Wednesday, November 16, 2016

Pengalaman Bersalin | #Part 1

Salam Girls 

Hi,baru sekarang aku dapat menaip kembali,rindunya yang amat. tapi gagap sikit dengan keyboard, dah tak selancar macam dulu taip laju laju. tak apa akan aku teruskan jugak. hehe.. pelan pelan pun boleh siap satu entry.

Harini aku nak bongkar balik cerita lama,oleh kerana dah tiga tahun tak berbelogg.. boleh baca kat sini. Kalau nak hurai satu persatu pun, ish baik tak payahlah sebab memang banyak. cuma sekarang aku hanya kongsikan pengalaman bersalin aku.

Mungkin post ni panjang dan banyak gambar. harap takde yang bosan la tau.. :)
GEMUK, BULAT ,TEMBAM , BULAT ,PIPI SIMPAN COKODOK ,SARAT , KAKI BENGKAK.. APA LAGI..

Ni lah aku yang tengah sarat mengandung 39minggu. si pembawak perut ke hulur kilir tanpa tau erti penat. ada yang kata aku bawak twin dalam dalam tu sebab perut aku besar, besar dari orang si bawak perut tu kecik je. haha 

15 January 2015

Harini, ramai yang whatsapp aku, dah bersalin ke belum? aku heran and pelik jugak, apasal orang lain yang tak sabar sabar nak tengok baby kot.. family aku siap risau kat aku sebab aku tak balik rumah. suami aku bawak makan makan,makan angin. haha 

Aku pun check balik buku check up tu, rupanya aku silap tengok tarikh due 22hb tapi aku bagitahu semua orang 15hb. padanla semua kelam kabut ngan aku.. 
Berangan nak bersalin awal la tu.. nak dapat tarikh cantik 15/01/2015. kahkahk
Due aku bersalin 22hb/01/2015 ye.

19 January 2015

Last aku check up untuk minggu yang ke-40. Tanda nak bersalin belum ada lagi. macam biasa la check jantung baby. kedudukan kepala baby kebawah. semua okey. alhamdulilah. hanya tinggal beberapa hari saja lagi aku datang balik untuk deliver baby.

Dalam perbincangan tu dr.zana kata aku dijangka tak boleh bersalin secara normal. sebabnya kandungan aku besar. tapi masih boleh cuba. Banyakkan la berdoa. inshaAllah.
banyak soalan yang suami aku tanya doc pasal nak bersalin czer, aku hanya dengar je sebab aku rasa seram bila fikir nak kena opret.

biasanya yang aku dengar orang czer mesti emergency kes atau orang yang dah 2,3 kali bersalin opret. tapi aku first time nak beranak, dah dapat tahu kena opret. mau kau tak menggeletar lutut.

and aku kena datang mengikut due yang ditetapkan.

22 January 2015

Sampai dah tarikh yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan dengan penuh kesabaran. pagi tu aku siap macam biasa. tapi takde hati pun yang aku akan bersalin harini. tanda bersalin lagi takde. conctraction pun takde. aku sikit pun tak rasa yang aku akan bersalin.

tapi gagah pegi jugak aku ngan suami pegi klinik GMC (Gombak Madical Centre). bawak jugak la keperluan aku and baby. kot kot doc nak bedah perut aku tak dan dan. haha
sampai terus jumpa doc,dia pun dah buat persiapan untuk opret aku. 

tapi nak tau ape aku cakap kat doc tu??? hahah ini memang sangat bahaya. jangan tiru aksi ini.. 


aku cakap, "doc boleh tak saya nak minta satu hari lagi bagi saya betul betul bersedia untuk czer,"??  terkejut dia.haha aku pun rasa kelakar bila ingat balik. sebab berani amik risiko yang tinggi untuk aku dan kandungan aku.

CTG - Jantung bayi.
lepas dah bincang, doc pun serba salah nak lepas aku balik. tp dia akur jugak. sebelum tu check jantung baby, tekanan darah, macam macam check la dia buat. untuk memastikan yang aku selamat untuk deliver baby lagi tu hari.siap cakap kalau rasa nak bersalin malam pun cepat cepat datang okey. baiklah doc.hehe take care betul dr.zana.

malam tu,
aku solat hajat sepaya urusan bersalin aku dipermudahkan,aku minum banyak minyak kelapa dara bagi bukaan buka. berdoa. tak tidur aku malam tu, ada la terlelap kejap. fikiran aku terganggu, tapi aku tabahkan hati, aku redha demi baby kandungan aku.. berserah pada Allah disetiap ape yang akan berlaku nanti mesti ada hikmahnya.

23 January 2015

The day is my son bornday. 


teaser
to be continue...



17 comments:

Noor Maizan said...

alala comel je tangan tu..

CikNaa said...

bersalin kat GMC ke tak? ciknaa bersalin situ jugak 3 tahun lepas.. :)

Intan Saffyna said...

@Noor Maizanrindu nak pegang tangan baby lagi. hehe

Intan Saffyna said...

@CikNaahi.. saya bersalin dekat GmC :)

Nabila Syifa said...

bestnya pengalaman

Intan Saffyna said...

@Nabila Syifa masing2 punya pengalaman pun best.. hehe :)

Ira said...

Berdebarkan bila nk operate.. huhu.. mmg rasa xleh nk tido..

Cik Itah said...

besarnya baby bump hhhe macam twin je

Intan Saffyna said...

@Iraaah berdebar sampai tak blh tahan da..hehe

Intan Saffyna said...

@Cik Itahtula..ramai kata twin.. tapi sorang je dalam tu hehe

PeRdU cINta said...

Seronok baca pengalaman Intan...

Intan Saffyna said...

@PeRdU cINta terima kasih :)

sya mimie said...

Comelnya jari jemari bby. Suka tgk. ☺☺

Intan Saffyna said...

@sya mimie jari baby memang comey.. geram macam gigit je.. haha :)

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
lain org lain pengalaman bersalin kan
sy sndiri suka baca..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
lain org lain pengalaman bersalin kan
sy sndiri suka baca..

Intan Saffyna said...

@QasehnyaRania terima kasih ye :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna