Saturday, April 22, 2017

Maksud Nama Putera Mikaell Danish

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah hari ni baru ada kesempatan nak taip entry berkenaan dengan nama anak aku ni, sebab ramai yang tanya. tapi aku malas nak lisan. kakadang aku terfikir orang tanya aku tu buat ape kan, google lagi senang, cepat dan semua info dah ada. nak tunggu aku update entry mermang berkurun jawap nya. tapi tak pe, disebabkan aku dah mula menaip pasal ni, aku akan teruskan cerita ye.

sebenarnya aku bukan saja-saja nak letak nama anak aku tu, ada maksud nama tu tersendiri dan aku jugak ada sebab aku sendiri. bezakan tu? maksud nama lain, sebab aku nak letak nama tu pun lain. kalau maksud tu harus la aku akan cari yang ada makna baik-baik mengikut nama islam dan penuh budi pekerti.. cewahh kehekeh.. ehh betul ape, kalau korang dah jadi parents nanti mesti akan rasa semua ni.

bukan mudah ye nak pilih nama anak ni, mesti kena cari yang betul-betul bersesuaian dengan anak tu sendiri. macam ahmad albab tu, atuk dia letak nama 'ahmad pintu' dia nangis tak berenti kan. macam tu maksudnya kena cari yang sesuai.

tapi bagi aku tak susah sangat nak cari nama yang sesuai untuk anak aku sebab aku dah set mind aku dengan mana yang aku nak walaupun aku belum pregnant lagi masa tu. semangat nak ada anak wajib la kena cari nama awal², itu namanya ambik aura untuk mengandung. 😍

Ni dia one and only my son, nama yang aku dan suami berikan Putera Mikeall Danish. umur baru 2 tahun++

teruskan baca sampai habis ye, sebab aku dah nak terangkan maksud dan sebab kenapa aku pilih nama ni untuk anak aku PUTERA MIKAELL DANISH . panjang sangat kan nama.. tapi tak pe sebab aku dah jatuh cinta dengan nama ni dan yang paling penting ianya bersesuaian dengan anak aku.

masa awal pregnant mesti kita dah save noted dua nama untuk baby girl dan baby boy kan, aku jugak tak terlepas untuk noted dua nama yang aku berkenan. bila dah dapat tahu kandungan aku adalah boy terus teruja dengan nama pilihan hati. gituww.

Maksud dan sebab nama Putera Mikaell Danish.

Putera - bermaksud putra, atau putera yang diiktiraf sebagai raja-raja/yang tinggi darjat. aku suka nama putera ni sebab asalnya aku nak sangat anak perempuan dan nak letak nama puteri, sebab bagi aku macam comel je bila aku panggil anak aku puteri. tapi bila scan tengok baby boy jadi secara outomatik nama putera tu jadi pilihan.

Mikaell - bermaksud nama malaikat, dan malaikat tu memberi rezeki. sebabnya ialah suami aku ni dalam bisnes dia suka kenalkan diri dia mikaell, sebab nama mikaell ni kan bermaksud malaikat yang memberi rezeki, jadi dia mengharapkan supaya bisnes dia ni sentiasa dimurahkan rezeki. bila aku dah pregnant,dia nak letak nama mikaell untuk anak pulak. aku pun okey dan suka nama mikaell. http://namanamaislam.net/maksud-nama-mikael

Danish - bermaksud berpengetahuan, seorang yang bijak dan cerdik. aku suka nama danish sejak belum kawin lagi, sebab aku minat sangat dengan nora danish dan tetiba aku tersuka dengan nama danish tu. aku berazam bila dah kawen dan dah ada anak nanti nak letak nama danish. bertapa lamanya aku noted nama danish ni dalam memori ingatan aku. http://namanamaislam.com/danish-2/

syukur, siap satu entry. bagi yang akan tanya aku lagi pasal maksud nama anak aku pun dah senang nak jawap sebab aku hanya perlu paste kan link entry ni je, semuanya dah terjawab.. inshaAllah aku akan update lagi pasal putera mikaell danish di entry lain, banyak lagi nak cerita ni sebelum aku pregnant lagi yang kedua.. oppss hahaha ok bye. 💘😅

Terima kasih sudi baca.

3 comments:

Noor Maizan said...

Sedap nama. dulu pernah cadangkan nama anak buah Mikael, sekali abang ipar ikut cadangan adik dia guna Kaiser. Arghhhh jangan kata Mai, kakak (mak baby) pun tension giler masa tu. Tapi pasrah jelah sebab bukan anak sendiri.hahaha.

Intan Saffyna said...

@Noor Maizan nanti dah ada anak sendiri.. letak nama mikael tau.. baru geng hehee :)

Adam said...

Baru saya tau maksud dia,