Tuesday, May 30, 2017

Jari Seorang Blogger Terbelah Kerana Tin Susu

Salam Ladiess ♥

ini adalah entry personal terakhir pada bulan may ni.. selebihnya adalah entry client. hehe banyak pengalaman yang mengembirakan sepanjang berblogging, sebab bulan mei ni adalah bulan paling banyak dapat job blogging, food review for ramadhan dan event. Alhamdulillah syukur sangat.

yang paling best adalah harini payment berblogging yang paling tinggi yang aku pernah dapat masuk ke akaun.. yang membuatkan aku teruja tetiba sebab payment masuk cepat. syukur ya allah.. disebabkan itu jugak aku dengan semangat nya ajak suami shopping barang umah.. tak sabar nak masak untuk berbuka puasa sebab nak celebrate dengan keluarga dengan rezeki yang aku dapat.

tapi kegembiraan tu bukan hak milik kekal yang boleh kita miliki sepanjang hayat. ada masa kita perlu rasa derita sebab harini aku telah menimpan satu pengalaman baru, yang sesiapa pun tak akan menerimanya.. walaupbagai mana pun kena jugak tetap bersyukur sebab ni ada bahagian yang aku kena terima.


sedih, terluka, itu sudah pasti. tapi aku kuat kan semangat untuk teruskan ramadhan demi keluarga. ya Allah berikan aku kekuatan.  nampak macam suspen tak? hehe

gambar atas tu aku google je..

petang tadi balik dari beli barang dapur, (lewat dah 1/2 jam lagi nak berbuka puasa) aku nak buat air yang mengunakan susu, aku buka tin susu lepas buat air, aku nak simpan tin susu dalam peti ais, tetiba tin susu tu terlepas dari tangan dan aku menyambutnya.. apa yang jadi lepas tu? penutup tin susu yang bagai pisau tu telah menghiris jari aku sehingga terbelah kedalam yang memampak isi putih darah pun mencanak keluar..


aku terus basuh, pedih? jangan cakap la kan.. pedih ya amat.. luka tu sangat dalam.. kalau pegi hospital tu wajib kena jahit. aku ulang balik.. kena jahit okey.. (pengsan). memang tak la kan.. sanggup lagi aku meratap luka tu dari kena jahit hidup-hidup.

habis terbantut waktu berbuka puasa aku. paling kesian suami aku la dia hanya minum air sahaja lepas terus uruskan balut jari aku yang luka parah tu. sedihnya..

so, sekarang ni, aku kena bersyukur jugak la kan.. sebab bukan semua orang dapat luka jari di waktu hampir berbuka puasa. aku harap luka ni cepat sembuh.. takkan aku nak beraya sambil salam tangan mak mertua dengan tangan berbalut..  tolong.. doakan aku ye.

aku anggap ni sebagai satu iktibar untuk diri sendiri.. jangan terlalu kelamkabut sangat lepas ni. lebih berhati-hati.. baca doa sebelum mulakan sesuatu. inshaAllah. ini pun satu pengalamaan jugak. 😢


Terima kasih sudi baca.

6 comments:

Elih Japahar said...

Saya pun ada pengalaman pahit buka tin ni..

Sbb tu skrg dah tak beli makanan tin, kalau beli pun..dah beli alat utk buka..tak nak pakai jari lagi..

Semoga cepat sembuh ye..sian awak..

LD said...

Ya Allah, get well soon. Jaga luka jangan sampai masuk kuman.

Intan Saffyna said...

@Elih Japahar saya pun buka tin pakai alat, tp masa nak simpan dalam petiasi tin tu tergelincir terus koyakan jari saya.. sedih sangat terus taknak raya tahun ni. :'(

Intan Saffyna said...

@Nurul SyafiqainshaAllah semoga dpt dilindungi dari kuman.. terima kasih ye :'(

Sha Mohamed said...

Allah.. Dalam luka tu..
semoga cepat sembuh ye sis..

Intan Saffyna said...

@Shahida Dzulkafli thanks sis.. alhamdulillah makin sembuh dah..inshaallah :)