Tuesday, January 31, 2017

Total Pengview Mencecah 500,000

Salam Ladiess ♥

Petang tadi aku perasan view blog dah hampir lima ratus ribu, tunggu punya tunggu sambil tengok drama filipina habis satu episod tetiba tengok balik blog dah masuk angka lima ratus ribu. sedih betol.. tak sempat nak screen capture. tadi bukan main semangat aku tunggu tau.. hehee tapi tak kisah lah janji view sentiasa meningkat dari hari kesehari. alhamdulillah.

blog aku ni biasa je, tak mampu nak juta² view pun buat masa sekarang ni, view dah meningkat setiap sejak tahun ni pun dah besar rahmat da. rasanya kalau belog tak hilang dulu dan ingatan aku tentang password blog ni masih utuh mungkin view aku pun dah capai juta kot.. haha perasan. mana taknya aku berblogging sejak 2011 lagi sekarang ni dah hampir enam tahun aku dalam dunia blog. tapi disebabkan tiga tahun lepas blog aku hilang kini sudah kembali . aku telah kehilangan followers dan view blog. sedih kan.

Monday, January 30, 2017

Baby E Baby Spa & Wellness Wangsawalk Mall | Review

Salam Ladiess ♥

Hi, sambil layan lagu ara af #warkahuntukku tadi, memang layan betul. hehe tetiba teringat blog ada entry yang patut aku taip. sebab cerita ni dah kepam lama dulu dah. sebabnya blog aku hilang kini dah kembali. takpelah, aku boleh trowback korek keluarkan entry dimasa kini. chewah.. macam la rajin sangat. cabaran blogging punya entry pun dah kelaut.

aku dapat tahu pasal baby spa ni masa tengok kat ig nurulain8888, tapi tak plan pun nak bawak anak aku pegi baby spa ni. sebabnya time tu aku belum bersalin lagi pun. tapi dah sarat dah tunggu hari je nak meletop pom. bila baby dah masuk 4 bulan, tetiba suami aku ajak bawak baby swimming, katanya berenang adalah salah satu sukan mengikut sunnah nabi. bila kita nak mengajar anak anak kita ni berenang lebih bagus bila ajar berenang awal², kalau boleh seawal bayi. bagusnya ialah meningkatkan IQ baby dan kekuatan fikizal baby. kalau memanah pun sunnah nabi jugak tapi takkan nak ajar memanah masa umur 4 bulan kan.. tunggu la 4 tahun.. kakak ikutkan aje ye bila laki kakak ajak. 😘

aku search kat google cari info sikit pasal area tempat baby spa ni, kat merata rata area selangor ada tempat ni. tapi yang paling dekat dengan rumah kiteorang kat wangwalk mall, kebetulan kiteorang nak celebrate annyversary yang kedua terus singgah wangsawalk kejap. kiteorang cari² baby spa ni memang tak nampak, sebab lot dia berada di tingkat bawah dan yang paling hujung sekali, kira macam tersorok sikit. kena rajin berjalan baru jumpa tau.
masa kiteorang discuss dengan staff dia yang baik hati tu, memang tak ramai sangat orang sebab kiteorang datang weekdays,(aku bukan ingat sangat apa yang kiteorang bincang masa tu sebab ini kan trowback.) haha tapi dia bagi dua pilihan harga dan pakej. kalau nak datang suka hati pun boleh nak datang by appointment pun boleh. harga lain-lain.

Saturday, January 28, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 26 : Kids (Putera Mikaell Danish)

Salam Ladiess ♥

Tajuk kids kali ni, hari yang ke-26 , tapi rasanya dah minggu ke dua puluh nam baru nak taip entry ni, memang dah banyak skip. sebabnya aku tak layak ikut cabaran ni..huhu masa memang tak mengizinkan untuk ikuti cabaran blogging ni setiap hari. serius.

kali entry paling senang untuk post sebabnya aku malas nak taip banyak² tapi aku rajin nak masuk gambar bagi penuh satu entry..

disebabkan anak aku yang sorang ni baru masuk dua tahun, aku nak penuhkan dengan gambar dia dalam ni. hehe
Gambar random dari umur two month till now two years

Thursday, January 26, 2017

Happy Birthday Anak Umidaddy

Salam Ladiess ♥

Serius, seminggu busy. macam macam urusan kena handle dalam masa seminggu. ulang alik ke bank berhari-hari paling teruk sekali. baik tido je kat bank tu, senang. lepas tu siapkan presentation, meeting. esok  lusanya orang kampung kedah mai pulak sebab ada kenduri cousin, convoi pegi kenduri pulak awal² pagi. kereta pun dah jadi rumah kedua aku untuk rehat. huh letih yakmat.

tak cukup seminggu, sambung minggu ni pulak, isnin setelkan urusan lagi untuk presentation hari selasa, dah malam baru sampai kat umah nenek danish, kesian anak umi kena ikut tunggu umi sampai malam. dah lah birthday danish isnin tu 23 january 2017. #danishturn2 . kesian dia. 😌

dah lewat da, tapi umidaddy laju-laju cari kedai kek untuk danish. walaupun simple umi tetap nak celebrate jugak. nasib baik jumpa kedai kek yang dah hampir nak tutup. alhamdulillah nasib baik sempat.
Happy Birthday to Putera Mikaell Danish, #turn2

Sunday, January 22, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 25 : Sumber Inspirasi

Salam Ladiess ♥

Sumber inspirasi merangkumi banyak faktor,  keinginan seseorang dalam menentukan kehidupan jugak perlu banyak inspirasi agar lebih sempurna. sesebuah inspirasi tu sebenarnya kalau di cari memang tak akan jumpa. ianya akan hadir dengan sendiri.

contohnya apa yang kita lihat, dengar ,baca , dan mengalaminya.
bagi aku semua contoh tu adalah inspirasi aku setiap hari, tak kira lah untuk kehidupan seharian, diri sendiri dah jugak update blog.

Baca Sini : https://uprint.id/blog/10-sumber-inspirasi-hebat-tulisanmu/

 Terima kasih sudi baca.

Saturday, January 21, 2017

Birthday Party Danish #turn1 | 2016

Salam Ladiess ♥

#trowback again. birthday anak umi setahun. semangat umi daddy nak buat birthday party ni, yela kan first time sambut birthday anak sendiri. walaupun simple je tapi dah tetap meriah bila di sambut dengan keluarga.

sebenarnya turn two is coming dah danish ni this year in a few days, tapi umi baru berkesempatan taip entry ni rushing. sebab umi tak nak terlepas walaupun sekali dan update perjalanan danish dari umur satu hari till today.

nanti danish dah besar boleh tolong baca kan balik blog ni untuk umi bila umi dah tua nanti. huhu
#23january2016
segala persiapan adalah dirancang secara sederhana saja. menu untuk masjlis  masak sendiri je.cuma ayam dan kek kita main order kat kedai. entry akan dipenuhi dengan gambar, harap tak membosan la.. hehe
Happy Birthday to you putera mikaell danish #danishturn1
serius, disebabkan dah setahun da bezday turnone berlalu, umi sendiri dah lupa ape nak cerita dalam entry ni. kita tengok gambar je la ye.. sebab kadang² ingatan umi akan kembali bila berpandu gambar. hehe

Thursday, January 19, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 24 : (small office home office) SOHO

Salam Ladiess ♥

serius, masa tengok senarai tajuk cabaran ni aku terhenti dekat perkataan (SOHO), sumpah aku tak faham langsung maksud dia. haha aku tanya semua orang depa pun tak tahu. semua pun tak up to date macam aku jugak ke. huhu puas jugak aku google, just taip soho je. memang tak jawapan la kan.

last aku try taip cabaran blogging soho, baru aku jumpa entry yang mana join update pasal soho ni, rupanya barulah aku tahu maksudnya small office home office, atau dalam bahasa melayu bilik kecik macam pejabat di rumah. huh!. itu jer..

that why la aku lambat buat enty ni, sebab aku takde office pun dekat rumah. kalau nak buat keje online shop, pakai meja makan je atau pun atas katil sambil meniarap.

sebenarnya aku nak buat office kecik jugak kat rumah, sebab ada space satu bilik dekat tingkat bawah, dah discuss dengan suami da, cuma takde masa nak mendeco je. sebab kiteorang pun baru pindah rumah baru, banyak benda yang lagi penting perlu selesaikan dulu., lagi pun cost untuk small office pun boleh tahan jugak nak guna modal. huuhu

Wednesday, January 18, 2017

My Birthday Last Year 2016

Salam Ladiess ♥

Walaupun ini cerita #trowback tahun lepas punya, tapi aku tetap nak masuk jugak dalam blog ni, memandangkan aku akan mengakhiri zaman 20an tak lama lagi. maksud aku di tahun duaributujuhbelas ni aku dah masuk three series. hanya tunggu oktober sampai je ni. tua kah aku?

oktober 2016 yang dinanti-nantikan, akulah yang berumur 29tahun. rasa seram je bila dah hujung 20an, rasa diri ni dah tak boleh menganda lagi, harus fokus dalam kehidupan seharian. terlalu besar dah tanggungjawab yang perlu digalas. huhu

sedihnya..hehe tapi aku still lagi boleh berpenampilan seperti budak remaja.. 😝

birthday kali ni biasa je, tak sempat pun nak tiup lilin, masing-masing membuzy, tapi kakak tak kisah, dapat ucapan dari suami, keluarga dan kengkawan pun dah besar rahmat da. syukur alhamdulillah.
 officialy i'm 29 y/o

Tuesday, January 17, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 23 : Binatang Paling Menakutkan

Salam Ladiess ♥

sebenarnya bagi kite semua ni, bukan takut pada binatang tapi cuma geli atau tak suka atau tak boleh nak tengok binatang tu, depands pada beberapa binatang la. contoh lipas, tikus, cacing, dan lain-lain. nak kata takut pada harimau? jangan tipu la cakap takut, sebab bila kau bawak anak kau pegi zoo relex je kau bagi tau anak kau, adam, ni harimau/tiger namanya, dia garang tau. tapi kau tak lari pun macam takut sangat.

tapi, adakah kau nak masuk hutan yang ada harimau untuk kau saja-saja jadi takut? so see, maknanya kita bukan takut pada haiwan la kan.. huhu cuma geli jerr!

bagi aku pulak memang geli pada lipas, tikus.. binatang yang aku selalu nampak memang dan boleh terperanjatkan aku. tanjat gegel okey sampai nak lari tak cukup tanah.

nah kakak nak belaja binatang paling sayang nih. yuck!
banyak la kau nak tumpang rumah sangat, pegi balik tempat kau.. eee..
and tak daya aku nak masukan gambar kau (lipas) yang betul, tak selera nak makan sambil buka blog nanti. eeyuckk!

Sunday, January 15, 2017

Jumlah View Meningkat 1000 Satu Hari

Salam Ladiess ♥

waw! aku tengah terkejut ni, tadi bukak nuffang saje la nak check ada earning masuk atau tak untuk bulan january ni, tapi lain pulak yang aku nampak. tetiba macam, mak ai, ramainya yang masuk blog aku ni, fake ke apa nih.. huhu

secara tak sengaja view blog meningkat dengan laju sekali, betul² tak sangka. blog aku yang tak canggih, yang tak update hari hari. yang tak ada entry berguna, tapi harini serius buat aku terkejut.first time view blog boleh cecah seribu satu hari ni, biasa dua tiga ratus je view. paling tinggi pun nam ratus lebih view je.

alhamdulillah la, jika ini peningkatan untuk blog aku ni. walaupun masih baru dalam carian google.tapi aku bersyukur la dah sampai ketahap ni. harap ianya akan berterusan. inshaAllah. 😊
uniques visitor pun seribu. harap earning pun akan masuk meningkat jugak lepas ni.. hehe terima kasih la ye sebab sudi masuk blog aku sambil baca entry yang tak seberapa ni, dan ada yang sudi follow blog aku. terima kasih jugak. ni pun semalam aku dapat masalah baru pasal gadget followers hilang. rungsing tau. huhu

Saturday, January 14, 2017

Sejarah Ulek Mayang

Salam Ladiess ♥

malam ni punya issue agak seronok sikit tapi seram sebab aku ada baca satu artikal ni.. kira macam sejarah lama jugak la. sebenarnya dah lama sangat aku teringin nak tahu tentang sejarah ulik mayang. tapi tak sempat nak cari pun kisahnya macam mana.

dudulu masa kecik², time nak tido dah baba mesti masuk bilik kiteorang adik beradik nak tengok dah tido ke belum. memang kiteorang baring di tempat masing² tapi masih lagi sembang cakap bisik bisik.. bila baba buka pintu masuk je mesti dia cergah cakap, 'haa.. tak tido lagi, jaga la nanti ulik mayang datang'.

yang kiteorang ni punya takut, nak lena pun dah tak boleh. sebab teringat cerita ulik mayang kat tv, masa tu tok bomoh dengan jampi orang mati tepi laut. lepas tu ulik mayang datang menari. (puteri) imagine kanak-kanak sangat tajam kan.. hehe

kemarin membawa aku untuk cari jugak kisah ni, sebelum tu aku layan movie tajuk mat motor, arahan pekin ibrahim dan syafiq yusof. tetiba dalam cerita tu membawak ke terenganu dan tetiba keluar lagu ulik mayang, aku tak ingat lagu ke ataupun hanya instrument je. lepas tu terus dalam fikiran nak tau kisah sejarah ulik mayang.
disini aku pastekan kisah yang aku baca, barulah aku faham sejarahnya. menurut dalam kisah tu, bukanlah puteri tu jahat. dia hanya menguji saja. selepas puas dia lepas balik. lagi satu ketujuh tujuh puteri tu adalah bunian yang datang dari laut. tapi itu apa yang aku baca la.. kesahihan nya aku tak pasti, sebab aku masih lagi mencari kisah ni secara menyeluruh. maksud aku, aku  nak tahu usul asal sejarah ulik mayang ni.

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 22 : Kereta Idaman

Salam Ladiess ♥

part ni paling tak suka, sebab ianya adalah idaman saja. belum tentu boleh dapat. sebab bila ia menjadi sesuatu yang diidamkan mesti mahal. termasuklah benda lain yang kita idamkan nilainya tetap mahal. tapi kalau mengidam jambu kat tepi jalan. yang tu murah hehe.. dua singget.

kali ni kena bagi tahu pulak kereta idaman yang aku idamkan, padahal kereta idaman aku adalah rahsia. sebab bagi aku bila aku idamkan sesuatu, aku takkan bagi tahu sesiapa sebab bila aku dah bagi tahu ape yang aku idamkan tu, pasti dah tak akan dapat dah. tak tau kenapa aku boleh fikir macam tu. haha

tapi, nak buat macam mana, dah entry ni mintak kereta idaman aku bagi tau jelahh.. lagipun mahal sangat, aku belum kaya lagi nak memilikinya.. nangis tepi pokok bunga.
mari kita tengok kereta idaman akak ehh.. 👇

Friday, January 13, 2017

Widget Gadget Follower Hilang

Salam Ladiess ♥

Semalam widget follower masih ada lagi, seingat aku la.. lepas tu aku blogwalking sehingga aku sampai ke blog https://missobsesi.blogspot.my/, aku ada baca entry dalam blog tu yang dia nak ringan kan blog sehingga padam semua widget yang tak perlu, lepas tu widget follower pulak dia buang sebab tak boleh view guna henpon dan dia gantikan dengan button follower tumblr.

siapa sangka yang aku pun turut terjadi perkara yang sama jugak, tak boleh view follower guna henfon malah guna laptop pun tak boleh. widget follower aku dah hilang.. Siapa boleh bantu? siapa tahu cara nak dapat balik widget follower aku yang hilang ni. siapa perasan dekat sidebar blog aku dah takde widget follower? pening aku jenuh google tapi tak dapat jawapan pun. yang penuh dalam google tentang masalah ni ialah follower widget hilang yang mana guna code widget.

tapi aku tak guna kod tu. rasanya code widget ni dah lama lenyap. harini dari pagi tadi aku blogwalking, bila nak follow je baru perasan ada jugak blog yang hilang widget follower. . kat mana gaknya dia sembunyi ehh.. tapi ada jugak beberapa blog yang masih ada widget follower ni. jaga jaga takuit hilang pulak cam aku ni haa.. huhu
maka, bagi menyelesaikan masalah ni, aku pun terpaksa letak jugak button follow tumblr ni untuk sementara waktu bagi memudahkan pengunjung blog ni dapat follow. cuma satu aku risau kat button ni bila nak follow kadang² ia tak berfungsi..

kalau ada siapa tahu dan dapat selesaikannya tolong bantu ye.. pening aku. 😔

Terima kasih sudi baca.


Thursday, January 12, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 21 : Subjek Kegemaran Saya

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah demam semakin baik, selsema pun dah baik, cuma batuk je masih dok bunyi hok hok.. harap lepas ni dapat sihat sedia kala. sebab aku nak pergi melawat kawan aku baru lepas bersalin. tak sabar nak jumpa baby, rindu bau baby. hehe

harini dapat aku continue cabaran blogging yang dah lama terskip. harap aku dapat teruskan perjuangan ni sampai kegarisan penamat.. cewah. tajuk kali subjek kegemaran. aku punya subjek ni agak islamik sikit hehe.. tapi aku memang minat dulu sejak form four/five.

Tasawwur Islam subjek kegemaran aku, aku tak tahu kenapa aku suka subjek ni, cuma ustazah yang mengajar je aku tak berapa suka sangat. walaupun aku tak suka ustazah tu tapi pelajaran dia tetap aku ikut. pertama, ustazah ni suka bagi nota kat murid², cara pemberian nota dia pulak, dia akan baca dari buku dia dan kita semua kena tulih nota tu.
bagi aku, aku suka cara macam tu, tak gaduh nak tengok kat white board mende yang ustazah tulis, tulisan dia pun paham saja la.. macam docter, kelang kabut. tambah pulak aku yang pendek ni tapi duduk belakang lindung pulak dengan kepala orang depan. jadi aku suka cara uztazah ni bagi nota dan aku suka subjek tasawwur islam ni.

kedua, aku mata pelajaran tasawwur islam ni mudah dah senang difahami, even ustazah tak ajar pun bila aku ulangkaji dalam buku teks sendiri pun senang nak faham. that why la aku suka.

10 Aktiviti Rangsang Fizikal & Mental Anak Genius

Salam Ladiess ♥

Kanak-kanak dan bermain memang tak boleh dipisahkan. Tetapi dalam masa yang sama, sebagai ibu ayah kita perlu juga memupuk minat untuk mereka belajar. Tetapi jangan pula memaksa si kecil untuk belajar seperti kanak-kanak yang sudah ke sekolah rendah. Belajar tidak semestinya terperuk dalam bilik dan menghadap buku semata-mata. Ada banyak cara pembelajaran si manja yang boleh anda lakukan. Malahan tanpa disedari aktiviti luar rumah yang menyeronokkan juga mampu merangsang fizikal dan mental anak membesar sebagai anak sihat dan cerdas.

1. Jom berseronok di taman permainan 
Biarkan si kecil berlari bebas dan mencuba pelbagai alat permainan yang ada di taman permainan. Aktiviti ini mampu menguatkan badan dan ototnya.Selain itu anak juga belajar kemahiran sosial apabila berjumpa dengan rakan sebaya.

2. Kulihat hijau 
Dengan sekadar bersiar-siar dan berjalan pada waktu petang di halaman rumah atau kawasan sekitar rumah anda sambil belajar mengenali pelbagai pokok yang ada juga satu cara si kecil belajar. Ajak anak sentuh dan hidu bau pokok, bunga dan embun pagi yang ada di halaman rumah. Biarkan anak anda terdedah kepada pancaran cahaya matahari (pagi lebih selamat) dan hembusan bayi yang pasti memberikan dia pengalaman baru.
3. Berenang 
Kanak-kanak memang suka bermain air. Apa kata gunakan cuti hujung minggu dengan membawa anak ke kolam renang. Mereka tentu seronok belajar berenang selain aktiviti renang membantu menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan badan, ia membantu meningkatkan keyakinan diri.

 4. Bermain pasir pantai 
Sesekali biarkan anak bermain pasir di tepi pantai. Pasir mempunyai tekstur halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran mata - tangan. Aktiviti membina istana pasir akan menggalakkan si manja berimaginasi dan mereka cipta. Malah ia membantu meningkatkan daya kreatif kanak-kanak apabila mencipta pelbagai bentuk daripada pasir.

Wednesday, January 11, 2017

Mermaid Skirt Gaya Muslimah

Salam Ladiess ♥

Siapa tak pernah tengok hijabista menggayakan mermaid skirt? Mesti la pernah. Gaya ini sangat trendy untuk Muslimah moden zaman sekarang. Untuk skirt style terbaik ini, anda hanya memerlukan keyakinan dan sepasang mermaid skirt atau skirt duyung. Nak tips lebih lanjut? Mari kita baca post hari ini sebab banyak gambar dan sumber inspirasi untuk anda memulakan gaya mermaid skirt ini.


1. Gaya Instant Kasual
Untuk mereka yang lebih kasual, beli mermaid skirt jenis labuh dan gayakan bersama jaket denim atau jaket kulit untuk gaya lebih moden. Untuk gaya kasual, elok kalau pakai kasut jenis flats. Elakkan dari memakai kasut tumit tinggi sebaba kalau tak nanti terlalu formal rupa anda nanti ya.


2. Gaya Formal Anggun
Bagi mereka yang ada cara penting untuk dituju, cara memakai mermaid skirt begini lebih sesuai. Dengan memakai kasut tinggi, gaya anda akan nampak lebih sofistikated dan elegan. Juga amat sesuai untuk penggambaran semasa sambutan hari jadi atau ulang tahun, pemakaian mermaid skirt dengan gaya begini memberikan anda lebih keyakinan.

Monday, January 09, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 20 : Cikgu Paling Best Di Sekolah

Salam Ladiess ♥ 

waw! tak pernah terfikir pun yang akan kongsikan cikgu yang paling BEST di sekolah kt blog ni. dan terus terfikir aku ni ada ke cikgu yang best kat sekolah? haha.. yang tak tak best banyak lahh.. kahkah tetiba. tapi betul, yang best tu sorang dua je. itupun sebab pengajaran dia santai dan menyeronokan.

tunggu jap aku nak belek² album zaman sekolah dulu. baru boleh tau cikgu apa yang best sebab nama cikgu pun aku dah lupa apatah lagi lagu sekolah.. kahakah. 13 tahun lepas semua benda berkenaan sekolah aku dah lupa. ingatan aku akan kembali bila berpandukan dengan gambar saja. 😝

okey siap dah tengok gambar, ni aku ada jumpa dua tiga orang cikgu yang best dan aku suka bila belajar dengan mereka, tapi kat sini aku share sorang cikgu jela.. sebab dia yang paling best bagi aku. takde yang lain lagi.. bila tengok gambar dia tetiba memori aku dengan cikgu ni terus kembali. tongkat dagu sambil flashback.
ni cikgu rosnani,gambar ni masa aku masuk kelab geografi. sumpah aku tak minat pun belajar geografi, tapi di sebabkan cikgu ni mengajar mata pelajaran geografi tetiba gigih aku join kelab ni. haha.. cikgu ni pernah jadi guru kelas aku masa form 1 dulu. dia sangat baik dan peramah.

Sunday, January 08, 2017

Pakej demam dengan ubat batuk kelapa laut

Salam Ladiess ♥

Tajuk kau! dah kenapa demam ke? memang demam pun sekali satu pakej dengan selesma dan batuk. tak tahan kau terkurung je dalam bilik sambil belengkar atas katil dengan selimut. sejuk yakmat. jarang aku dapat demam macam ni, tambah lagi bila dah ada anak, susahnya nak tanggung diri sendiri.

disetiap demam, aku tetap gagahkan diri demi anak. rutin macam biasa aku tetap buat. cuma yang ringan-ringan je mampu. update belog pun berat, berat memikir, berat tengok cahaya. kang tak pasal pasal banjir laptop kena hingus aku yang meleleh tup tup. haha

mulanya hanya bersin biasa je, tetiba tak berenti pun bersin tu sampai la aku dapat selesma yang meleleh tu. pedih kan kalau selesma meleleh? semua keje tak boleh buat. lepas tu tetiba batuk pulak menjadi jadi sampai aku sakit tekak. terus demam!

hebatkan!
aku ni seorang yang tak suka pergi klinik. satu, membazir! kedua, aku tak suka makan ubat! maka aku ambil keputusan berdiam diri sampai laki aku paksa makan ubat. ubat biasa jer. tapi mujarab!
ubat mujarab pakej demam.

Monday, January 02, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 19 : Kenangan Zaman Kanak²

Salam Ladiess ♥

Rasa seronok sangat bila baca tajuk kali ni kenangan zaman kanak kanak, terus tetiba flashback masa kecik² dulu. terima kasih sebab bagi tajuk macam ni sebab kalau bukan disebabkan cabaran blogging ni bagi tajuk ni sudah tentu aku tak buka cerita zaman budak budak dulu kat mana² laman sosial.

memang beza zaman dulu dengan sekarang, aku rasa budak zaman sekarang tak tahu pun apa yang best di zaman kita dulu. even aku ada anak sekarang ni pun, aku tak rasa yang dia akan minat dengan permainan zaman dulu. 

aku rindu dan ketawa sendiri dengan benda aku pernah buat dudulu, serius memang lawak bila teringat balik, tapi itulah keseronokan masa dulu. tak kira lah waktu tu di sekolah atau dirumah. seronoknya masa kanak kanak memang tiada jawapan. siang malam seronok.
jom kita check apa yang aku seronok sangat dudulu tu.. haha

Sunday, January 01, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Salam Ladiess ♥

sampai bila nak duduk dalam kegelapan? aku mesti melangkah kehadapan. walaupun penuh dengan dugaan. aku kena lakukan perubahan walau dalam rintangan. rasa bangga dan seronok tengok kejayaan orang lain. mengeletar seluruh badan kerana hati ingin kejayaan macam tu.

tapi dimanakah permulaan nya? dah berapa kali aku cuba untuk memulakan. tapi masih lagi terhenti. kenapa? kat mana kesilapannya? adakah aku belum tersedar dari kelebihan yang aku miliki? adakah aku malas? kurang keyakinan? risaukan orang sekeliling? kenapa aku perlu berfikiran macam tu? tolonglah jawab soalan aku ni! sebab aku takde jawapannya.
Kadang kala aku dah putus asa, rasa sangat tertekan, rasa dah tak nak ambik peduli lagi dengan semua ni.. tapi aku sendiri tak mampu nak mengudur diri. rasa berbelah bagi, kalau aku biarkan tak boleh sebab dah separuh jalan aku langkah, kalau teruskan ia terhenti. pening aku.