Sunday, April 30, 2017

(VIRAL) Penipuan Seller Set Brush HUDA BEAUTY

Salam Ladiess ♥

Tolong VIRALkan Penipuan Ini. Selama bertahun-tahun aku beli barangan secara online di malaysia malah di luar negara pun pernah beli online, ini adalah pertama kali aku dittipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. walaupun nilai nya hanya beberapa ringgit sahaja tapi hasilnya tetap aku ditipu.

berbelah bagi aku nak viralkan kes secoit macam ni, tapi disebabkan aku taknak orang ramai akan menerima nasib yang sama macam aku, aku terpaksa open.

kisahnya bermula di facebook, nama groub fb aku tak ingat dah, tapi pernigaan yang dipromosikan tu keluar di news feed facebook aku, dan aku tertarik dengan set brush mekaup huda beauty tu di jual dengan harga Rm15, terujakan. sesiapa saja pasti akan terujan dengan harga tu,


murah gile kot dia jual set berus makaup macam ni, tambah pulak jenama huda beauty tengah hot meletop sekarang ni. lagi la bertambah teruja kuasa dua nak beli. tanpa berfikir panjang aku terus letak no telefon di comment dan dalam beberapa minit wasup masuk. bermula kisah aku ditipu hidup-hidup.

screen capture wasup antara aku dengan seller ni dah menggambarkan dia seorang penipu, mungkin jugak dia bukan seller sebenarnya.. dan mugkin jugak dia acah-acah jadi seller hanya nak collect duit dari hasil penipuan. aku tak pasti. yang pasti dia dah ambik duit aku walaupun secoit dan aku ditipu dengan orang memang ada niat dari awal lagi nak menipu. tak senonoh perangai.

Bila ternampak post iklan berus huda beauty tu harga rm15, aku memang teruja nak beli, cuma tak fikir pun rasa nak beli hari tu jugak, tapi bila wasup dari seller tu masuk, katanya tinggal 3 set lagi, melampau la kan.. konon ramai sangat beli kat dia, buat orang takut habis termasuk aku, then aku pun terus transfer duit. harga rm15 + pos rm5 so total rm20 yang aku bayar, 

nilai rm20 tu memang sikit, tapi bila ramai orang yang dia tipu, silap² boleh beribu jugak duit hasil rm20 yang dia tipu orang. 

selepas dua hari, biasanya poslaju tu dah terpacak kat depan rumah, tapi kali ni tak muncul² pun. aku buat relex je.. aku wasup lagi tanya dah pos ke belum kan.. kakadang aku jadi cust ni selalu fikir positif dan faham situasi seller, sebab aku pun seller jugak. memang rumit kakadang kita nak proses barang cust kalau banyak order.. so aku buat tenang jela..

aku mintak no tracking supaya aku tak banyak tanya seller pasal barang, check sendiri je haluan barang tu dah sampai mana. tapi aku dapat no tracking palsu. apahal kan?? selepas pada tu setiap hari aku tanya tapi sepatah haram pun dia tak reply..  status online je.

Dah penat aku dengan permainan penipuan dia, aku dengan ikhlas hati menaip panjang jela dengan cara paling profesional, kalau nak ikut hati memang kena hamun dah dia ni, tapi buat apa kan, tak ada faedahnya pun, barang pun dah tentu tak akan dapat jugak.

walaupun online, walaupun baca wasup walaupun blue tick tapi tetap dia buat tak tahu saja, nampaknya dia memang sengaja nak tipu orang padahal barang tu memang takde pun. macam2 manusia sekarang nak menampung hidup dengan cara menipu orang.

walaubagaimanapun aku tak akan lepaskan masalah ni, aku mesti viralkan sebab ia melibatkan ramai orang.. orang lain pun susah payah cari duit nak hidup, tapi bila ditipu dengan orang tak bertanggungjawap macam ni akan jadi masalah besar la kan. aku sendiri taknak bersubahat. sumpah taknak...

jadi aku nak mintak, rakan-rakan yang budiman sekalian, tolongg repost entry ni balik, atau tolong sharekan secara berjemaah. bantuan korang semua akan menidakkan perkara macam ni berleluasa lagi. dengan ada orang macam ni akan menjejaskan nama baik huda beauty kesayangan aku ni.


Terima kasih sudi baca.

14 comments:

Safeni Feni said...

Nak dapat duit cara mudah la tu.

Irda Garmin said...

hemm..ada juga org cam ni ya .ingat dia boleh kaya ke dengan menipu mcm tu..kasihan...ada org mrlayu islam berniaga..tetapi tak tahu etika..bagaikan tak tahu agama..dan percayalah org mcm ni tidak akan kemana2

Noor Maizan said...

Eeeeee jahatnya!! Buat duit mudah dengan menipu, tapi tak fikir jangka masa panjang, dosa pahala.

anzra rizal said...

nak cepat kaya ....makan lah duit haram tu , walaupun x mahal tapi jangan lah sampai menipu , macam-macam sekarang nie

Intan Saffyna said...

@Safeni Feni tak baik buat macam tu.. dosa la :'(

Intan Saffyna said...

@Irda Garmin betul tu irda, berniaga la secara jujur dan amanah.. walaupun sale tak byk sekalipun tapi rezeki tu berkat dan halal..

Intan Saffyna said...

@Noor Maizan ye mayy, yg ni memang jenis tak fikir pjg... dah bagi syarahan pun buat dek je.. nampak sgt sengaja buat dosa..

Intan Saffyna said...

@anzra rizal tak kaya pun degn menipu ni, tp kaya dgn dosa memang ada.. sampai hati aniaya orang.. :'(

Iman Abdul Rahim said...

Patut pos sekali nama dia, nombor bank account dengan nombor phone dia biar bila orang google je nama dia/no phone/no account, terus keluar page ni. Terus tahu dia penipu! Tak baik tau tipu orang :(

Intan Saffyna said...

@Iman Abdul Rahim inshaAllah.. orang macam ni takkan terlepas dari balasan.. tak didunia, di akhirat nanti.. pasti semua orang akan tahu jugakk :(

::Misz sunsWeetz:: said...

seronok ni dapat 1 set

Intan Saffyna said...

@::Misz sunsWeetz:: memang seronok kalau dapat.. tapi seller tak pos barang pon.. :(

Rabiahtul Adawiyah said...

saya pun beli online juga.alhamdulillah ok je online seller ni..hati3 ya akak..

Intan Saffyna said...

@Rabiahtul Adawiyah inshaAllah.. akak akan lebih berhati2 lepas ni..

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna