Saturday, March 11, 2017

Resepi Chicken Cheese Nugget Homemade

Salam Ladiess ♥

sejak try buat potato meatball hari tu, perasaan nak cuba resepi lain tu membuak-buak. petang semalam ajak suami pegi beli ayam, tapi beli bahagian isi saja. balik rumah terus siapkan suami sebab dia nak pegi outstation, bagi putera mikaell tido. lepas dah selesai semua, terus lompat pegi dapur untuk first try nugget homemade. mood tengah rajin nak mencuba resepi baru. ikutkan jelaa..

bila sesorang masuk dapur senang sikit nak masak, kalau tidak putera mikaell pun rajin nak menolong umi. jom tengok gambar dulu. jangan meleleh air liur ye sebab nugget ni serius sedap, lagi sedap dari beli kat kedai.

bukan nak poyo ke apa, tapi memang betul sedap kot. tak tipu. walaupun ini first try tak sangka boleh sedap macam ni. ai tak tau nak cakap macam mana la.. kite tengok gambar je laa... πŸ˜‹

betul tak aku cakap.. menggodakan.. nampak menyelerakan tak..sapa nak try buat jom ikut resepi kat bawah ni. memang aku ada google untuk tengok cara dan bahan² dia. tapi lepas tu aku tukar menjadi resepi yang direka sendiri. sumpah akan repeat.

Resepi Chicken Nugget Cheese Homemade


Bahan-bahan :-
  • beberapa ketul isi ayam 
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecik
  • 1 batang daun sup
  • garam/lada hitam
  • tepung gandum
  • cheese mozarella
  • 1 biji telur
Cara buatnya :-

1.isi ayam tu direbus dulu dan cincang, aku punya dalam gambar tu tak nampak macam cincang sangat. tapi kalau nak lebih sedap, cincang halus sikit la.. bawang putih dan merah pun cincang halus2 jugak. begitu jugak dengan daun sup.

2. sediakan mangkuk untuk gaul semua adunan macam dalam gambar diatas. bahannya ialah, isi ayam+bawang putih/merah/daun sup/garam/lada hitam.

3.lepas dah siap gaul semua adunan terus masuk kan telur sebiji. gaul lagi sampai sebati.

4. sapu minyak sikit kat tapak tangan supaya aduanan yang kita tak melekit. cubit sikit isi ayam yang dah gaul tadi letak di tapak tangan dan lenyet sikit, supaya ada ruang untuk masukkan cheese yang dah siap potong dadu kecik.

5.part ni aktiviti bebas ye, tak kisah nak buat bulat ke tiga segi, ke longjong ke.. suka hati la macam mana pun tak kisah. janji nampak cantik dan cheese dia tak terkeluar. pinggan tu pon sapu minyak sikit supaya nugget tak melekit.

yess! nak siap dah.. tak sabar nak goreng.. lepas tu ngapp!


6. bancuh tepung dalam 3 sudu + garam secubit + lada hitam pun secubit, bergantung pada bape ketul nugget yang korang buat. jangan membazir ye sebab tepung pun mahal.. hehe and golek-golek kan nugget dalam tepung tadi sampai keseluruhannya kena tepung ye.

sebenarnya kalau nak guna serbuk roti pun boleh ye.. pakai tepung tempura pun boleh. depands la mamasing pun kretivati.

sebelum menggoreng panaskan minyak dulu ye sehingga mengelegak.. bila minyak dah panas, tolong slowkan api bagi pelahan ye.. sebab kita nak bagi masak di dalam.,tak nak hangit tau..

and tada.. makan panas-panas lagi best. boleh tarik papanjang cheese tu. πŸ˜‹


Selamat Mencuba.

Terima kasih sudi baca.


4 comments:

noor azlan said...

Petang-petang ni sesuai buat ni, minum dengan air panas pula tu... wow...

Intan Saffyna said...

@Noor Azlan yess.. betul tu. minum dengan teh o lemon suam.. cenggini haaa πŸ‘

hasliynda umairah beauty said...

terima kasih berkongsi resepinya

Intan Saffyna said...

@Hasliynda Umairah sama2 kak.. semoga bermanfaat utk semua.. hehe :)