Saturday, June 24, 2017

Menang RM500 Shopping Raya Daripada Bintang Fashion

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah, nak dekat raya ni, murah rezeki pulak kan.. orang kata di penghujung ramadhan ni rezeki yang datang tu berkat.. mudah-mudahan la kan. di facebook ramai yang tanya macam mana boleh memang rm500, banyak tu.. siapa nak bagi kan.. hehe sebenarnya tak ramai yang tahu pasal contest ni tau, ni khas untuk blogger je.. tapi blogger pun bukan senang nak dapat, yang terpilih saja yang tau pasal contest ni. haa gituw la..

sebelum tu, aku ada collaboration dengan Bintang Fashion, Fiesta Raya 2017 Di Bintang Fashion. lepas tu secara outomatik dikire untuk join contest ni, dan alhamdulillah tak sangka pulak boleh menang shopping sampai rm500. terkejut punya pasal sampai amik bantal letak kat muka sambil nangis.. haha boleh kan.

hasil dua bag shopping yang dibantu oleh manger Bintang Fashion kawan aku sendiri. 
Alhamdulillah.. 
bermulalah kisah aku misi mencari Bintang Fashion terdekat, aku cadang nak terngok-tengok dulu beberapa kedai bintang fashion, firstly aku masuk di Bintang Fashion di sri gombak, tetiba aku nampak kawan sekolah dulu, la keja sini ke.. hehe.. senang la aku nak cari pakaian kalau ada kawan kan,, senang nak tanya apa². hehe
banyak jugak pilihan baju raya di Bintang Fashion, semuanya cantik belaka. lepas tu pergi kat cashier, tanya macam mana nak tebus rm500 winner blogger untuk shopping di Bintang Fashion, bila aku tanya je, semua orang tak tahu pasal tu, aku pelikkan sebab dorang tak dapat info apa². lepas tu, kawan aku tu suruh aku tanya kat kembar dia, kawan tu twin, twin dia tu manager di Bintang Fashion. manager dia tu pula cuti hari tu.

aku wasap manager (twin kawan aku) tanya dia, dia kata memang ada senarai winner kat groub wasap dia, masa dia dapat tu, dia temgok ada nama aku and dia macam kenal je, tapi takut salah orang.. rupanya betul dia kenal aku.. hehee lagi senang la misi nak cari pakaian sebab manager pun kawan aku. walaupun dia cuti, sanggup dia datang untuk aku.. hehe

aku tanya macam mana cara nak beli barang sampi rm500 tu, katanya aku boleh pilih sebanyak mana pakaian yang nak di Bintang Fashion tu, sehingga cukup nilai rm500. ni aku blur la kan.. sampai tak tau nak amik apa.. dalam masa yang sama, pakaian raya memang belum beli lagi, ini lah kesempatan aku. hehe banyak jugak la pakaian yang boleh beli dengan nilai rm500 tu, pakaian putera mikaell la banyak aku beli, yang lain-lain aku beli untuk family sekali. semua dapat sorang satu. syukur alhamdulillah.

memang aku menikmati sepenuhnya rm500 tu, sebab ngam² total rm500 pakaian yang aku beli termasuk sekali dengan plastik. puas hati dapat shopping raya bila di sponser oleh Bintang Fashion. Meriah la raya tahun ni.. Terima Kasih Bintang Fashion.


Terima kasih Bintang Fashion. Kami Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. daripada Intan Saffyna Familys. 😘

 Terima kasih sudi baca..

4 comments:

Irda Garmin said...

wahhhh bestnyaaaa.rezeki tu..alhamdulilah..shoppong disponsor kan
.best best

Husein Rider said...

selamat hari raya. maaf zahir dan batin

Intan Saffyna said...

@Irda Garmin Alhamdulillah.. syukur.. best sangat dapat shopping raya free.. hehe :)

Intan Saffyna said...

@Husein Rider selamat hari raya maaf zahir batin.. :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna