Tuesday, May 20, 2014

Saya nak baby kembar :)

Salam Ladiess,♥

Hiihii.. baca tajuk pun dah nampak sangat terpengaruh dengan drama aku isterinya episod akhir tadi.. sebenarnya saya memang isteri kepada mikaell pun.. haha.. bukan mikael dalam drama tau. dah memang suami saya nama mikaell kan.. padan la saya tetiba teringin nak dapat baby kembar.

satu lelaki dan satu perempuan.. hah kau terlampaui batas permintaan kan.. huhu.. apa salahnya kan, mana tahu reziki saya dan suami.. insyaallah..


sebelum ni, memang saya dan suami teringgin nak baby kembar, tapi kami tak ada baka' pun sebenarnya.
hanya berdoa dan tawakal je :)

walaupun sehingga sekarang ni, saya belum dikurniakan anak lagi, tapi kami tak pernah berhenti berdoa.
saya berharap anda yang singgah ke blog saya ni sudi mendoakan saya dan suami.. insyaallah..

saya jumpa ayat ni kat google, tapi tak tahulah ianya akan berkesan/mujarab atau tidak, yang pastinya kita sebagai manusia harus berdoa dan terus berusaha. jika diizinkan oleh Allah manalah tahu kan.. Amin.

Terima kasih sudi baca.

Monday, May 19, 2014

Outdoor Of The Day : 06 dan 08 June 2013

Assalammualaikum.

Hari ni masa terluang untuk saya update outdoor part dari perkahwinan saya. tapi banyak gambar-gambar dalam entry ni, harap anda tak bosan tengok muka saya.. huhu

Shoot Masa Nikah
Shoot Lokasi : Taman Empangan Batu.
Sebenarnya ada banyak lagi, tapi saya malas nak pilih sebab banyak sangat.. hehe dua helai pun boleh kan..

Shoot Masa Sanding.
Shoot Lokasi : Taman Layang-layang.
masa kita orang shoot outdoor kat sini, ramai jugak pasangan pengantin, semua cantik-cantik belaka tau, jeles iolss hehehe..

 Dalam taman tu pun ada pengantin buat majlis jugak, nampak khemah kat belakang tu, bukan saya punya tau.. hhuhu..
Ni kat atas jeti, banyak lagi pilihan gambar tapi ini je yang ada dalam destop, terus malas nak cari lagi. pun boleh kan.

masa kami tengah shoot datang dua pasangan pengantin sapa' kami, then kami shoot sekali.. yeayy seronok kawen ramai-ramai.
pengantin perempuan ni, budak sekolah saya dulu.. tapi adik-adik la.. dia yang cuit tangan saya dan kenal saya.. hehe mungkin sekarang dia sudah ada anak.. saya belum lagi.. insyaallah jika diizinkan.

suka gambar ni, gambar ni masuk dalam pakej photografi untuk frame.
Okey, samapai disini saja entry bergambar kali ni, insyaallah saya akan akan update next entry for bertandang.

terima kasih sudi singgah blog saya.



Thursday, May 15, 2014

Review Beauty : A-DHA Skincare

Salam Ladiess

Pernah dengar tak dengan skincare yang super best ni? Adha Skincare. pernah kan. best kan. siapa yang pernah guna skincare ni mesti tahu bertapa ajaib dan keberkesanannya.

Saya jadi penguna adha sejak september tahun lepas dan sehingga hari ni.. hasilnya memang berhasil kat kulit saya.. sebelum saya pakai adha, saya review semua blog yang cerita pasal skincare ni, ada juga yang takut nak guna, ada yang mendapat hasil yang memuaskan.

saya hanya memandang kepada positif sahaja, apabila saya tengok penguna lain mmendapat hasil yang superb, terus laju-laju saya mendapatkan.. memandang jenis kulit saya tidak banyak masalah pun, cuma kadang-kadang tumbuh jugak jerawat degil tu seketul dua.

Saya mengunakan set pink dan serum vitamin c,vitamin e dan collagen.
Dalam seminggu sudah nampak kesan pada wajah saya.
masa mula-mula dulu saya extited sangat sampai tak ikut step.. sepatutnya pakai sabun dan serum dulu untuk tiga hari.. bagi menatural kan kulit. tapi saya hemtam pakai semua skali gus.. maksudnya siang guna sabun,serum dan krim siang, malam guna sabun, serum, dan krim malam. skali gus la tu kan. 
tak sabar punya pasal.
Sejak saya jadi pengguna tegar adha skincare, belum pernah lagi saya melanggar peraturan,sebab saya takut tak mendapat hasil yang saya nak.. pantang dia adalah dalam masa rawatan dilarang mengunakan mekup, bedak compack atau losse powder. ya. saya mengikut semua langkah.
memandangkan saya bukan jenis suka bermekup sakan pun, jadi senang la kan saya untuk mengikut peraturan.
no filter. no bedak.
saya hanya pakai eye liner dan maskara  sahaja.. kadang-kadang rasa nak mekup jugak tapi tak pernah pakai bedak.. dah terbiasa sebab dah nak hampir setahun guna adha.
saya tak dapat nak cerita sangat apa yang berubah kat wajah saya, sebab saya memang dah berkulit cerah ciptaan tuhan,syukur ya allah. jerawat tumbuh pun seketul dua itu pun bila nak datang bulan baru dia wujud. cuma sebelum ni kulit muka saya sangat kusam dan tak bermaya, lepas tu liang roma besar.. tapi sekarang alhamdulillah segala menjadi nyata.
Bagi yang berminat nak mencuba Adha Skincare ni boleh terus whatassp 013-3675584
harga satu set rm100 free postage.
10 0rang yang terawal akan mendapat free 1 pair lens, sila mention Intan Saffyna for order.
Terima kasih sudi baca.

Tuesday, May 13, 2014

Benda Paling Sayang

Assalammualaikum ♥

Sedihnya. Betul-betul tak sangka barang paling saya sayang akan retak seribu. memang dah tak terungkap dengan kata-kata, menangis pun tak. tapi sedih yang amat.


tah macam mana boleh tergolek berkecai retak sejuta pulak tu. tinggal kenangan. tapi saya still guna lagi.. saya lalai,salah diri sendiri, tapi sebenarnya dia dah merajuk dengan saya, sebab saya cakap depan dia nak tukar iphone 6 bila adik saya cakap dah keluar. macam tu sekali dia marah kat saya.

teruk dan ngeri bukan??
hancur harapan nak pakai lama-lama iphone 5s ni, memang cakap nak tukar iphone 6 tapi tak mungkin dalam masa terdekat ni, sebab mahal kan..nak dapat ihpone 5s ni pun dengan restu suami, kalau tak, memang kempunan betul saya. memang tak dapat nak nak maafkan diri sendiri.


tengok, retak dia makin lama-lama turun kebawah.. sayangnya kat dia.
tak palah. mungkin dapat jugak saya nak pakai iphone 6 kot.. hehe sebab tu dia pecah laju-laju.. padahal boleh je tukar screen iphone tu kan..

nak balas wechat dengan suami sambil beli lauk pun dah segan, sebab makcik kedai tu tengok-tengok handphone saya.. sedihnya.

terima kasih sudi baca.

Sunday, May 11, 2014

The Wedding Reception Day : 8hb June 2013

Assalammualaikum.♥

Semoga mendapat berkat hari ini sebab saya tengah mengupdate entry hari perkahwinan saya.
semuanya Entry Bergambar banyak-banyak.. harap tak ada yang bosan ok.. bagi yang belum tengok entry akad nikah saya, sini.


Butik Pengantin Leny Martini.
Bercadang nak mekup kat butik, tapi saya tak sempat pergi sebab pagi tu ada sesi marhaban,saya sibuk jugak pagi tu. maka MUA saya datang ke dewan untuk mekupkan saya.

Memang saya request tak nak mekup tebal, biar nampak natural gituw.. dan hasilnya memang memuaskan.


Rombongan suami datang diiringan budak-budak silat dan kompang. pengapit adik lelaki saya.
Masa ni saya sangat la gementar bila berjalan untuk bersalam dengan suami. bila dah salam cium tangan suami terus rasa nikmat bahagia.




suami dan isteri tengah otw jalan masuk dalam dewan tapi ada je suara-suara yang suruh berhenti salam dulu.. memang  macam tu ke? sebab ada yang kata tak payah pun.. kejap lagi boleh salam.. tapi tak kisah lah.. hehe


Bahaya budak-budak silat, sampai nak terkena pengantin tau.. hati-hati sikit ye.. hehe

  
   My Beloved Friends, ada yang nak balik awal dan sempat bergambar. Nurulain8888 pun turut hadir tapi tak sempat ambil gambar jugak. 
Hanafi Catering



Time makan beradap saya tak makan nasi pun.. minum sikit dan makan puding sikit, itu pun time nak bergambar.. tak dan kan.. huhu
sesi potong cake, tapi cake lari tema..pun boleh..




Sesi bergambar dengan family dan semua saudara yang hadir.
 Family kecil saya, tanpa mereka siapa lah saya di majlis perkahwinan sendiri.. Terima kasih mama,baba dan tiga orang adik saya yang bertungkus lumus menyediakan persiapan untuk majlis saya. sayang ketat-ketat sampai mati.
Family sebelah mama saya, satu kampung hadir untuk majlis saya, syukur ya Allah. Hanya tuhan yang akan membalasnya.. 
Family sebelah baba saya, sebenarnya ramai lagi, tapi ini antara wakil yang hadir.. terima kasih kerana memeriahkan majlis saya.
Family Mertua saya, ini keluarga besar suami. terima kasih sebab hadir di majlis perkahwinan kami suami isteri.. jauh-jauh datang untuk memberi kebahagian bermakna dalam hidup kami.


Syukur Ya Allah selesai jugak majlis perkahwinan kami, betul-betul tak sangka kami dah kahwin, kami dah menjadi suami dan isteri. rasa macam baru je kami berkenalan, rupanya sudah hampir 5 tahun hubungan kami.. pelbagai rintangan yang kami lalui, susah senang pahit suka duka semua kami telan bersama..dengan perlahan-lahan kami merancang, kami membuat strategi, kami mengatur kewangan, dan akhirnya kami sampai kejinjang pelamin.
Syukur Alhamdulillah, rasa sebak terharu bila taip last part ni,(kesat air mata) tak boleh diungkapkan dengan kata-kata bertapa saya tak sangka dengan kuasa Allah kami mampu. Allah. Alhamdulillah.
Semoga ikatan ini akan kekal hingga ke syurga, itu impian saya. Amin.
sekian,
 Terima kasih sudi baca. Next entry Outdoor part.