Saturday, October 21, 2017

Shurah Ariana Syampu Sesuai Untuk Wanita Berhijab

Salam Ladiess ♥

Pernah tak kita mencari shampoo yang berkualiti dan sesuai dengan jenis rambut kita? susahnya sebenarnya nak buat pilihan sebab setiap orang memiliki jenis rambut yang berlainan. bukan saja jenis rambut tapi masalah tahap kesihatan rambut jugak ada beberapa jenis.. kalau anda memiliki rambut yang sihat, Alhamdulillah..

tapi, pada yang ada masalah rambut macam mana pulak kan?

sejak aku bersalin dulu, rambut aku selalu gugur kebumi uolls.. sedihkan.. kata rambut mahkota utama bagi wanita. tapi kalau ada masalah menangis dengan lagu doraemon la jawapnya. banyak dah penyelesaian yang aku cari sebelum ni, dan pelbagai jenish shampoo yang aku dah guna, hasilnya tetap sama.. aku masih lagi kutip rambuat aku yang gugur kat lantai yang dah berlori tu.. haha (susah jugak kalau rambut nak simpan panjang tapi ada masalah.😪)

selepas aku cuba Ariana Shampoo daripada Syurah Malaysia, masalah rambut gugur dah takde.. bukan itu saja kulit kepada gatal-gatal akibat berpeluh pun hilang.. ini serius tau aku ikhlas ni bagi tahu semua ni sebab masalah yang aku hadapi sebelum dah selesai. syukur sangat dengan Ariana Shampoo yang telah kembalikaan mahkota bagi wanita untuk aku.. gituwww kan.. 😅

sebelum korang mencuba Ariana Shampoo, meh sini baca sampai habis untuk mengetahui lebih lanjut tentang shampoo yang dah hangat diperkatakan ni. serius tak menyesal punya.
👇👇
Memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat. Menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan mengakibatkan kelemumur. Selain itu, ia menyebabkan rasa tidak selesa, rambut mudah berbau dan ini boleh mengurangkan keyakinan diri.

Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT).

Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.

Rangkaian syampu Shurah Ariana baharu ini hadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.
Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.
Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.
Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya.

Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang.

Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.
Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur. 
syampu Shurah Ariana boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada 
Harga untuk 330ml RM12.30 
Harga untuk 170ml. RM7.90
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, 
anda boleh layari:
Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

Terima kasih sudi baca.

2 comments:

Busyra Takiyudin said...

cantiknya akakk.. btw kan syurah mmg best!

Intan Saffyna said...

@Busyra Takiyudin takde cantiknya... biasa je.. tapi shampoo ni best.. hehe