Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday ¦ My Dinner

Assalamualaikum^^


roti naan cheese + ayam tandori
jemput makan..


 Terima Kasih Sudi Baca.

Monday, October 22, 2012

Peristiwa 8 Oktober & Instagram

Assalamualaikum^^

Masih di bulan october lagi kan.maksudnya masih belum terlambat la aku nak update pasal bezday ohsem aku yang lepas. padahal boleh dikira entri basi kot. ah pedulik la.

Takpa kita segarkan mata dengan tengok gambar ni.


kek aku.hijau.kaler full. sedap.

ok dah. sambung baca lagi.aku sambut dengan family.sederhana namun happy. itu yang penting. aku pun seronok, puas dan meroyan.

Ha yang ni tengah pagi buta esok keje tapi gagah pegi makan kfc, en.cinta call suh cepat siap dia nak bawah celebrate katanya.

Tapi tak dapat makan zinger double down. papagi buta mana ada lagi menu tu. sedey.

oh jap. sebelum terlupa, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi wish dan mengingati hari lahir aku. terutama keluarga aku, kawan-kawan custemer aku dan rakan-rakan facebook dan belog.

Masej dan sms berpusu datang sehinggakan aku tak menang tangan nak reply. ada yang aku tak reply tu sorry ye. tak dan kot. aku sangat terharu tau. Alhamdulillah, jika ini membuatkan aku happy, aku bersyukur kepada tuhan dengan kurniaan yang penuh kasih sayang ni.
***
Dan terima kasih selagi lagi kepda yang bagi hadiah tu.sanggup poskan semata mata untuk aku. thanks dear's. tak boleh lupa sampai mati dengan pemberian galaxy note untuk aku daripada en.cinta bakal tunang aku. thanks sayang. hmm.. lagi.. hadiah topup jangan cakap la hampir seratus lebih aku terima dari kastemer dan kawan. baiknya hati korang kan. perfume febret saya pun ada tau. yang sudi belanja dan hantar makanan sedap-sedap kat saya tu terima kasih sangat.

sampai besok pun tak abih entri ni kalau nak citer pasa ucapan terima kasih yang tak terbalas. saya menghargai diatas pemberian semua yang memberi.

Sebaknya hati saya.. diam 2saat. tarik nafas. sambung.
Sebaknya hati saya bila teringat balik bertapa hati saya gembira dengan semua yang sudi yang memberi   yang mengingati dan yang mengambut hari jadi saya pada tahun ini.

Dan.
Silalah Follow Instagram Sayahttps://www.instagram.com/intansaffyna/
lepas tu tinggalkan link korang. =)

Terima kasih sudi baca.

Sunday, October 21, 2012

Alhamdulillah..

Assalammualaikum..

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.


I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

posted from Bloggeroid

Saturday, October 20, 2012

Eye Mo Untuk Mata Saya

Assalammualaikum..

Dah berhari hari mata saya selalu gatai-gatai. Dan dah berhari hari jugak lah saya selalu gosok gosok mata saya. Sakit.

Tapi tetap gosok gak. Sampai dah tak boleh tahan lagi. Bila malam tak dapat nak tido disebabkan gatai yang amat.

Bangun pagi pulak mata saya macam tak boleh bukak akibat saya selalu gosok gosok time nak tido. Pedih.

Maka jalan penyelesaiannya saya di syoknya oleh buah hati saya supaya mengunakan eye mo untuk mendapat kelegaan maksimum semalam.

Dan selepas itu.wow.
memang terbaik.mata saya tak gatai lagi.malah beransur sehat.tak caya.ok kau boleh cuba keberkesanannya.

Terima kasih sudi baca.

Wednesday, October 17, 2012

Eh Sama ke?

Assalamualaikum^^

Tiba-tiba rasa terpanggil nak buat entry ni. macam bersambung entri yang hari tu. tapi macam je la sebenarya tak de pun. yang terlepas boleh belek-belek sini.

hari ni lepas blogwalking,baca belog sendiri. godek godek entry sendiri yang lepas lepas punya.. lepas tu baru teringat, eh nak buat entri lah. saja nak jawap soklan eh sama ke ?

dapat komen macam ni,

komen yang dah berzaman lamanya.

maka, terjadi lah sebuat entry yang sedang aku menaip ni. jom kita tengok sama ke ?

    

ok see, sama ke ? tak kan.. siti cantik. saya ni ape lagi sangat. tapi ohsem.

Terima kasih sudi baca.

Monday, October 15, 2012

Follow Me On Instagram

Assalamualaikum^^

sejak dh ada galaxy note ni bertambah seri-seri je ditambahkan pulak dengan aku yang dah agak lama join instagram ni tapi baru sekarang nak melaksanakannya dengan upload gambar beriban riban..

namun begitu aku masih belum ada ramai kawan kawan lagi. so aku mintak jasa baik dan kerjasama dari semua sila mengfollow diri aku yang kudus ni..
dah macam ahli jawatan kuasa jkkkkkk kampung pisang je buat pengumuman.


ok,boleh klik kt sini untuk follow tau. https://www.instagram.com/intansaffyna/

ps:first time update entry dengan note. tu yang serabai je.Meroyan lebih.


Terima kasih sudi baca.

Buat Aku Pelik Pepagi Buta

Assalamualaikum^^

eh asal aku bukak belog tadi semuanya dah bertukar..buat aku terkejut suspen je kau senah. dah macam nak pi mengamuk abih semua orang ni.

mana taknya tetiba belog aku bertukar kepada belog lama.tak kisah la hal kecik je kot. tapi terkejut gak. dah aku selesa guna interface nak pandai-pandai tukar plak. itu satu.



yang kedua.ni yang muskil sekali.pehal plak total view aku jadi 4 view ni! mana pegi view aku yang dah beriban riban tu..dah macam aku baru create akaun belog ni semalam je. tak sukanya mcm ni. haishh..mengeluh berpanjang panjangan.



aku sorang je ke jadi macam ni!? ke korang pun menerima nasib yang sama gak pepagi buta ni.

cuba sila bagi penjelasan sikit kat aku supaya tenang hati aku yang macam kecewa ni. X-(

ps :mood tak puas hati hari ni.

Terima Kasih Sudi Baca.


Saturday, October 13, 2012

Saya Dapat Samsung Galaxy Note

Assalamualaikum^^

Dah beberapa hari aku terima samsung galaxy note tapi mood meroyan tetap tak abih lagi.huahua. mana taknye dapat benda free tiga hari tiga malam pun boleh kenyang kan.


Aku nak cite macam mana aku boleh dapat galaxy note.macam senang je kan. tak menang peraduan celcom pun,bukan jugak menang cabutan bertuah.
tapi aku bertuah sebab dapat samsung galaxy note sempena hari lahir aku yang ke 25 tahun.

wah.bestnye.untunglah.
hmm..aku tak nak la dipanggil riak dan meroyan lebih.sebenarnya sebelum ni aku hanya berangan je nak beli galaxy note ni,tapi asyik bertangguh je..yelah mahal kot baq hang.

Satu hari, aku mengadu dekat en.cinta bakal tunang aku, teringgin la nak galaxy note lagi best kalau dapat free..syahdu je rasa. then dia angguk-angguk je. ok fine no respon.

Sampailah hari itu,dua minggu lebih awal dari my birtday,memang betul-betul tak sangka aku menerima samsung galaxy note kat depan mata aku.macam durian runtuh siap akar pun pokok durian pun tercabut jugak.

Wihuu..terus tak ketahuan hala..seronok kemain lagi.melompat meroyan sedunia.ok aku tipu takde maknanya sampai nak melompat.hehe

Cukup dengan alhamdulillah dan terima kasih dilontarkan lalu aku senyum sampai ketelinga siap bersambung dengan telinga sebelah.

Ni lah dia galaxy note aku.. tadaa..
Comelkan. sayangnya dekat dia. terima kasih sangat kerana sudah tunaikan hasrat hati aku..


Terima kasih sudi baca.

Monday, October 08, 2012

Terima Kasih Sebab Wish Bezday Saya

Assalamualaikum^^

Terima kasih diatas ucapan yang Happy Birthday untuk saya hari ini.. Semoga Allah merahmati kalian semua ya..


saya akan update lagi esok.
Selamat Malam =)

Saturday, October 06, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

Assalamualaikum^^

Hari ini memang tak de buat pape pun. membosankan diri je dari tadi. bila join segmen ni kejap lagi boleh blogwalking serang 1 malaysia.

nak masukan banner jap.


tengok cutekan banner dia. purple.
oh antara soklan yang dikemukan untuk segmen ni.. boleh je nak jawab tapi cincai jelah eh..
3. Di dalam entry tersebut , Lyssa nak korang ceritakan , kenapa korang berblog ? Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? Apa tujuan utama/asal korang berblog ? Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?Selitkan sekali , siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging . Lebih kurang macam idola la .. (Senangkan ? Tak susah pun ? ehee)
kenapa korang berblog ? Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? dua soklan ni, satu je jawapan dia. kenapa dan macam mana? mulanya pada adik aku la dia yang mula buat blog. pastu dia cakap 'kak orang sekarang semua buat blog la.. mana ada orang nak myspace lagi..' haha.. yeke, ok buatkan boleh? dari situ la mulanya terjebak dalam dunia blogging.

Apa tujuan utama/asal korang berblog ? sebelum create akaun, perkara mula-mula aku belek-belek dulu kat pakcik google tengok ape kejadahnya blog ni.. huhu. pastu baru aku terfikir, tujuan aku ada blog ni boleh aku kongsikan pengalaman aku dan pengetahuan aku.. banyak boleh dikongsikan. boleh taip panjang-panjang.

Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ? soklan ni tak suka nak jawab, sebab belog aku tak menarik pun. aku sekadar kongsi cerita suka-suka dan duka lara je. dan pembaca setia belog aku adalah intan wandalaara sendiri. sedey.

Selitkan sekali,siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging.Lebih kurang macam idola la.. oh ada beberapa orang jugak kot. tapi aku bagi satu je eh.. ni belog dia http://inibelogsaya.blogspot.com/ tq.

Sekian,
Thanks for reading.

Thursday, October 04, 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalamualaikum^^

Jom Join Segmen ni, suppot cik nabila. klik banner tau! :)

screenshot follower.