Thursday, May 4, 2017

Bersuka Ria Ditepi Sungai

Salam Ladiess ♥

Hujung minggu hari tu, bukan harini ye.. masa time tak hujan petang boleh la berkampung kat tepi sungai lalama.. sekarang ni musim hujan petang nak berpeleseran kat taman titiwangsa pun tak boleh dah. harap bulan puasa nanti tak hujan petang sebab nanti susah la nak beli air jagung yang meletop kat bangi ni. hehe

ni trowback la kekdahnya.. bosan sangat harini jadi aku selongkar folder lama untuk cari bahan nak update blog. so, jumpa gambar ni ha.. sebenarnya aku first time bawak putera mikaell mandi sungai, dia pun teruja lebih sangat.. kisahnya tak plan pun nak mandi sungai, tapi di sebabkan kawan mama ada buat masak-masak kat sana.. mama ajak semua anak-anak dia sekali naik atas ulu yam tu ha.

A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
kemain lagi dengan pelampong bagai, sungai tu cetek je nak oi.. hahaa
beria nak bawak pelampung bila daddy kata nak bawak dia pegi swimming..



uncle putera mikaell punya teruja lagi lebih, awal-awal lagi dia yang terjunn dulu dalam sungai, dan membuatkan putera mikaell jugak nak pegi dekat uncle dia, sampai tak sempat umi nak salin pakai dia sebelum masuk sungai tu.

A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on

aku tak mandi pun sungai, bukan taknak.. tapi aku jenis bila lepas mandi sungai je mesti akan sakit badan. lenguh sana sini.. orang kata air sungai "tendang-tendang" sebab tu sakit badan. maksudnya air sungai tu kan mengalir deras, memang la sedap beremdam sambil air sungai mengalir bila bersandar kat baru.. tapi lepas tu badan akan rasa berat, dan sakit. ada saka kot kat sungai tu.. haha gurau je..

A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
sejak tu, aku dah tak pernah mandi sungai lagi.. lagi pun dah tua-tua ni malas la nak mandi, lepas tu nak kena salin pakaian lagi, dengan anak lagi.. banyak benda nak kena fikir.. keheke sudahnya aku hanya mampu tengok je sambil rendam kaki.. bila rendam kaki pun dah terasa air sungai yang sejuk dan segar apatah lagi bila terjun mandi sekali.. mesti seronokk kot.. hehe

A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
Terima kasih sudi baca.

2 comments:

Ana Fatihah said...

Haha siap dgn pelampung dgn topi bagaii. Meriah betul nak mandi sungai. Anak2 buah saya pun kalau pi mandi sg depan rumah tu excited kemain, padahal air cetek je. :P

Intan Saffyna said...

@Ana Fatihah tula.. excited sebab putera mikaell first time datang sungai..hehe

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna