nak buat entry apa malam-malam buta, esok perlu setel invoice yang selalu menyemak atas kepala bukan atas meja sebab selalu tidur kepala letak atas meja jadi semua benda longgok atas kepala. sekian.

maka dengan ini saya mengistiharkan bahawa saya akan tidur dengan delima kesayangan saya. semestinya membuatkan tidurku lena dengan harumannya yang amat tenang.
mempersembahkan..

rasanya semua orang dah tahu kepentingan Lotion Mustajap ni, tak perlu kot nak panjang-panjang cite.. k.bai.

p/s : Selmaat Malam.


Monday, February 25, 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

Assalamualaikum^^


Klik The Banner for Joint :)

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. hihii 

TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)

Sunday, February 24, 2013

Kursus Pra Perkahwinan yang menggembirakan

Assalamualaikum^^

Mula-mula nak taip entry ni pun dah rasa gembira macam dapat makan ais krim paddle pop hasil dari orang lain belanja. oleh kerana saya cakap pasal ais krim pelangi tu terus meleleh air liur sekarang. baiklah.

semuanya disebabkan mama dan adik. adik dah pergi kursus kawen lebih awal dari saya maka adik boleh kawin dulu, tapi sori kakak tak izikan okey. harap paham. mama pulak bila kakak cakap pasal nak kawen awal january lepas terus mama cakap, eh kak kau tu belum p kursus lagi?? kakak sentap.

dekat dua minggu kakak sentap. terus kakak fikir nak pergi kursus dengan jayanya. maka berjaya lah kakak menghadiri kursus perkahwinan yang bergembirakan selama 2 hari.

16 - 17 February 2013 yang lepas.


hari pertama datang daftar masuk rm80, oh sementinya saya datang dengan pasangan, lebih afdal katanya. sebab bila sama-sama dalam satu dewan, sama-sama dengar ceramah yang sama akan membuatkan masing-masing akan faham erti alam berumah tangga.

Nampak sangat dah tua baru nak kenal tentang kehidupan ber-suami isteri. rakan sebaya semua dah beranak pinak tapi saya baru dengan langkah pertama. namun begitu, ada yang lebih tua jugak menghadiri kursus. maka saya muda lagi sekarang. sentap lagi.

sampai je tempat duduk sendiri macam wayang jugak nak kena cari kerusi dengan numbor sendiri, perasaan mengantok membuak-buak sebab fikir ohh ceramah eh mesti bosan-boring.

Tapi, selepas penceramah datang tetiba jadi segar. sebab ustazah tu sangat exited nak bagi penerangan. happening sungguh dia. comel jugak.
uztaz pun boleh tahan lawakingnya. membuatkan berdekah-dekah perut. eh perut?
sangat mengembirakan satu hari itu. terbaikk mcm makan satey tepi jalan. terliur satay pulak dah.

hari ke-2 pun best, tapi tak sampai petang macam hari sabtu, pukul 1.00 ptg dah balik.. bila dengar balik awal terus teruja nak balik cepat, bila dah masuk dewan pada itu rasa , eh alamak dah pukul 1.00 ptg la.... cepatnya habis. see.. itu bermakna keseronokan berganda pada hari terakhir.


saya memilih MAHLIGAI FIRDAUS sebagai tempat untuk saya menghadiri kursus pra perkhawinan ni, saya google untuk dapat nombor telefon dan terus booking dan datang pada tarikh yang saya pilih sendiri. senangkan?

Mahligai Firdaus adalah yang terbaik. bukan sahaja mengadakan kursus malah menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk perkahwinan.. seronok bukan.?

sebenarnya saya dan en.pasangan gagah datang ke setiawangsa untuk mahligai firdaus, padahal yang dekat pun ada seperti setapak-danau kota. kegagahan kitaorang membawa kebahagiaan dan keseronokan berganda rupanya.

Tapi, ada tapinya.. sijil kursus tak dapat di hari terakhir kami. katanya hari khamis baru boleh terima. sabar ye kakak..

yeayyy.. dah setel langkah pertama. cepat-cepat balik rumah nak jumpa mama.. kakak dah tak sabar nak bagitahu mama yang perkara mama dok sebut-sebut dah selesai walaupun kakak belum dapat sijil.

sekurang-kurangnya dah habis bab satu, tapi.... tapi lagi, ingatkan mama dah diam dah, rupanya ada lagi.. eh kak nanti kau kena p kelinik check ujian hiv.. pulakdahh.. adalagi... nanti la dulu ma, kakak baru je balik. yela mama cakap nanti la kau pergi.. baiklah.

mama sungguh risau,saya pulak buat relex je.. kakak nak kawen bulan enam bukan esok lusa.. bawak bersabar. bersemangat nak bermenantu ke ape mama aku ni?? tak paham. tetibe.

Terima kasih sudi baca.

Friday, February 22, 2013

♥ salam Jumaat

Assalamualaikum^^





p/s : Luangkan masa 20 minit untuk membaca surah Al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat.

Thursday, February 7, 2013

Cantikkan Diri Sendiri Dengan Pure Beauty (ibarat seperti makan buah delima yang sedap)

Assalamualaikum^^

A.ah memang sedap. dulu saya memang tak makan pun buah delima ni, tapi setelah dipaksa oleh adik, saya terus menyukainya. sehingga berebut dengan adik. kakak yang tak boleh mengalah. haa kau hebat tak kak kau ni.

sejak pada tu saya selalu makan buat delima ni, dengar kata orang tua-tua (orang lama) cakap buah delima ni banyak khasiat dan benefit dia.. jadi saya bertambah triple extra suka buah delima. hebatnya delima plus kuasa 2. tak caya pegi beli makan sampai puas. sedapkan?

Lagi, buah delima sesuai wanita mengandung, mereka cakap boleh membuatkan bibir baby merah bak delima lepas lahir. dan kulit akan lebih licin dan sehat macam kulit delima.

sebab tu ada produk kecantikkan dan skin care yang mengandungi buah delima, dalam masa yang sama membuatkan kulit anda berseri dengan delima.. sebab tu saya memlilih Pure Beauty.

saya akan buat review untuk setiap jenis produk ni. memamg terbaik untuk beberapa minggu penggunaan. anda boleh dapatkan dalam website pure beauty atau dapakan di watson berdekataan anda. sekarang ni kalau tak silap saya ada promotion untuk produk ni. dapatkan sekarang.

untuk maklumat lanjut : https://www.facebook.com/purebeautymalaysia 

Sekian, Terima kasih sudi baca.

Monday, February 4, 2013

Surat Untuk Blogger...

Assalamualaikum^^

Tahun lepas,(memang dah lama tapi baru sekarang saya tunaikan). ada beberapa blog yang mintak sponser dari saya untuk manaja giveaway diaorang. saya setuju dan terus menaja.

Bila sampai masa tamat giveaway saya sepatutnya menghantar hadiah sponser kepada pemenang, tapi apa yang saya buat? saya telah terlewat tunaikan janji. kesian kat pemenang terpaksa menunggu.. saya bukan sengaja tapi masa tak mengizinkan saya.

walaubagaimana pun saya tetap tunaikan walaupun lewat. ada dua orang yang sepatutnya menerima hadiah tu, dan saya telah pun menghantarnya berserta dengan surat memohon maaf.

Antara sebabnya semuanya saya telah huraikan dalam surat, sekali lagi saya memohon maaf. saya harap si pemenang telah pun mnerima hadiah tersebut.

Hasil tulisan tangan saya sendiri. comot giler. nak cepat punya pasal. sila paham. :)

Dengan rajinnya saya menyalin balik surat tu menjadi dua surat. tanpa fotostat tanpa menaip dengan keybord tanpa print. tapi tulisan tangan. 

Terima kasih sudi baca.
 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna