Thursday, June 8, 2017

Persiapan Rumah Untuk Hari Raya Yang Bakal Menjelang

Salam Ladiess ♥

Salam ramadhan, harap masih sempat nak up entry ni, biasalah di bulan puasa ni memang akan buzy sikit, kakadang masa tu jadi terlalu cepat, tambah pulak dah hampir separuh bulan berpuasa, mana nak fikir persiapan raya lagi kan.. persiapan untuk anak dan suami, kuih raya tu bagi aku senang je.. tunjuk-tunjuk dan siap.. hehe

Persiapan raya tahun ni kiteorang buat sederhana dan simple je tapi walaubagaimana pun tetap meriah sebab semua ada adik beradik akan berkumpul beraya dirumah mama. dan walaupun sederhana, kami adik beradik ada merancang nak ubah rumah mama jadi suasana yang baru dan fresh.


weekend ni, adik beradik lelaki dan menantu lelaki mama akan bertungku lumus nak cat rumah. colour apa aku tak pasti, sebab dorang yang plan semua ni. aku sebagai kakak sulung jadi pemerhati je. hehe


Bagaimana anda menghias rumah anda menjadi Raya nanti?

sebelum puasa lagi aku dengan mama dah pegi cari langsir baru untuk pasang kat rumah mama, dan yang penting mama akan design dan jahit sendiri. lepas tu kami plan nak cat rumah pulak. harap suasana tahun ni lebih meriah sebab kami adik beradik akan saling membantu untuk mendeco rumah mama..

Kongsi tips menghias rumah anda untuk Raya ini?

1. Susun Atur perabut - ubah perabut ruang tamu anda mengikut keluasan rumah, supaya nampak lebih luas dan teratur.

2. jika ruang tamu rumah kecil. saya cadangkan letak cermin size sederhana ia akan menampak keluasan ruang.

3. kalau boleh saraung kusyen/sofa/bantal tu ganti la yang baru, jangan dah bau kepam ko tadan lagi kat situ.. malu kat tetamu.. yang murah2 pun banyak sekarang.. hehe

Apakah jenis produk (cth, perabot) anda boleh mendapatkan di platform Lazada untuk membantu anda menghiasi rumah anda untuk Raya ini?

Lampu Sudut


lama dah nak beli lampu ni untuk rumah mama.. tapi tak berkesempatan lagi.. cantik kalau ada lampu suduh macam ni.. tambah pulak bila pasang masa time raya atau open house.. baru nampak meriah..

Mirror.


design dan reka bentuk hexagon ni yang membuatkan ia menarik dimata aku.. yang pun akan beli nanti untuk letak kat rumah mama.. rumah mama ni cucu ramai, jadi kita pasang mirror wall stiker pun dah cantik.. dan selamat..

harga di lazada malaysia sangat murah dan berbaloi tau, sempena Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale  dengan diskaun up to 90%. kempen ni berlansung sehingga 30 Jun 2017. banyak barangan untuk mendekorasi rumah boleh beli. yang penting jimat. 

baik cepat klik link, kalau sampai termenung pulak raya nanti gara-gara lambat tengok promosi lazada yang ohsem ni. :)


Terima kasih sudi baca.

12 comments:

Nurzakiah Hanum said...

good luck

Mrs Pip said...

Gudluck dear.

Eeiou _ said...

Rasa tk sabar nak raya pulak baca entry ni XD

Intan Saffyna said...

@Nurzakiah Hanum THANKS SIS :)

Intan Saffyna said...

@Mrs Pip thank you akak :)

Intan Saffyna said...

@Eeiou _ hahaa..gitu kan.. kita pun tak sabar.. tapi tak excited sanagt.. hehe :)

Warisan Petani said...

mudah2an ada rezekinya.

Intan Saffyna said...

@Warisan Petani inshaAllah.. hehe :)

Nour Adieb said...

Belum lagi buat persiapan untuk raya 😂

Intan Saffyna said...

@Nour Adieb lagi seminggu je nak raya.. persiapan ala kadar pun dah memadai.. hehe :)

Nisa said...

Rumah yang kami duduk sekarang rumah sewa. Tak berapa banyak yang kami boleh lakukan untuk rumah ni memandangkan owner rumah tak suka kami sesuka hati mengecat rumah mengikut warna kesukaan kami :(

Intan Saffyna said...

@Nisa sebenarnya kalau kita dduk rumah sewa pun, kita jugak ada hak nak hias rumah tu seperti yang kita nak.. selagi tak merosakkan harta benda tuan rumah tu.. hehe :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna