Monday, January 09, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 20 : Cikgu Paling Best Di Sekolah

Salam Ladiess ♥ 

waw! tak pernah terfikir pun yang akan kongsikan cikgu yang paling BEST di sekolah kt blog ni. dan terus terfikir aku ni ada ke cikgu yang best kat sekolah? haha.. yang tak tak best banyak lahh.. kahkah tetiba. tapi betul, yang best tu sorang dua je. itupun sebab pengajaran dia santai dan menyeronokan.

tunggu jap aku nak belek² album zaman sekolah dulu. baru boleh tau cikgu apa yang best sebab nama cikgu pun aku dah lupa apatah lagi lagu sekolah.. kahakah. 13 tahun lepas semua benda berkenaan sekolah aku dah lupa. ingatan aku akan kembali bila berpandukan dengan gambar saja. 😝

okey siap dah tengok gambar, ni aku ada jumpa dua tiga orang cikgu yang best dan aku suka bila belajar dengan mereka, tapi kat sini aku share sorang cikgu jela.. sebab dia yang paling best bagi aku. takde yang lain lagi.. bila tengok gambar dia tetiba memori aku dengan cikgu ni terus kembali. tongkat dagu sambil flashback.
ni cikgu rosnani,gambar ni masa aku masuk kelab geografi. sumpah aku tak minat pun belajar geografi, tapi di sebabkan cikgu ni mengajar mata pelajaran geografi tetiba gigih aku join kelab ni. haha.. cikgu ni pernah jadi guru kelas aku masa form 1 dulu. dia sangat baik dan peramah.
dulu dalam kelas dia lantik aku jadi ketua kelas. bila aku dah jadi ketua kelas masa aku dengan cikgu rusnani memang banyak bersama. dia suka sembang dengan aku. makin lama kiteorang rapat. dia selalu bagi aku extra tunjuk ajar berkenaan georafi. tapi aku tak minat nak dengar. teruknya aku dulu. haha

time rehat, cikgu rusnani suka tanya aku nak makan ape? dah makan ke belum? kadang-kadang dia datang kantin cari aku sebab nak bagi aku kuih ataupun nasi lemak.

bila akhir tahun, cikgu rusnani bagi aku hadiah. sebab aku tak pernah ponteng sekolah walaupun satu hari. hebat tak aku.. haha ini disebabkan cikgu rusnani yang best sampai aku rajin datang sekolah. cuma aku tak minat nak belajar geografi saja. 😏

bila dah langkah ke tingkatan dua. kiteorang dah tak dapat selalu bersama lagi. tapi cikgu rusnani still lagi mengajar geografi dalam kelas aku. aku cuba minatkan diri dengan matapelajaran geografi ni.

aku doakan semoga cikgu rusnani sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang sekarang ni. aku rindu dengan cikgu rusnani.


Terima kasih sudi baca.


4 comments:

Hsna Rahman said...

untung cikgu bila anak murid ingat sampai sekarang..

mesti heppi cikgu tuh

Intan Saffyna said...

@Husna Rahmanharap2 dia pun akan ingat kat saya jugak.. huhu

Puteri said...

wow, baiknya cikgu awak, siap belanja makan and bagi hadiah lagi. untung betul haha

Intan Saffyna said...

@Puteri dlm banyak2 cikgu kat sekolah tu, cikgu rusnani paling baik sgt.. dah laa kecik comeyy je dia.. hehe