Lazada Malaysia

Sunday, April 16, 2017

Pengalaman Jalan Jalan Di Padang Besar

Salam Ladiess ♥

Lepas majlis kenduri cousin kiteorang terus ajak pengantin baru bawakan pegi padang besar, excited kemain lagi tau kiteorang nak pegi padang besar, disebabkan first time nak pegi dah set dalam otak nak borong barang banyak-banyak. sebab semua orang kata barang kat sana murah gile. kiteorang dah berangan nak habiskan duit kat sana. haha teruk sangat kan.

cousin aku suggestkan kiteorang lebih bagus naik train dari gurun,kedah direct ke padang besar sebab tak amik masa lama sangat untuk sampai berbanding nak drive sendiri. masa yang diambil untuk sampai adalah satu jam. kami on je asalkan pegi. haha lagipun di kL memang tak penah pun nak naik train, sebab drive sendiri lagi senang. balik dikampung apa salahnya sesekali naik train kan. huhu

jangan gembira sangat sebab aku yang tanggung azab dia. haha 👀



naik train lebih kurang pukul 11.30am.
tengah menunggu keretapi sampai. lebih kurang 5 minit jugak la tapi tak terasa sebab sambil borak-borak sambil selfie tetiba keretapi sampai. kau boleh tak bayangkan ape yang aku bayangkan ni, aku bayangkan bila keretapi tu sampai kau akan masuk dengan selesa, dan dapat duduk dengan aman dan menikmati perjalanan kau sepanjang satu jam.

tapi...

tapi yang kau bayangkan tu tak seindah yang diingin. bila keretapi sampai je pintu dibuka dan kau terpaksa masuk jugak walaupun dah terlalu ketat padat. memang penuh orang dalam tu berhimpit. aku yang tolak strollernya semua orang dok tengok. dengan aku yang gemok lagi dengan stroller lagi. sampai masuk dalam telingga aku orang cakap "dek hang lipat la stroller tu". "aah kak, anak saya ni pun nak lipat sekali ke?" haha. aku cakap dalam hati.

paling penting, putera mikaell bila masuk je dalam keretapi tu terus tido, dalam tengah berhimpit² bising lagi baq hang, dia senang hati tidoq lena. alhamdulillah dia tido, sekurang-kurangnya aku takde la penat sangat nak layan dia dalam keadaan berhimpit ni. sampai kat alor setar lega sikit aku dah dapat duduk orang pun tak ramai sangat naik gerabak aku. gerabak lain penuh orang macam semut dalam balang gula.

hanya tinggal bebarapa stesen je lagi nak sampai padang besar, sempat jugak aku menikmati pemandangan kampung halaman orang lain atas keretapi tu. memang cantik sangat dapat tengok bendang yang luas, lepas tu sebalah tu ada masjid di tengah² sawah padi, pokok kelapa yang beralun dan ada pondok kecik. memang seronok kalau dapat duduk situ goyang kaki sambil makan buah kelapa dengan angin bertiup. macam tengok drama indahnya tu. subbahanallah.


yang ni part seram sikit tapi dah jadi kenangan yang indah buat kami semua. sampai je berduyun-duyun orang turun dari train tu, rupanya ramai yang pegi padang besar ni. lagi pun station yang last sebab tu semua turun. kiteorang jalan kaki je dari station terus ke tempat shopping padang besar tu. jauh jugak kot tapi tak terasa sangat sebab kiteorang jalan ramai-ramai sambil selfie sambil angin sepoi-sepoi.

wajib cari makan dulu bila sampai sana. masing-masing dah lapar sebab berjalan lama sangat. yang seram jadi kenangan indah tu berada dalam part nak makan ni la.. kiteorang dah duduk dah siap cari port bagus punya dengan kipas besar. memang ramai sangat orang tengah makan masa tu, nasib baik kiteorang yang ramai ni ada meja boleh makan sekali. dah alang-alang sampai nak jugak la kiteorang makan masakan thailand kan. lepas order makan, tetiba...

A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on

orang berlari beramai-ramai sambil jerit-jerit.. lepas tu yang tukang masak kedai yang kami pegi makan tu pun berlari pusing merata. sampai jatuh pecah gelas air custemer yang tengah makan tu,berselerak habis kerusi meja. kiteorang yang first time terkejut giler kot. sampaikan kiteorang pun turut nak bangun berlari jugak.. sebab ingat thailand ni tengah berperang ke apa.. haha lepas tu tetiba jadi lawakk.. 
paling tak tahan tu, aku dah bangun dari kerusi siap dah nak dukung putera mikaell dan nak lari jugak dari situ untuk selamatkan diri. ada castemer lain yang makan situ satu family tapi anak dia yang kelam kabut nak lari jugak sebab mungkin terkejut gelas air dia jatuh berkecai..tapi mak dia cakap.. "buat apa nak lari, kite orang malaysia lahh.." terus anak dia sambung makan.. huh.. legaaa..  kiteorang ingatkan semua tengah perang tadi. main tembak-tembak.. ingatkan kiteorang akan mati kat padang besar tu. nauzubillah..
rupanya pegawai imgresen datang serbu orang thailand yang datang berkerja kat padang besar tu tapi takde permit. imigresen tu pakai pakaian biasa jadi semua orang tak perasan. berkeliaran semua lari. tukang masak kedai kiteorang makan ni pun dah lesap pegi mana tah. jadi impian kiteorang nak makan masakan thailand yang sedap-sedap tu terkubur kat situ. hempeh betul.,


demi memenuhi perut yang lapar, lepas kejadian berlari sakan tu, kiteorang hanya dapat makan tomyam thai + nasi putih + telur dadar dan air tebu. disebab tukang nak masak takde kami rela je la makan lauk ni, bersyukur jugak dapat makan. 
sambil-sambil kiteorang tengah makan tu, tokei kedai tu masih lagi duk urut-urut dada sebab terlalu terkejut.. mana taknya dengan orang tengah ramai makan kat situ dengan tukang masak lari nya.. beterabur kerusi meja lagi. kalau aku pun berada dalam keadaan tokei kedai tu aku lama dah pengsan. nasib baik makcik tu kuat lagi semangat dia.  kami pun tetiba jadi tersembang dengan makcik tu, dan tanya selalu ke jadi macam ni, dia kata tak selalu la. kalau imigresen datang pun masih boleh kawal lagi. tapi yang ni serbuan besar-besaran. dah ada yang kena tangkap.
sedih je kami dengar, makcik tu cakap kalau nak buat permit untuk pekerja kena bayar rm10k seorang. dan bukannya makcik tu taknak bayarkan permit, tapi dia kata rugi sebab sesetangah pekerja thailand keja tak sampai sebulan dah blah, jadi buat pe nak buat permit. macam membazir la. makcik tu pun orang thailand jugak tapi mugkin dia ada permit kot buka kedai makan kat situ.
lepas kiteorang makan laju-laju sambil borak ngan makcik tu terus kiteorang blah dari kedai makan tu. debaran dalam dada kiteorang pun belum habis lagi. first time mengalami perkara macam ni. tu yang aku cakap tadi ini adalah sebahagian kenangan terindah kiteorang kat padang besar. sebab semua yang berlaku di luar jangkaan kiteorang. lagi banda yang aku akan ingat adalah botol air putera mikaell yang kaler kuning tertinggal kat meja makan tu. dah la botol febret aku. punya nak cepat sebab tu lupa amik.
masa nak shopping tu, tetiba hujan turun, putera mikaell pun dah tido lena dalam stroller dia. dengan senang hati umi dapat jalan-jalan cuci mata dan habis kan duit. haha
aku akan sambung kat part lain. ni pun dah panjang sangat aku taip jangan ada orang busan baca sudah dengan cerita aku ni.. hehe

Terima kasih sudi baca.

6 comments:

eima said...

Haha ..pengalaman tu yg best kan..siap panik lg..kihkih

Warisan Petani said...

Seronoknya shopping kat Padang Besar.
Tapi kata barang2 seberang sekarang dah mahal sebab duit kita dah kecik.

Fatina said...

tak pernah lagi pergi Padang Besar. Teringin nak shopping situ pulak hehe :)

Fatina | www.fatinamdzfr.blogspot.com

Intan Saffyna said...

@eima tulah.. teruk betul..panik tu tak tahan tu.. haha

Intan Saffyna said...

@Warisan Petani betul tu, barang kt sana pun mahal takdenya yg orang kata murah nak mati tu.. tapi ada jugak yg murah sikit bila mintak diskaun.. hehe :)

Intan Saffyna said...

@Fatina nanti sebelum pegi sama simpan duit banyak2 sebab nanti berpinau mata.. hehe :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna