Tuesday, May 16, 2017

Tahnik Putera Mikaell Danish & Tanam Placenta

Salam Ladiess ♥

Ingat-ingat lupa sebenarnya, sebab ingatan aku hanya perpandukan gambar je.. tambah lagi aku tak menghadiri pun sesi bertahnik ni sebab dalam pantang, kalau pantang yang bersalin normal tu gagah jugak aku nak ikut tengok macam mana imam tu tahnik kan putera mikaell.. tapi problem nya aku ni berpantang bersalin czer. sudahnya duduk rumah diam-diam la jawapanya.

teruskan baca kisah trowback ni sampai habis ye..

Bertahnik.

selepas bersalin tiga hari keluar dari hospital, pagi tu lepas subuh.. husband ngan mama siap-siap nak nak bawak putera mikaell bertahnik, aku cam sedih la kena tinggal kat rumah, tapi baba ada, dia teman aku dalam pantang, siapkan makan minum aku satu hari tu. kesian baba dia pun terlibat sama kena jaga orang dalam pantang.


husband dah deal dengan imam ni, dia imam besar di masjid kuala kubu baru.. nama dia Abdul Wahid kalau tak silap. imam ni diantara kenalan husband aku jugak. jadi senang nak deal.
antara makanan sunnah yang di cuit kan kat lidah putera mikaell adalah kurma,madu, dan air zam zam.





tahnik kedua 2 selepas habis pantang husband deal dengan Tuan Guru Ustaz Ahmad Rizam bin Tuan Guru Ustaz Ghazali dekat madrasah beliau. tapi gambar dengan tuan guru takde pulak.. kalau nak kenal dia sila buka utube search uztas Ahmad Rizam. (madu, kurma dan air zam zam)

Tanam Placenta (uri)

Selepas selesai bertahnik, mama dengan putera mikaell tunggu dalam kereta, husband dengan imam pergi diperkarangan rumah imam sendiri yang berhampiran dengan masjid untuk sama-sama tanam placenta. tapi gambar takde.

itu je info yang aku dapat. lagipun ni cerita trowback two years ago.. hehe :)

Terima kasih sudi baca.


No comments: