Monday, June 5, 2017

Resepi Puding Mangga Seri Kaya

Salam Ladiess ♥

Bila mood tengah rajin, macam macam nak masak, padahal bukan reti sangat pun, semuanya main boh je asal boleh, asal nampak cantik.. sedap atau tak tu cite no10. hehe harini aku nak share resepi yang aku reka sendiri dan mengharapkan ia menjadi di tekak siapa yang makan..

kali ni aku membawa yeo's seri kaya bersama dengan resepi puding manga aku. ianya macam ala ala puding caremel, tapi aku bawa kelainan sikit. dinama bahan-bahannya akan aku kongsikan kat bawah nanti. jom kita tengok jadi ke tidakk. gituw kan,.,


first try ni, kalau nampak ada tak kena tu, abaikan je sebab yang penting semangat mencuba tu lagi penting lepas nak makan pun bersemangat jugak. walaupun tak sedap mungkin. haha (belum try lagi, masa berbuka nanti baru buat pembuka selera)

yeo's seri kaya yang membantu aku supaya resepi ni lebih menjadi, serius, jom buat senang je sebenarnya.. tapi aku ada rasa putus asa jugak buat puding ni, tapi suami aku bagi semangat untuk aku teruskan, maka terhasil lah.

Bahan-bahan yang diperlukan :-
Yeo's Seri Kaya 1 tin
Buah mangga segar 2 biji
Agar agar strip
gula 1/2 cawan
air 1000ml
cara buat puding mangga seri kaya :-


masukan yoe's seri kaya 5 sudu dalam bekan acuan, kalau takde bekas acuan pon boleh letak je dalam bekas apa-apa.. lepas tu bekukan dalam fridge.


potong buah mangga, dan lenyet-lenyetkan. ni aku guna dua biji buah mangga.. kalau nak guna tiga pat biji pun suka hati kau la kan.. boleh je kalau nak rasa lebih mangga.


lepas tu masaukan yeo's seri kaya dalam 3 sudu then blander atau mixer sampai betul-betul sebati. sebab apa nak sebati, sebab tak nak ada nampak serat dari mangga tu. biar smooth je. hehe


nampak tak mangga tu dah smooth kan.. okey boleh ikut step bawah ni..boleh tambah seri kaya lagi ye dalam mangga larut tu kalau nak manis, gula pun aku letak 1/2 cawan je,sebab mangga pun dan manis kan. kalau mangga tak berapa nak manis boleh up gula 1 cawan atau depend la ikut keadaan.

1. agar-agar strips tu masak dalam air 1000ml sampai larut.
2. masukan gula 1/2 cawan dan kacau sampai larut.
3. masukan mangga yang diblend tadi, dan kacau sampai betul-betul larut. jangan bagi ada ketul².
4. dah siap, biarkan 5-10 minit biar dia suam.
5. yoe's seri kaya yang di bekukan dalam fridge tadi keluarkan (pastikan betul-betul beku) kalau biar semalaman lagi bagus, tapi biarkan dalam sejam lebih je. pun okey.
6. tuang puding mangga tadi tu ke dalam bekas acuan yang ada yoe's seri kaya beku tadi.
7. simpan dalam peti ais semalamam.
8. done,

topping - yang ni bebas, nak letak pun boleh taknak pun takpe. tapi aku saja la letak nak bagi sejuk mata.

caranya :- masak agar-agar strips + gula dan masak sampai larut, then masukan mangga yang diblend tadi dalam 2/3 sudu. kacau sampai larut. lepas tu sejukan kejap and terus masukan tuang dalam pinggan leper. masukan dalam peti ais, bila dah sejuk, amik acuan buat kuih tekapkan untuk dapat effect bunga mcam aku buat tu. siap.


Selamat mencuba :)

Facebook : https://www.facebook.com/YeosFoodMalaysia/
#HappyRamadhanWithYeosSeriKaya


Terima kasih sudi baca.


 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna