Lazada Malaysia

Saturday, May 20, 2017

GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN : SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!

Salam Ladiess ♥

Dah lama aku nak beli barang dari SG Shop ni, tapi belum bekesempatan lagi. nak belek² web SG Shop ni pun kena amik masa jugak.. sebab semua best kat dalam tu.. boleh meroyan tahap tutup laptop terus tido sebab terlalu stress.. haha..

tapi kalau dapat credit dari SG Shop memang best la kan.. hehe.. jom la sasama dapatkan credit percuma dengan join Giveaway ni.. ada rm1000 tau untuk 10 pemenang.. siapa tak nak p main jauh-jauh naa.. 😆


Klik banner untuk Join :)

Thursday, May 18, 2017

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

Salam Ladiess ♥

Sejak contest lazada yang lepas, aku tertunggu-tunggu contest lazada datang lagi. beberapa hari lepas aku tengok few email lazada contest yang lepas.. tetiba ada contest baru ramadhan raya. wehuu.. masa tu dah tak sabar nak join, tapi terpaksa la tunggu 19 mei.. sabar ye intan.. jangan kelam sangat. hehe

so, esok la masa yang di tunggu sudah tiba.. jom kita ramai-ramai join contest.. ada rezeki menang boleh shopping raya kan.. tak gitu..


ada kelainan ye untuk contest kali ni.. sebab pemenang akan dipilih setiap minggu, setiap minggu tau.. mana tahu rezeki menang setiap minggu pulak.. ya Allah syukur sangat..  setiap minggu ada soalan yang diberikan.

klik sini untuk join ye.. simpan dalam draf siap2 esok terus publish je..


Terima kasih sudi baca.


Tuesday, May 16, 2017

Tahnik Putera Mikaell Danish & Tanam Placenta

Salam Ladiess ♥

Ingat-ingat lupa sebenarnya, sebab ingatan aku hanya perpandukan gambar je.. tambah lagi aku tak menghadiri pun sesi bertahnik ni sebab dalam pantang, kalau pantang yang bersalin normal tu gagah jugak aku nak ikut tengok macam mana imam tu tahnik kan putera mikaell.. tapi problem nya aku ni berpantang bersalin czer. sudahnya duduk rumah diam-diam la jawapanya.

teruskan baca kisah trowback ni sampai habis ye..

Bertahnik.

selepas bersalin tiga hari keluar dari hospital, pagi tu lepas subuh.. husband ngan mama siap-siap nak nak bawak putera mikaell bertahnik, aku cam sedih la kena tinggal kat rumah, tapi baba ada, dia teman aku dalam pantang, siapkan makan minum aku satu hari tu. kesian baba dia pun terlibat sama kena jaga orang dalam pantang.


husband dah deal dengan imam ni, dia imam besar di masjid kuala kubu baru.. nama dia Abdul Wahid kalau tak silap. imam ni diantara kenalan husband aku jugak. jadi senang nak deal.
antara makanan sunnah yang di cuit kan kat lidah putera mikaell adalah kurma,madu, dan air zam zam.

Monday, May 15, 2017

Lunch With Gintell at Kenny Rogers Roasters

Salam Ladiess ♥

Selepas selesai event Memorable Mothers Day With Simon Yam yang memperkenalkan keruri urut De' Space U.F.O, sangat bagus untuk orang sibuk seharian dapat merehatkan badan dengan penuh keselesaan. untuk info De' Space U.F.O klik sini. then semua media dan blogger di jemput hadir ke kenny rogers untuk late lunch.

Sunday, May 14, 2017

Memorable Mother's Day With Simon Yam

Salam Ladiess ♥

Tarikh nafas lega tiga saat sebab baru dapat up entry ni, sebelum tu nak wish Selamat Hari Ibu semua, kepada ibu-ibu, bakal ibu, banyak pengorbanan dan nilai-nilai murni sebagai ibu yang kita pelajari dari ibu kita sendiri. i'll mean i sendiri. yang baru dua tahun merasa jadi ibu. masih mentah. #siscuba #sissanggaupcuba demi kelauarga dan demi mendidik anak-anak dimasa akan datang.

penat lelah seharian menunaikan tanggungjawab dirumah, mengurskan anak, memasak, dan mencari rezeki sudah pastinya membuatkan para ibu akan duduk "terduduk" berpeluh selepas berkejar dengan masa seharian sebagai pembantu rumah tangga untuk suami dan anak.

apa kata para ibu sekalian, aku ingin memperkenalkan kerusi urut UFO terbaru dari Gintell. pernah dengar kan, gintell sentiasa memperkenalkan produk yang bagus dan berkualiti tinggi. baru-baru ini sempena dengan Hari ibu, pelakon terkenal Hong Kong, Simon Yam telah membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL dan memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O sebagai hadiah untuk para ibu tersayang..


Duta GINTELL, Simon Yam menyatakan bahawa ramai orang semakin sibuk mengejar kehidupan dan mengalami tekanan yang semakin tinggi. Oleh itu, kerusi urut yang menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan teknologi yang unik dan inovatif adalah diperlukan untuk merehatkan badan dan menenangkan diri sendiri.

Saturday, May 13, 2017

Mother Days And 1st Year Anniversary Grand Sale Motherhood

Salam Ladiess ♥

kadang kala ibu-ibu di zaman sekarang sentiasa sibuk dengan urusan kerja, rumahtangga dan anak-anak, sehingga terlupa atau tidak sempat untuk mencari pelbagai keperluan anak. jangan ambil remeh ye hal ini. sebab penting untuk anak-anak dan bayi anda.

bagi menyelesaikan masalah ini sangat mudah kerana dengan ada http://www.motherhood.com.my/ dapat mengatasi masalah kesibukan anda. di Motherhood ada pelbagai jenis keperluan bayi dan anak anda.

Motherhood.com.my adalah pasaran untuk ibu bapa untuk membeli produk dan perkidmatan seperti bersalin, bayi yang baru bersalin, bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak. kami jugak menyediakan maklumat yang berguna seperti tips keibubapaan. panduan penyusuan, ulasan jenama, permintaan sample percuma dan testimoni ibu untuk membantu pasangan melalui perjalanan keibubapaan.

Anda boleh mencari pelbagai kelengkapan produk bayi dalam talian, yang menragkumi pelbagai kategori seperti diapers, makanan bayi, aksesori mandian, strollers, car seat, pakaian mengandung, barangan nurseri, baby fashion, pelbagai jenis mainan dan bahan-bahan pendidikan.


Motherhood adalah perkidmatan dalam talian untuk bayi dan meternity no.1 terbesar di Malaysia.( berdasarkan analisis google dan survey) Motherhood memenuhi pasaran Malaysia dengan tawaran yang menarik , produk dan jenama. harga yang sangat kompetitif di atas tawaran dan promo yang menakjubkan, selain daripada laman web membeli belah motherhood.com.my jugak menyediakan artikel meklumat untuk ibubapa dan anak-anak.

Klik http://story.motherhood.com.my/ untuk blog English dan http://story.motherhood.com.my/my untuk blog Malay

Sempena Mother Days dan 1st year Annyversary Grand Sale. Motherhood menawarkan promosi hebat dengan tawaran diskaun sehingga up 60% . 10 super tawaran setiap hari dari 29 Mei 217 hingga 3 Jun 2017 dan banyak lagi tawaran untuk semua ibu-ibu yang menakjubkan di Malaysia.
jomm tengok..

Thursday, May 11, 2017

Citarasa Bonda Buffet Dinner Di Hotel Neo Plus Penang

Salam Ladiess ♥

Tak sabar nak tunggu Ramadhan yang di rindukan sangat setiap tahun. hanya tinggal lagi beberapa minggu saja untuk kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. dan menjalankan ibadah puasa. bila masuk saja bulan ramadhan mulalah kita akan dihujani dengan pelbagai makanan dan citarasa. tambahan pula bila menahan lapar dan dahaga.. boleh meroyan bila dapat tengok makanan.. betul takk?..  haha

bagi yang bekerja atau yang tak sempat nak masak sendiri di rumah, sudah pasti korang akan cari tempat yang menghidangkan makanan yang penuh selera dengan harga berpatutan kan. kat sini aku ingin mencadangkan korang datang makan Di Hotel Neo+ Penang by Aston, yang menawarkan Citarasa Bonda featuring flavours of Nusantara (Malaysian and Indonesian cuisine) untuk menu berbuka puasa.

Roast Lamb (Kambing Bakar)

Banyak lagi menu menarik yang akan di hidangkan.. yang penting selera kampung.. yang memang terangkat beb.. sesuai untuk menu berbuka puasa. ditambah pula berbuka puasa bersama keluarga.
jom kita cuci mata dengan hidangan yang memikat ni.

Wednesday, May 10, 2017

Emas Lelong Murah Di Kuala Terengganu

Salam Ladiess ♥

Emas dah jadi sinonim dengan para wanita di luar sana. bukan saja makcik² yang giler kan emas di zaman sekarang, malah para-para gadis dimasa kini jugak sudah berminat dengan emas, walaupun semua orang tahu harga emas sudah meningkat naik tapi bukan pengalang untuk kita memilik emas. seperti kita semua tahu kedai emas murah dan kedai emas online sudah mulai luas kini.

sebelum tu mari kita tengok koleksi emas yang terdapat di kedai emas lelong murah di kuala terengganu yang sememangnya membuatkan anda menangis menyesal jika tak memiliknya.

EMAS dari KEDAI EMAS LELONG ,MAYA ini bukan emas pajak yang tidak ditebus atau tidak diambil oleh pemilik asal.


Design nya semua cantik belaka, tak akan menyesal beli untuk diri sendiri mahupun untuk orang yang tersayang. terdapat banyak pilihan emas lelong di terengganu ni.  

Pemilik KEDAI EMAS LELONG MAYA menamakan nama ini dengan nama EMAS LELONG dengan harapan untuk memberi persepsi/tanggapan kepada orang ramai bahawa dengan perkataan LELONG itu menunjukkan harga emas itu murah.

Tuesday, May 9, 2017

Hariku Bersama Prelo

Salam Ladiess ♥

Sebagai seorang wanita, nafsu membeli tu sangat membuak-buak, pantang nampak atau dapat tahu kat sana situ ada sale..pasti akan meroyan tak tentu pasal.. tak time belum gaji kita akan add cart barang yang kita rasa nak beli, bila dah gaji zazz terus laju-laju transfer. ganas betul.

lepas beli simpan kononnya sayang nak pakai, sampai penuh lemari dengan barang. sudahnya memang tak terpakai pun sebab dah terlalu banyak.. macam aku ni pun sama la jugak berada dalam situasi ni.. yang aku suka sangat beli handbag, sayang sangat  sampai takut nak pakai.. teruk perangai nak pakai handbag pun takut. last sekali bag tu terpaksa buang sebab dah terhakis kulit hangbag tu.. nangis tak berlagu la kan.. mekaup pun macam tu, beli lips mate banyak² nak koleksi la kekdahnya.. lepas tu bila nak mula pakai lips tu sampai kering kat dalam keraih kedekiang.. huhu

rupanya kita ada jalan penyelasaian.. tak perlu risau dah kalau barang terlampau banyak bila kita obsess membeli, sebab kita boleh jual balik dengan adanya applikasi Prelo. kita boleh preloved kan barang kita dalam applikasi Prelo. tapi jangan la yang dah tak elok kita jual, cari lah yang condition masih baik sebab dengan cara ini orang akan berminat nak beli.


Monday, May 8, 2017

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

Salam Ladiess ♥
As-Salam




Terima kasih sudi baca.

Sunday, May 7, 2017

Hadiah Dari Blogger Untuk Blogger

Salam Ladiess ♥

sekian lama aku simpan gift ni, baru harini ada kesempatan untuk post satu entry penghargaan dan terima kasih kepada gadis-gadis blogger ni.. Alhamdulillah ini adalah rezeki tak di duga setelah lama aku tak join giveaway dari blog-blog kengkawan..

inshaAllah bila diberi kesempatan aku akan join giveaway dan segmen yang setiap blogger anjurkan.. kakadang kekangan masa nak blogwalking jadi aku tak perasaan giveaway sedang berlansung.  jadi sesiapa yang buat contest, giveaway atau segmen tu tolong la tag aku.. hehe

aku tak mengharapkan hadiah sangat, kalau diberikan atau bertuah tu aku bersyukur sangat, sebab orang memberi kita merasa. tak gitu.. bagi aku apa yang penting kita support blogger yang buat giveaway tu seikhlas hati. di samping tu, dapat berkenalan dan mengeratkan silaturahim dalam masa yang sama boleh tambah kenalan..  saya bukan blogger sombong tau.. hehee sila-sila lah tegur saya..😅


Jom kita tengok apa yang aku dapat.. 👇

Saturday, May 6, 2017

Giveaway Free Namecard By Busyra Takiyudin

Salam Ladiess ♥

Tak terfikir pun yang blogger jugak perlu ada name card untuk past kat orang bila pergi event, biasanya bila jumpa orang, aku tegur jugak tapi tegur hi hi bye bye je la.. ada yang aku bagi contact number terus tapi guna air liur je sebab takde card.. (sebenarnya kad ada tapi bisnes card, url blog takde tulih pulak dalam tu..) bagi yang malas cakap lagi bagus terus hulur kad je..senang.. kesimpulannya memang kena wajib ada name card lepas ni..

kalau memang name card ni kan best.. syukur sangat tak yah buat dah.. kalau siapa nak menang name card dari blog busyra takiyudin jom join giveaway ohsem ni.


syaratnya mudah je, klik je gambar diatas 👆. sejak kenal dengan blog busyra takiyudin memang aku suka baca blog dia. bagi aku blog ni simple, teratur, tak berat/senang scroll.  paling suka bila dia update resepi, padahal simple je tapi membuatkan aku lapar malam-malam selepas stalker blog tu.. hehehe

setiap pemenang akan dapat 1 kotak (100 pcs) name card. tarikh tamat 25 may 2017| 11.59pm
jom kita support giveaway busyra takiyudin.

Terima kasih sudi baca.


Friday, May 5, 2017

Dapatkan Free Gift Dari Ebeli Malaysia.

Salam Ladiess ♥

Dari beberapa lepas aku nampak iklan Ebeli Malaysia ni dekat facebook, tapi aku buat biasa jela.. memang la siapa tak nak kan kalau dapat barang percuma, cuma masa tak menizinkan aku belek² website tu.. tapi harini dengan sikit masa singkat yang aku ada sempat jugak aku baca komen mereka yang dah dapat free gift tu.. teruja baq hang.. haha

aku terus sign up dan dapatkan hadiah percuma. bagi yang dapat tu best la.. bergembira la kan dapat gift dari Ebeli.. Nak tahu tak dapat free gift apa? ni haa.. tengok gambar tu.. sebenarnya kalau tengok gambar tu aku pun tak tahu apa dia tu, nampak macam fridge magnat pun ada.. tapi bila baca komen ramai yang kata pouch.

sebenarnya aku tak kisah pun apa kita akan dapat, yang penting benda tu kita dapat sebagai free gift ye dakk.. hehe aku harap masih sempat lagi la, sebab aku pun baru je sign up tadi. kalau korang nak jugak, kena cepat dapatkan..sebab expires free gift ni nak tamat dah.. caranya follow bawak ni..

Thursday, May 4, 2017

Bersuka Ria Ditepi Sungai

Salam Ladiess ♥

Hujung minggu hari tu, bukan harini ye.. masa time tak hujan petang boleh la berkampung kat tepi sungai lalama.. sekarang ni musim hujan petang nak berpeleseran kat taman titiwangsa pun tak boleh dah. harap bulan puasa nanti tak hujan petang sebab nanti susah la nak beli air jagung yang meletop kat bangi ni. hehe

ni trowback la kekdahnya.. bosan sangat harini jadi aku selongkar folder lama untuk cari bahan nak update blog. so, jumpa gambar ni ha.. sebenarnya aku first time bawak putera mikaell mandi sungai, dia pun teruja lebih sangat.. kisahnya tak plan pun nak mandi sungai, tapi di sebabkan kawan mama ada buat masak-masak kat sana.. mama ajak semua anak-anak dia sekali naik atas ulu yam tu ha.

A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
kemain lagi dengan pelampong bagai, sungai tu cetek je nak oi.. hahaa
beria nak bawak pelampung bila daddy kata nak bawak dia pegi swimming..

Tuesday, May 2, 2017

Win Calvin Klein Watch for mum/dad this coming Mother/Father's Day.

Salam Ladiess ♥

Masuk bulan may ni adalah bulan yang paling bermakna sebab kita akan mengingati kedua ibu bapa pada hari ibu dan hari bapa nanti. memang betul tak semestinya kita kan ingat bila menjelang hari ibu/bapa saja.. bila² pun tak kira lah kita berada dimana sekalipun malah serumah jugak, kita wajib ingat pada mereka. walaupun dalam doa. kerana mereka paling bermakna didunia dan di akhirat..

tapi sempena hari ibu/bapa yang akan datang apa salahnya kita raikan.. bertambah meriah bila raikan bersama adik beradik yang lain. pastinya kan lebih meriah dan sekali gus dapat mengembira hati kedua ibu bapa kita. bila gembira bahagia pasti terasa. betul tak??

aku jugak tak akan lepas peluang ni, tambah lagi bila kita dapat berikan sesuatu yang istimewa untuk mereka, ini adalah satu bonus yang membuatkan kita bertapa menghargai kedua ibu bapa.. walaupun kadangkala mereka tidak mengaharpkan apa-apa selain meilhat kita sebagai anak-anak berjaya dan bahagia bersama keluarga.

Klik Gambar Untuk JOIN :) 

Sunday, April 30, 2017

(VIRAL) Penipuan Seller Set Brush HUDA BEAUTY

Salam Ladiess ♥

Tolong VIRALkan Penipuan Ini. Selama bertahun-tahun aku beli barangan secara online di malaysia malah di luar negara pun pernah beli online, ini adalah pertama kali aku dittipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. walaupun nilai nya hanya beberapa ringgit sahaja tapi hasilnya tetap aku ditipu.

berbelah bagi aku nak viralkan kes secoit macam ni, tapi disebabkan aku taknak orang ramai akan menerima nasib yang sama macam aku, aku terpaksa open.

kisahnya bermula di facebook, nama groub fb aku tak ingat dah, tapi pernigaan yang dipromosikan tu keluar di news feed facebook aku, dan aku tertarik dengan set brush mekaup huda beauty tu di jual dengan harga Rm15, terujakan. sesiapa saja pasti akan terujan dengan harga tu,


murah gile kot dia jual set berus makaup macam ni, tambah pulak jenama huda beauty tengah hot meletop sekarang ni. lagi la bertambah teruja kuasa dua nak beli. tanpa berfikir panjang aku terus letak no telefon di comment dan dalam beberapa minit wasup masuk. bermula kisah aku ditipu hidup-hidup.

Friday, April 28, 2017

Masalah Period Tidak Teratur

Salam Ladiess ♥

Masalah ni, dah berlarutan dari beberapa bulan lepas lagi, sejak february lalu aku langsung tak datang period seperti tarikh yang sepatutnya, aku ingat, pragnant la kot, tapi check negatif je. cuma kalau pregnant alhamdulillah laa.. tapi perasaan, fizikal dan mental aku memang belum bersedia lagi untuk pregnant. kalau rancang nak pregnant tu kena pastikan semua kesihatan berjalan lancar. termasuk naluri tu kena ambik feel balik untuk jaga seorang bayi nanti. haha gituww kan.

tapi beberapa minggu lepas tu di awal bulan march aku period balik (bukan pada tarikh yang sepatutnya), syukur sangat darah kotor tu dah keluar. memang runsing gile kalau tak period, nak kata mengandung tak, period pun tak.. boleh meremang bulu roma nak oi.. haha

masa zaman anak dara dulu setiap kali period mesti cramp tau, sakit pinggang, senggugut, dan keluar darah beku.. bila dah lepas kawen ni semua tu dah takde sangat, cuma kakadanga ada sakit pinggang sikit bila awal² datang period. yang membuatkan aku terkejut ni tetiba darah beku keluar seketul, then aku set mind aku darah beku tu keluar disebab aku dah sebulan tak period dan sebab tu darah tu beku. lagi tu yang peliknya period aku berpanjangan selama dua minggu. ini first time selama umur aku sekarang ni.

aku fikir positif je, malas nak fikir banyak sangat nanti lagi pening kepala. asalkan period tu dah keluar pun dah bersyukur sangat. tapi masalahnya tak teratur.😓

Monday, April 24, 2017

Dapat Kasut Raya Dari Zalora Malaysia

Salam Ladiess ♥

Tajuk je lebih ni, padahal aku beli dari zalora dengan voucher yang aku dapat hari tu, kira dapat la jugak kan walaupun voucher bukannya kasut, dan sepatutnya tajuk kena taip dapat voucher raya dari Zalora Malaysia.. tapi kalau tajuk tu dicampurkan jadilah Dapat Kasut Raya Dari Voucher Zalora Malaysia. yang ni baru betul. ahh biarlah yang penting aku dapat atas usaha gigih aku taip entry siang malam. (yang ni perasan) 😅

selalu aku buka page Zalora Malaysia ni, tapi first beli barang dari zalora, jadi kalau beli macam biasa aku takde la konfius sangat just bayar je guna akaun debit, cuma kali ni beli barang guna full voucher so aku macam, "ehh nak letak kat mana voucher ni,?" kat situ je dah runsing patplohlimaminit.

aku godek² baru jumpa itupun try end error nasib baik voucher tu tak diblock, kalau tak nangis kat bawah katil la jawabnya. so, kat entry kali aku nak tujuk cara beli guna vocher dari zalora malaysia bagi yang baru belajar macam aku.. haha

Suprise form Zalora 😍

Saturday, April 22, 2017

Maksud Nama Putera Mikaell Danish

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah hari ni baru ada kesempatan nak taip entry berkenaan dengan nama anak aku ni, sebab ramai yang tanya. tapi aku malas nak lisan. kakadang aku terfikir orang tanya aku tu buat ape kan, google lagi senang, cepat dan semua info dah ada. nak tunggu aku update entry mermang berkurun jawap nya. tapi tak pe, disebabkan aku dah mula menaip pasal ni, aku akan teruskan cerita ye.

sebenarnya aku bukan saja-saja nak letak nama anak aku tu, ada maksud nama tu tersendiri dan aku jugak ada sebab aku sendiri. bezakan tu? maksud nama lain, sebab aku nak letak nama tu pun lain. kalau maksud tu harus la aku akan cari yang ada makna baik-baik mengikut nama islam dan penuh budi pekerti.. cewahh kehekeh.. ehh betul ape, kalau korang dah jadi parents nanti mesti akan rasa semua ni.

bukan mudah ye nak pilih nama anak ni, mesti kena cari yang betul-betul bersesuaian dengan anak tu sendiri. macam ahmad albab tu, atuk dia letak nama 'ahmad pintu' dia nangis tak berenti kan. macam tu maksudnya kena cari yang sesuai.

tapi bagi aku tak susah sangat nak cari nama yang sesuai untuk anak aku sebab aku dah set mind aku dengan mana yang aku nak walaupun aku belum pregnant lagi masa tu. semangat nak ada anak wajib la kena cari nama awal², itu namanya ambik aura untuk mengandung. 😍

Ni dia one and only my son, nama yang aku dan suami berikan Putera Mikeall Danish. umur baru 2 tahun++

Thursday, April 20, 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini By Ourmemoria.My

Salam Ladiess ♥

Dari beberapa hari lepas aku mencari blog yang buat giveaway dior perfume ni, tapi tak jumpa aku ingat memang tak jumpa la sampai kesudah. tapi nak jadi rezeki untuk join giveaway datang balik harini. dari tadi aku blogwalking tetiba ternampak GA ohsem ni ha.. laju-laju aku join rupanya harini tarikh tamat dia.. fuhh.. harap sempat lagi la aku join dan aku harap blog aku akan di pilih oleh ramdom.org untuk menang.. heheh perasan. :)

semua syarat dah follow. lets join. :)

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.


Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.

Wednesday, April 19, 2017

Platform Shopping Online Di Ezbuy Malaysia

Salam Ladiess ♥

Memperkenalkan Ezbuy Malaysia dimiliki oleh Ezbuy Holding Limited, adalah sebuah pembekal berdedikasi, perkhidmatan membeli-belah online yang profesional kini telah berkembang termasuk platform membeli-belah di malaysia. Membeli belah di ezbuy sangat EZ! anda dapat menikmati 4 kali simpanan dan banyak pilihan produk dari berjuta-juta barangan yang kami tawarkan.

Mengapa beli belah di ezbuy mudah, murah, dan cepat?

Ini adalah semata-mata kerana kita membawa masuk pelbagai jenis barangan bergaya dari seluruh dunia untuk anda secara langsung mengubah cara anda membeli-belah! Anda kini boleh membeli belah diluar negara tanpa perlu mengambil pesawat selama ini masih menikmati pengalaman membeli-belah tempatan asli, termasuk pilihan dari myriad. kesenangan dan penjimatan yang besar yang kita bawa kepada anda.


cara pembelian terbahagi kepada dua bahagian iaitu ezbuy dan prime.

ezbuy - Apabila anda memlilih untuk membeli barang-barang di ezbuy yang ditandakan dengan label ezbuy, hanya perlu sekali pembayaran. pembayaran termasuk harga item, kos penghantaran antarabangsa dan kos pengahantaran tempatan. Pihak kami akan memeriksa produk untuk memastikan kualiti dan membungkus semula bungkus itu dengan mengeluarkan bungkusan yang berlebihan untuk menjadikannya kurang besar, dengan itu ia dapat mengurangkan kos, dan kos pengahantaran tempatan ditanggung oleh anda.

prime - prime adalah program keahlian yang menjamin kos pengahntaran anda dan akan ditetapkan pada kadar rata sebanyak RM8.80 tanpa mengira bungkusan, berat, dan kuantiti barangan yang dibeli setiap checkout. Label prime ditandakan dengan jelas pada semua barangan prime dengan ikon yang ditunjukan pada halaman produk untuk mengenalpastikan dengan mudah. keahlian prime berharga sesuai dengan kempuan anda iaitu sebanyak RM188 untuk tempoh 1 tahun. pengguna juga boleh mendapatkan percubaan selama 5 hari dengan hanya RM18.80. Ahli prime juga boleh menikmati 42 item barangan pada senarai pembelian prime jika barang-barang yang anda mahu beli itu tidak ditandakan sebagai prime.

Anda boleh dapatkan koleksi prime disini : https://ezbuy.my/Prime

Sunday, April 16, 2017

Pengalaman Jalan Jalan Di Padang Besar

Salam Ladiess ♥

Lepas majlis kenduri cousin kiteorang terus ajak pengantin baru bawakan pegi padang besar, excited kemain lagi tau kiteorang nak pegi padang besar, disebabkan first time nak pegi dah set dalam otak nak borong barang banyak-banyak. sebab semua orang kata barang kat sana murah gile. kiteorang dah berangan nak habiskan duit kat sana. haha teruk sangat kan.

cousin aku suggestkan kiteorang lebih bagus naik train dari gurun,kedah direct ke padang besar sebab tak amik masa lama sangat untuk sampai berbanding nak drive sendiri. masa yang diambil untuk sampai adalah satu jam. kami on je asalkan pegi. haha lagipun di kL memang tak penah pun nak naik train, sebab drive sendiri lagi senang. balik dikampung apa salahnya sesekali naik train kan. huhu

jangan gembira sangat sebab aku yang tanggung azab dia. haha 👀



naik train lebih kurang pukul 11.30am.
tengah menunggu keretapi sampai. lebih kurang 5 minit jugak la tapi tak terasa sebab sambil borak-borak sambil selfie tetiba keretapi sampai. kau boleh tak bayangkan ape yang aku bayangkan ni, aku bayangkan bila keretapi tu sampai kau akan masuk dengan selesa, dan dapat duduk dengan aman dan menikmati perjalanan kau sepanjang satu jam.

tapi...

Thursday, April 13, 2017

Blog Problum : Bloglist Hilang

Salam Ladiess ♥

sakit betul hati, masuk ni dah tiga kali senarai blog yang aku add dalam bloglist hilang. aku tak faham apa masalahnya. penat kot nak ingat link balik blog kengkawan. lepas dah add masuk tetiba friend list hilang pulak. tensen betol i. hish.


gambar ni memang takde kena mengena dengan blog list hilang.. tapi hilang jugak tensen aku bila tengok gambar bersemut ni..

btw siapa tau kenapa bloglist tu hilang, dan ape jalan menyelasaiannya.. atau aku memang kena add on balik sampai lebam..


Terima kasih sudi baca.

Sunday, April 9, 2017

Kenangan Dan Lagu

Salam Ladiess ♥

Bosan harini takde buat apa, suami pun outstation, putera mikaell busy dengan youtube++ dia, umi layan jiwang kejap sambil update blog, sambil blogwalking. serius lama gile tak dengan lagu jiwang zaman dudulu..  kalau dulu setiap hari akan dengar lagu jiwang 90an. sekarang ni memang tak menyempat dah.

so, masa yang ada sasambil ni, layan kejap la.. lepas tu teringat zaman dulu. kenangan dulu. kenangan dengan lagu. rindu giler baq ang.. hey hey.. bukan bukan teringat boyfriend key, boyfriend aku dulu suami aku sekarang.. hehe..

bila kite dengar sesebuah lagu tu mesti wajib akan teringat kenangan trowback, lagi-lagi bila dengar lagu macam jiwang sikit.. paling tak boleh lupa masa dulu duduk dengan kengkawan. Jom layan kejap.

Mirae- kiroro

 
 Lagu ni masa aku masuk kem plkn dulu, lama dah tahun 2005, walaupun dah lebih 10tahun berlalu aku tak akan pernah lupakan kenangan paling berharga dalam hidup ketika berada dalam kem ni. aku selalu bersyukur sebab terpilih untuk abadikan kenangan sekali seumur hidup macam ni. lagu ni akan akan dipasang pada setiap hari ahad. hari dimana semua pelatih dan jurulatih bercuti dan melakukan aktiviti bebas. aku tak tahu kenapa lagu ni akan dipasang?

ketika kedengaran lagu ni, aku dan kengkawan lain dalam dorm akan berhenti berborak, berhenti kilat kan kasut, berhenti berjalan.. macam2 berhenti lah. seolah-oleh melayan perasaan yang jauh.. mana taknya masing-masing rindukan perants/bf/cikgu/kucing/dll.

Friday, March 31, 2017

Two Week Vacation

Salam Ladiess ♥

Omputeh sangat eh tajuk petang ni. Memandangkan ada masa secoit ni marilah la kita sama-sama menaip entry haha tetiba. sebenarnya baru sekarang ni ada rasa nak taip entry pasal cuti hari tu yang dimana blog pun ikut bercuti jugak selama dua minggu. dua minggu okey. kau ada. fuh fuh buang habuk.

aku dan family balik kampung kedah sebab ada kenduqi no. seronok no makan nasik kenduqi. kata paktam aku kita gantung peqiuk tiga haqi tiga malam. dah kenapa aku nak speaking kedah ni. kekehe

kiteorang ramai-ramai turun kedah beb konvoi pukul 5 pagi masih lagi duduk lepak kat bukit gantang makan buah sambil borak-borak. lepas subuh baru gerak balik kedah. pukul 8 pagi selamat dah sampai rumah tok. yeayy..

dan pada hari yang sama petang sebelum kiteorang gerak tu ada kemalangan memandu melawan arus yang melibatkan nyawa orang lain tau. kesian sangat. sedih. Alhamdulillah kami dihindarkan dari melihat kejadian tersebut. kalau tak seram mak nak..


Majlis perkahwinan cousin aku, kenduri kawin abang adik, dua beradik sekali jalan. cuma yang abang dia nikah awal sikit bulan 9/2016 kot tak silap, lepas tu buat majlis sekali. tumbang sekor kerbau baq hang.. sedap lauk yang orang kampung masak tapi aku tak makan pun. acaner tu.? ni anak-anak makteh aku, anak dia tungal pompuan. so kenduri pun besar-besaran ye. sebab tu paktam aku kata tadi aku dah bagi tahu kat atas nuh yang kita semua pakat gantung periuk tiga hari tiga malam.

Thursday, March 30, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Salam Ladiess ♥

Memang dah jadi lumrah mak mak macam aku ni, langsung tak boleh tengok atau dengar kat mana-mana ada fair baby big sale, mesti meroyan tu tahap atasan. apa lagi kalau sale tu gila senang beli hanya hujung jari je lagi la best. hanya perlu klik di Lazada Malaysia je tau.

aku  pasti lebih ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang menantikan jualan besar-besar ni bagi memenuhi keperluan bayi dan anak anda. jangan lepaskan peluang ini.

Klik Banner untuk dapatkan 85% diskaun untuk setiap pembelian di BiG Baby Fair

BIG BABY FAIR di lazada menawarkan diskaun sehingga 85% wow!!! bermula 27 March 2017 hingga 2 April 2017. bestnya selama hampir seminggu tau diskaun ni berlangsung. cepat la membeli di online sale Lazada Malaysia. jangan lah lepaskan peluang ni ye mommy and daddy sekalian.

bagi yang menyahut Blogger Contest Big Baby Fair ni, marilah kita menjawab beberapa soalan yang dikemuakan untuk semua perserta.

Saturday, March 25, 2017

Kembali Selepas Dua Minggu Menghilang

Salam Ladiess ♥

Alhamdulilah dah selamat sampai rumah semalam. rehat pun dah cukup sekarang back to work. kerja menimbun bila bercuti selama dua minggu lepas. syukur dengan nikmat keseronokan yang diberikan, berkumpul dengan sanak saudara dikampung. banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang bercuti. hehe

harini aku hanya nak update entry ringkas je sebab dah hampir dua minggu tak update apa-apa kat blog, kang tak pasal rank jatuh merudum pulak siapa nak jawap. haha. terima kasih pada semua blogger sebab walaupun blog ni tak update tapi ada jugak yang sudi singgah comment kat sini.

walaubagaimana aku next entry sepanjang bercuti akan menyusul ye. pelan-pelan kayuh kakak baru je balik dari kedah, semua kerja rumah kena siapkan dulu ye anak-anak baru boleh main taip-taip. hehe pagi tadi baru selesai check email, balas email. buka blog buang habuk, baca comment korang cuma belum sempat balas lagi. inshaAllah aku balas kejap lagi sambil blogwalking.

Nak gambar seketul sebagai pembuka bicara.. cehh kahakah..😅😆😂

Friday, March 17, 2017

Akulah Wanita

Salam Ladiess ♥

Untuk renungan bersama

Renungan..

1. Seorang wanita 42 tahun datang klinik untuk routine maternity checkup. Usia kandungan baru 15 minggu. Kata dia, dia saja stop pil perancang bulan 12 tahun lepas. Tak sangka lekat pulak. Kata dia lagi, anak kedua dia bakal melahirkan anak lepas raya nanti. Dia ingatkan nak jaga cucu, tak sangka nanti kena jaga anak sendiri pulak hihi. Kata dia, dia meloya 4 bulan, suami asyik muntah2,check pregnancy test 4 bulan pun negative, tapi perut makin besar. Doktor rujuk untuk scan tengok2 dah ada kantung baby. Lepas habis scan dia malu nak balik rumah. Malam tu dia bagitau suami, suami dia seronok bukan main. Dia ja malu2 hihi. .

2. Seorang remaja 16tahun. Masih bersekolah & kehidupan agak liar. Terlanjur bersama kekonon cinta hati sampai mati. Dah sah mengandung. Menangis dan keluarkan kata2 kesat. Kata dia, dia hanya nak seronok2 tak sangka jadi. Selama ni elok ja tak lekat. Astagfirullah. Saya hanya boleh nasihatkan sebab kalau marah pun tak berguna. Harap dia tak gugurkan anak itu. Ramai sangat yang mahu mengandung tapi tak dapat2. .

3. Seorang wanita baru lepas kahwin bulan lepas. Bulan ni dah dapat tahu mengandung. Alhamdulillah. Seronok tengok riak wajah dia dan suami bila scan nampak kantung bayi & denyutan jantung. Ini momen paling best bila aku jaga klinik ibu anak. Belum bila dah nampak tangan kaki gerak & kadang2 ada rezeki nampak jantina baby. Seronok mereka, gembira lagi aku.


4. Seorang wanita 35 tahun. Berkahwin umur 23 tahun. Sudah 12 tahun menanti pregnancy test positive. Siap ambil anak angkat, siap buat bermacam jenis test, siap makan itu ini, jumpa ustaz dan sebagainya. Tapi masih negative. Allah belum masih mahu memberi rezeki anak untuk mereka. Tetapi alhamdulillah hubungan mereka laki bini bahagia even dgn anak angkat yang satu tu. .

Wednesday, March 15, 2017

Memandu Melawan Arus

Salam Ladiess ♥

Astarafirullah Al Azim, menyucap panjang baqhang.. semalam berlaku kemalangan seorang pemandu wanita memandu berlawan arah. bila tengok wasup cerita ni diviralkan sehingga keluar dalam berita tv3. kemalangan berlaku di butterworth petang semalam. padahal kami dah pun on the ke kedah lewat petang semalam tapi belum sampai lagi di tempat kejadian.

nasib baiklah.. mintak dijauhkan lah berlaku seperti tu,walaupun hanya sekafar tengok pun kalau boleh takmau.. takziah pada kelaurga mangsa yang katanya telah meragut nyawa  suami yang isteri nya sedang hamil. sedih sangat.  semoga akan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.


tak tau ape yang ada dalam pikiran wanita tersebut yang membuatkan dia memandu laju di berlawan arah. ada yang kata mabuk, dan ada yang katanya nak bunuh diri. tapi orang lain yang terkorban. macam macam orang sekarang ni punya perangai. perangai sangat kan.

Saturday, March 11, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Salam Ladiess ♥

Hi, nampak macam dah ramai kengkawan yang join contest ni.aku pun tak nak ketinggalan jugak untuk join.sebab lagi ramai yang join lagi tinggi nilai hadiah yang akan dapat. menarikkan. sebelum tu aku nak ucapkan happy birthday to Lazada , yang ke lima tahun tak sangka dah lima portal shopping online paling best abad ini. dulu masa mula berkenalan dengan lazada, aku hanya mampu tengok je barang dalam tu, sebab tak reti macam mana nak shopping..kehkeh.. harga di lazada memang murah beb!, tapi sekarang aku bukan sekadar tengok² je ye, aku dah jadi pengguna setia lazada dan dah jadi satu tempat paling mudah untuk shopping. boleh kata kan setiap bulan aku dan seluruh adik beradik aku akan shopping di lazada.

Sempena birthday lazada yang ke-5 ni ada bebagai tawaran hebat di Lazada dengan diskaun yang diberikan sehingga 90% waw!!! omg.. 😍 bermula pada 22-24 March 2017 ini. jom shopping di lazada.

Lazada Birthday Sale http://www.lazada.com.my/birthday-sale/

Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?
Apa yang dalam lazada malaysia boleh dikatakan aku suka semuanya, dari segi mencari sesuatu barang sangat mudah dan details, barang yang aku cari tu memang selalunya ada di lazada, harga murah berbanding portal shopping online lain. lagi² diskaun yang diberikan jugak melampau-lampau best nya. cara bayaran dia pun senang, biasanya aku guna debit card je. atau Cod. kalau cod pun servis dia sangat bagus. malam ni order esok pagi barang dah terpacak depan rumah. waw! hehe

Resepi Chicken Cheese Nugget Homemade

Salam Ladiess ♥

sejak try buat potato meatball hari tu, perasaan nak cuba resepi lain tu membuak-buak. petang semalam ajak suami pegi beli ayam, tapi beli bahagian isi saja. balik rumah terus siapkan suami sebab dia nak pegi outstation, bagi putera mikaell tido. lepas dah selesai semua, terus lompat pegi dapur untuk first try nugget homemade. mood tengah rajin nak mencuba resepi baru. ikutkan jelaa..

bila sesorang masuk dapur senang sikit nak masak, kalau tidak putera mikaell pun rajin nak menolong umi. jom tengok gambar dulu. jangan meleleh air liur ye sebab nugget ni serius sedap, lagi sedap dari beli kat kedai.

bukan nak poyo ke apa, tapi memang betul sedap kot. tak tipu. walaupun ini first try tak sangka boleh sedap macam ni. ai tak tau nak cakap macam mana la.. kite tengok gambar je laa... 😋

betul tak aku cakap.. menggodakan.. nampak menyelerakan tak..sapa nak try buat jom ikut resepi kat bawah ni. memang aku ada google untuk tengok cara dan bahan² dia. tapi lepas tu aku tukar menjadi resepi yang direka sendiri. sumpah akan repeat.

Friday, March 10, 2017

Blog Intan Saffyna Capai 500 Post Entrys

Salam Ladiess ♥

setiap kali buka blog mesti aku akan cakap dalam hati bila nak entry blog ni nak capai lima ratus entri. blogging sejak 2010 baru harini capai 500 entry kan. lama betul, nampak sangat malas nak update blog. memang betul kakadang malas update.. ada je entry sebenarnya tapi save dalam draf. tunggu masa untuk publish.

lagi pun tiga tahun blog hilang sebab tu entry sikit. tambah pulak ada beberapa entry yang aku dan padam sebab malu dengan korang bila baca cerita aku zaman muda yang tak patut. zaman remaja kan zaman merapu so entry pun merapu jugak.

sekarang alhamdulillah dah insaf sikit. buat entry pun yang berguna je.. cehh berguna ke? kalau tak berguna pun tak kisah, hehe dan sekarang punya entry lebih kepada kehidupan sendiri, pengalaman, dan tips-tips yang saya tahu serta review yang berbayar.

Thursday, March 9, 2017

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

Salam Ladiess ♥


Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Wednesday, March 8, 2017

Orang Yang Keguguran Pun Kena Berpantang

Salam Ladiess ♥

Baru-baru ni aku diberitahu oleh cousin (aku dan dia lebih kepada adik beradik) aku yang dia pregnant five week.. syukur sangat la kan,.. sebab dia baru kahwin dan bunting pelamin. happy yakmat la kan.. kiteorang as cousin ni pun happy kan. sebab dikalangan kiteorang adik beradik dan cousin ni takde anak kecik.. tapi ada anak aku putera mikaell sorang je .. kalau ramai kan seronokk .. tambah umat kecik lagi meriah..

tapi.. 😢

aku dikejutkan dengan berita keguguran. memang terkejut sangat.. pagi-pagi dia text aku kak intan cepat bangun.. ana keguguran. terus terbeliak mata aku bangun. kesian dia. baru nak menikmati perubahan fizikal, emosi semua masa mengandung. tapi apa kan daya.. belum rezeki lagi. mungkin ada hikmah disebaliknya. kena redha.. kena kuat...

aku bagi tahu dia, lepas ni ana kena berpantang sama macam orang bersalin jugak.. lepas tu dia tanya aku macam mana nak berpatang.. actually aku pun bukan reti sangat bab ni. aku pun baru tahu dan baru belajar. anak pun baru sorang.. so, pengalaman tu belum cukup hebat lagi.. hehe
aku google je paste kat dia.  dia kena berpatang sekurung-kurangnya dua minggu. kalau nak lebih afdal kena la pantang sama macam orang bersalin. 44 hari atau 60 hari atau 100hari. melampau la kan keguguran kena pantang sampai seratus hari,. hehe tapi bolehh je. untuk kesihatan jugak. (bab ni kena cakap kat diri sendiri key.)😇

Wednesday, March 1, 2017

Mix & Match : Enjoy Uniqlo Coupon Code RM10 OFF!

Salam Ladiess ♥

Gaya trend masa kini sangat luar biasa. banyak pilihan fesyen yang dapat kita gayakan dengan mix and match. kadang kala kita akan tampil dengan pelbagai gaya, contohnya gaya kasual ke pejabat. gaya elegen untuk makan malam, dan gaya sempoi untuk bersantai bersama keluarga.

oleh itu Uniqlo Malaysia menawarkan anda untuk mix & match bersama mereka dengan pelbagai gaya masa kini.

1) Shop at Uniqlo for the latest Women's Collection!
2) Shop online for the latest Men's Collection Sale at Uniqlo!
3) Enter This Uniqlo Coupon Code To Enjoy RM10 OFF!
Mari kita baca post hari ini sebab banyak pilihan dan sumber inspirasi untuk anda memulakan gaya mix & match bersama Uniqlo Malaysia.

Sunday, February 26, 2017

Happy Birthday Putera Mikaell Danish #turn2 | 2017

Salam Ladiess ♥

Nak taip entry ni pun dah tak sampai hati sebab sedih tak dapat buat party untuk birthday boy umi. bulan january lepas umi daddy buzy sangat balik pun dah malam. walaupun danish follow kemana saja umi daddy pergi. walaupun dalam meeting. umi kesian kat danish sebab terpaksa terjebak jugak dengan urusan umi daddy.

hari malam birthday danish umi daddy still tak balik umah lagi. jam dah pukul 9pm masa on the way balik, umi cakap dengan daddy jom pegi kedai kek kejap, nak beli kek untuk danish. kek yang ready made pun jadilah janji ada kek. padahal umi sebenarnya dah rancang pun nak tempat kek spiderman untuk danish. tapi tak berkesempatan.

round kat area berdekatan dengan umah untuk cari kedai kek, dah banyak kedai kek yang dah tutup awal. mana taknya kiteorang sampai pun dah lebih kurang 9.28pm. ada jugak yang dah stanby nak tutup, tapi sempat la beli kek satu nak acah acah tiup lilin kasi happy danish. tak banyak sangat pilihan tapi boleh la dapat yang kecik pun takpe.

seni dari tangan danish. hasil kerja yang baik,

Saturday, February 25, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 29 : Parents

Salam Ladiess ♥

parah dah ni, aku sendiri tak tau ni cabaran 30 hari blogging atau cabaran tiga puluh bulan blogging.. sampai hari ni baru aku nak continue entry ni.  itu pun ada hati cakap dalam hati nanti habis entry cabaran ni nak follow cabaran lain pulak.. hati besar memang macam ni. macam mampu je.. huhu

semangat itu penting. buat tak buat itu cerita lain.. haha.. aku memang suka bela diri sendiri.. lagi pun aku bukan sengaja tau. dah memang masa tak mengizinkan. plus cari gambar tak jumpa. walau apepun aku tetap teruskan untuk update entry ni. takde la terbengkalai selamanya..
'

Sunday, February 19, 2017

Resepi Potato Meatball Paling Rangup Homemade

Salam Ladiess ♥

Hari cuti memang selalu bosan, tambah pulak aku hanya tinggal berdua dengan anak aku, suami kursus harini. so aku tak payah rajin sangat nak bersilat kat dapur untuk masak makanan berat. kang tak habis dah jadi membazir. tapi aku masak jugak sup daging untuk anak aku satu periuk kecik. cukup jugak kalau aku nak tumpang makan hehe.

oleh kerana harini aku bermain dengan daging tetiba idea sampai untuk aku buat meatball kudap² kiteorang berdua. malas nak amik henpon bukak google check resepi, jadi aku main hentam je buat. aku ingat jugak sikit² video buat meatball ni masa tengok facebook hari tu. so, aku ikut lebih kurang macam dalam video tu jela.. selebihnya aku main ikut pandai aku je.. cecampak je.. jadi tak jadi belakang cerita.. yang penting try dulu. betul tak.. hehe

first time tau ni.
nampak macam okey tak wehh.. haha aku buat lima nam ketul je untuk first try. boleh tahan jugak jugak tak cukupnya bila makan ni.. nak buat lagi malas dah.. esok² continue lagi sebab masih ada lebih bahan yang aku blend tadi. memang sedap dan mudah je nak buat.

bahan-bahan pun senang nak dapat. dan kakadang bahan ni dah memang ada dalam peti ais, kite je tak perasan, hehe jom buat untuk anak-anak dan keluarga mesti akan repeat suh masak lagi. kalau buat banyak² simpan stok dalam peti ais pun bagus jugak,, nak makan goreng je.'

Saturday, February 18, 2017

Kat Mana Nak Cari Punch Bulat, Susahnya Nak Dapat!!

Salam Ladies,

Sejak hujung tahun lepas lagi aku mencari spesis pemotong bulat ni tapi kenapa susah sangat nak jumpa. merata dah pegi. dan orang pas aku macam bola. mana taknya bila aku cari tak jumpa lepas tu aku tanya orang dan orang tersebut dengan confident dia kan cakap ohh benda ni ada jual kat situ sini situ.

aku yang memerlukannya sangat sangat ni follow je cakap dia tu. beberapa hari lepas tu cari lagi tapi apa yang aku dapat hanyalah percaya cakap orang yang main hentam je.padahal dia pun tak tahu. terukkan.
dah merata aku cari punch craft ni, memang banyak aku jumpa punch ni tapi bentuk lain la yang banyaknaya.. yang aku nak bentuk bulat. bulat okey.. susahnya lahai nak dapat. sampai sakit hati sebab sedih sangat bila cari-cari takde. 
ni aku nak highlight , seluruh area ampang,keramat, wangsa maju, gombak ,selayang, rawang aku pegi mr.diy,daiso, stationany ,jusco, kedai alat tulis, mana lagi .. sampai aku lupa nama kedai yang aku masuk semata-mata nak cari punch ni. paling last ada orang kata benda ni ada jual kt klcc kedai stationary tapi nama kedai nya aku dah tak ingat. lepas ni aku nak pegi sana, harap ada la.. aku tak akan balik selagi tak jumpa.. huhu

Thursday, February 16, 2017

First Time Datang Perpustakaan Utc Keramat

Salam Ladies,
Suku hari ni duduk dalam utc keramat tu duk buat pembaharuan ic, tak ramai orang pun sebenarnya tapi disebabkan aku nak siap pada hari tu jugak kena tunggu la. kalau nak ambik esoknya pun boleh. tapi tak mau nya aku nak ulang² datang. so tunggu je lebih kurang pat puluh lima minit. its okey. 
masa round satu utc tu tetiba nampak perpustakaan. tetiba macam ehh.. aku dah berbelasan belas tahun tak pergi perpustakaan. last pegi pun kat sekolah punya perpustakaan. nampak sangat aku bukan ulat buku.kahkah
     masuk je terus danish jerit, teruja sangat sebab dia nampak lot tepi tu macam playground mainan dia.. padahal takde pun mainan hanya ada kerusi kecik warna warni je.nampak macam mainan la kot. tambah pulak ada budak lain jugak kat situ walaupun dah abang abang la dengan danish tapi dia tetap ecxited jugak. 

Monday, February 13, 2017

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant

Salam Ladiess ♥

terima kasih ye sebab invite saya join segmen ni. dah lama tak join mana segmen/giveaway.. hehe inshaAllah lepas ni bila di beri kesempatan saya join. tapi harini segmen ni memang best tau, sebab ia melibatkan promosi. aku suka bab ni.. rugi ye siapa yang tak join. sebab segmen ni akan mengreviewkan blog korang.. dalam masa yang sama mungkin akan trafik blog.. betul!.. tak percaya...

join sini ye :)
klik banner untuk join
SYARAT SIMPLE
  1. Follw blog Syahirah Valiant *wajib*
  1. Follow Facebook & Instagram *wajib*
  1. Klik SINI
  1. Buat entri yang bertajuk "Segmen Review Blog By Syahirah Valiant"
  1. Dah siap? Tempek link korang dekat komen tau ^^
Date : 12 Februari 2017 - 12 March 2017 
Terima kasih sudi baca.

Sunday, February 12, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 28 : Impian Saya

Salam Ladiess ♥

impian aku di tahun 2017 ni yang utama adalan aku ingin menjadi isteri dan umi yang terbaik di abat ni, yang mengikut semua syariat islam, cuma aku perlukan beberapa bimbingan untuk capai ke tahap tu. inshaAllah aku kena banyak belajardalam menuguruskan keluarga,menjaga anak (dan anak-anak yang akan datang - jika diizinkan aku mengandung lagi.. hehe ) dalam erti kata lain aku ingin menjadi suri rumah tangga sepenuh masa yang berjaya. disebabkan impian aku ni, aku mesti akan bangga dengan diri sendiri.

selain dari tu, aku jugak ingin menjadi usahawan yang berjaya. sejak tahun lepas aku dah mula dengan produk skincare yang di asaskan oleh aku sendiri, secara tak senjaga ini juga sebahagian dari impian aku, yang perlu aku capai. aku dah letakkan target pada bisnes ni. inshaAllah semoga dipermudahkan.
produk skincare yang didaftarkan kepada marcella skinz' ini telah mendapat kepercayaan suami aku sendiri untuk aku menguruskan nya. aku harap dengan usaha aku kali ni, aku kan berjaya. semoga aku suami aku dan family aku bangga dengan kejayaan aku. aku juga menyimpan harapan agar aku boleh capai jutawan sebelum umur aku 37 tahun.

Amin... tolong la doakan ye.. hehe

segala impian yang kita inginkan tak semestinya akan tercapai, tapi kita kena banyakkan berdoa, usaha dan bertawakal. inshaAllah semuanya akan dibuka perjalanan tu dengan mudah. kena ingat gagal sekali tak bererti gagal selamanya. aku sendiri pernah jatuh dan aku bangkit dengan kaki aku sendiri. mula balik dari awal. akhirnya aku dah capai apa yang cuba buat sekarang.. cuma target aku kena berusaha lebih lagi. kesabaran dan keimanan dalam seseuatu perkara amat penting. kena kuat.

😎😘
Terima kasih sudi baca.

Monday, February 6, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 27 : Movie Yang Paling Saya Suka

Salam Ladiess ♥

movie yang paling aku suka banyak, genre pun berbeza-beza. tapi aku bagi kat dalam entry ni beberapa je la ye sebab disebab kan post ni dah terlalu lama di humban dalam draf yang hanya ada tajuknya saja. updatenya baru hari ni ada masa.

ini pun aku nak cepat taip setiap satu entry sebab aku bercadang nak siapkan empat entry cabaran blogging ni sekali gus sebab dah lama aku skip. waw banyak lagi rupanya. rajinkah aku? tengok la macam mana nanti. rasanya tak mampu kot.

movie yang akan aku update harini adalah movie yang aku akan tengok berulang² kali tanpa ada perasaan jemu langsung. kiranya aku memang minat sangat la. sama ada jalan cerita dia, pelakon dia, dan jenis-jenis babak dalam setiap movie yang aku minat, semua tu merangkumi. that why aku suka sangat. antara movie yang aku tak lupa nak tengok adalah movie filipina. hehe obsess giler kot aku.. lagi satu movie yang seram indo zaman dudulu.. memang layan weh. hahha
romantic : you to me are everything

Sunday, February 5, 2017

First Time Bawa Danish Ke Baby E Baby Spa & Wellness

Salam Ladiess ♥

Dah lama nak update pasal ni tapi hanya tajuk saja yang tersimpan di draf. hari ni berbekalkan sikit masa untuk blog ni aku akan manfaatkan sebaik baiknya.haha ayat poyo yakmat. aku first time bawak danish berenang di kolam baby selain dia pernah berenang dalam air ketuban dalam perut umi. hehe

harap maklum ye ni adalah trowback.

sebelum pergi esoknya aku whatsapp dulu untuk set appointment time, lepas aku bagi susu sampai danish kenyang lepas tu tidokan dia lena² , tak bagi dia gangguan langsung okey, sebab atas nasihat staf spa baby tu sebelum datang pastikan baby dalam keadaan selesa, kenyang dan cukup rehat tido. supaya baby seronok sepanjang berada di kolam baby. umidaddy pun senang hati kan.

sepatutnya kalau nak bagi baby rasa lebih selesa kena bawa baby yang lepas habis pantang, baru dia enjoy dan dapatkan biasakan diri dalam kolam tapi danish umur empat bulan baru bawak swimming dispa baby. tapi takpe sama jugak explore nya.

tempat yang aku bawak danish ni kat wangsa walk je. dekat jugak dengan rumah kiteorang. boleh baca review ⇨ Baby E Baby Spa & Wellness Wangsawalk Mall untuk tengok harga dan pakej baby spa ni.

Saturday, February 4, 2017

Resepi Pasta Carbonara Creamy Simple Sedap

Salam Ladiess ♥

Kejap je laaa hai dah february, rasa macam baru je pegi tengok buanga api tahun baru, tetiba dah bulan dua. sejak beberapa minggu lepas lagi aku membusy kemain. memang tak lekat kat umah, dah malam baru balik. kesian anak aku yang sorang ni, sambut bezday pun dah lewat. semua dah tido, hanya ada umi daddy and atokk danish je. inshaAllah umi akan buat persiapan bezday danish yang okey sikit, macam tahun lepas.

dua tiga harini ni umi dah okey sikit, dapat duduk rumah dengan tenang. urusan pun dah selesai, tak payah nak ulang² pegi bank dah. letih kot. haha ... barang dapur dah setel beli dan siap kemas simpan dalam peti ais. sayur dah potong, segala lauk aku dah bersihkan. sekarang aku dah boleh memasak dengan senang hati. semua permintaan laki aku dan memintaan danish termasuk permintaan tekak aku sendiri, Alhamdulillah back to house wife full time.

biasanya pagi aku akan buat breakfast yang paling senang punya, sandwich tuna akan jadi pilihan aku. cepat dan mudah. tak pun aku akan masak bubur je dari nasi semalam yang tak habis. ni lagi cepat. asyik nak cepat aku ni.. hahaha bisaalah busy mummy.😇
tapi harini aku rajin sikit. lambat sikit tak pe kalau masak menu ni sebab aku nak mengekalkan sedap dia hingga ke dalam perut. hehee. harini ni aku masakan pasta ye. nampak sedapkan. memang sedap pun. bertambah tau.
 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna