Friday, April 28, 2017

Masalah Period Tidak Teratur

Salam Ladiess ♥

Masalah ni, dah berlarutan dari beberapa bulan lepas lagi, sejak february lalu aku langsung tak datang period seperti tarikh yang sepatutnya, aku ingat, pragnant la kot, tapi check negatif je. cuma kalau pregnant alhamdulillah laa.. tapi perasaan, fizikal dan mental aku memang belum bersedia lagi untuk pregnant. kalau rancang nak pregnant tu kena pastikan semua kesihatan berjalan lancar. termasuk naluri tu kena ambik feel balik untuk jaga seorang bayi nanti. haha gituww kan.

tapi beberapa minggu lepas tu di awal bulan march aku period balik (bukan pada tarikh yang sepatutnya), syukur sangat darah kotor tu dah keluar. memang runsing gile kalau tak period, nak kata mengandung tak, period pun tak.. boleh meremang bulu roma nak oi.. haha

masa zaman anak dara dulu setiap kali period mesti cramp tau, sakit pinggang, senggugut, dan keluar darah beku.. bila dah lepas kawen ni semua tu dah takde sangat, cuma kakadanga ada sakit pinggang sikit bila awal² datang period. yang membuatkan aku terkejut ni tetiba darah beku keluar seketul, then aku set mind aku darah beku tu keluar disebab aku dah sebulan tak period dan sebab tu darah tu beku. lagi tu yang peliknya period aku berpanjangan selama dua minggu. ini first time selama umur aku sekarang ni.

aku fikir positif je, malas nak fikir banyak sangat nanti lagi pening kepala. asalkan period tu dah keluar pun dah bersyukur sangat. tapi masalahnya tak teratur.😓

masuk bulan april ni pun period datang bukan pada tarikh yang sepatutnya tapi tetap jugak datang.. yang aku pelik sekarang ni darah tu keluar banyak, paling banyak dalam dunia tapi cuma satu hari sahaja. aku ulang balik ye, period tu datang hanya satu hari sahaja. ko tak pelik ke? dia boleh keluar banyak gile sampai aku tak sempat nak ganti pad, dia kelaur tak dan²..  nak pegi mana aku pun tak tahu.. pada hari kedua aku tunggu punya tunggu tapi tak keluar pun, aku siap pakai pad lagi untuk beberapa hari takut bocor tak pasal² pulak.

seminggu lepas tu, (lama tau nak tunggu period tu sambung balik) lebih kurang lewat satu dua hari dari tarikh period yang sepatutnya, datang balik period yang sebenar, Alhamdulillah lancar je selama tujuh hari, tak sakit , tak keluar darah beku dan takde masalah. cuma aku tengok next month ni pada bulan may, sama ada lancar ke tidak, aku harapp sangat period ni datang pada tarikh yang sepatutnya dan perjalanan darah tu lancar. 🙏

kalau dizinkan Allah aku pregnant lagi, aku harap jangan bagi aku harapan palsu. terus tunjukan aku kebenaran, aku sanggup bawak perut salama sembilan bulan.. hahaha gituw.. besar betul harapan. 😇😘

ps/ tolong mention produk ape yang bagus untuk period lancar dan teratur.

Terima kasih sudi baca.

2 comments:

Anonymous said...

Saya selalu juga tak teratur and kalau datang pun sehari 2 habis sampai senggugut nak mati , sampai Mak pun risau sebab saya belum kahwin lagi.. Pernah sekali tu sampai 2 bulan tak datang.. Lepas tu Mak saya belikan mamom hope, lepas seminggu makan, period datang elok je cukup 7 hari bulan March hari tu ,happy sangat rasa nak nangis..

Intan Saffyna said...

@Anonymous tula.. risau kan kalau period tak datang ni, sekali dia dtg rasa lega sasangat.. tapi kalau belum kawen sengugut mmg teruk,, sy pun pelik ape kaitannya dgn yg dah kawen.. heheh