Monday, January 02, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 19 : Kenangan Zaman Kanak²

Salam Ladiess ♥

Rasa seronok sangat bila baca tajuk kali ni kenangan zaman kanak kanak, terus tetiba flashback masa kecik² dulu. terima kasih sebab bagi tajuk macam ni sebab kalau bukan disebabkan cabaran blogging ni bagi tajuk ni sudah tentu aku tak buka cerita zaman budak budak dulu kat mana² laman sosial.

memang beza zaman dulu dengan sekarang, aku rasa budak zaman sekarang tak tahu pun apa yang best di zaman kita dulu. even aku ada anak sekarang ni pun, aku tak rasa yang dia akan minat dengan permainan zaman dulu. 

aku rindu dan ketawa sendiri dengan benda aku pernah buat dudulu, serius memang lawak bila teringat balik, tapi itulah keseronokan masa dulu. tak kira lah waktu tu di sekolah atau dirumah. seronoknya masa kanak kanak memang tiada jawapan. siang malam seronok.
jom kita check apa yang aku seronok sangat dudulu tu.. haha
1. tukar-tukar biodata.
aku rasa macam sengal pun ada, sebab budak² kisah ke biodata yang kawan dia bagi? macam aku sendiri pun, entah lepas kemana tah biodata yang kawan².punya tapi yang peliknya masing-masing pun seronok buat benda yang sama dan bagi kat kawan. masalahnya detail pulak biodata tu, tak takut pulak dipalsukan nanti. haha 
lagi satu,part cita-cita tu, aku rasa budak² takkan menipu, termasuk la aku dulu selamber je tulis cita cita dalam biodata tu, memang rasa diri tu high level confident je yang nanti akan jadi macam dalam cita-cita tu. kalau sekarang tak tau cita cita tu kat mana? tak datang pun. lagi satu, habis semua buku melopong kat tengah sebab dah cabut untuk tulis biodata bagi kawan. siapa pernah buat..?  
2. buat name kad
dulu aku tengok je orang jual kad ni, tapi kena tempah dalam sebulan baru sampai kot tak silap, bila kawan dah dapat kad ni, baru aku rasa nak jugak sebab cantik. lepas tu aku pun turut jual jugak. sebenarnya takde untung pun jual kad ni. hehe
3. tali skipping
balik sekolah asal jumpa getah je wajib kutip kumpul banyak-banyak sampai bertimbun, getah yang dah reput pun kutip jugak. dulu tak pernah pun fikir kenapa boleh jumpa banyak getah kat jalan raya. sikit pun tak pelik, dalam fikiran hanya main je. haha
lepas dah banyak,karang sesorang dalam bilik buat tali skipping. try dua layer tapi pendek sangat, getah belum cukup lagi, bukak balik karang lagi buat satu layer pulak!.. baru panjang sikit. rajin sungguh no. lepas tu simpan dalam bag bawak pegi sekolah. lepastu kena rampas dengan cikgu..

4. main hujan.
Allah yang ni paling heaven bila hujan. seronok tak terkata. kalau duduk rumah lepas tu tetiba hujan, lepas tu nak keluar main hujan, yang ni akan dilarang! sebab mama tak bagi main hujan. tapi bila masa balik dari sekolah tetiba hujan turun, yang ni dah macam dunia ni kita punya. seronoknya bakhang dapat main hujan. lagi-lagi kalau ada dua tiga kawan join jugak, jawabnya sampai hujan dah berenti baru balik rumah basah kuyup. lepas tu kena marah.. waw! seronoknyaaaa... haha
seronok sungguh dudulu, sikit pun takde fikir masalah. yang tahu hanya main je. syukur sangat sebab dapat merasa buat permainan dulu,barang-barang yang dulu.makanan macam snek yang dulu. sekarang dah takde dah semua tu. rindunya ya Allah. 

gambar : credit google
Terima kasih sudi baca.


12 comments:

Sha Mohamed said...

Hahaha.. yang no1 dgn no2 tu memang legend..

Busyra Takiyudin said...

rindunyaaa zaman kanak2. :(

LYAfrina said...

SERIUS...
zaman kanak2 adalah zaman y terindah & xkan dilupai..
zaman y paling dirindui...

HeNRieTTa JoSe said...

selamat bercabaran...hehehe...zaman kanak kanak best kan...

Puteri said...

teringat balik masa kecik kecik dulu :') no 1 tu boleh buat gaduh kalau kawan tak request kita tulis biodata dalam buku dia hahaha

Pha Is said...

kna gigih kalau nk buat entry cabaran macam ni.. all the best.

Intan Saffyna said...

@Shahida Dzulkafli betul tu kak.. hehe :)

Intan Saffyna said...

@Busyra Bt Takiyudin rindu kan.. tapi seronok bila dapat kenang balik zaman dulu.. :)

Intan Saffyna said...

@LYAfrina betul tu, susahnya nak lupakan tapi indah bila diingatkan.. hehe

Intan Saffyna said...

@HeNRieTTa JoSe thanks kak.. join sama2 sahut cabaran.,. hehhe

Intan Saffyna said...

@Puteri hehe.. koyak buku sebab nak tulih biodata.. wajib kalau nak berkenalan dengan ketua darjah kelas sebelah.. haha

Intan Saffyna said...

@Pha Is inshaAllah. dah cuba se gigih yang boleh ni.. huhu :)