my self and blog

Assalamualaikum
terima kasih yang tak terhingga sebab sampai ke harini masih lagi ada yang sudi singgah follow dan baca entry blog ni. sebagai perkenalan nama aku Intan Saffyna, umur aku.... sila baca sampai habis.. aku akan selitkan di penghujung cerita.

Aku mula libatkan diri dalam dunia blog ni since may 2011, masa tu aku hanya banyak update cara buat blog dan coding, sebenarnya aku pun baru belajar. maka lahirlah beberapa tutorials. ada jugak aku copy paste orang lain dan aku creditkan. dalam masa yang sama aku banyak join contest, giveaway , dan segman untuk tingkatkan trafikk blog sambil support kawan² dalam berblogging.

dalam pertengahan 2012 aku mula serius dalam berblogging, aku cuba masukan cerita aku dalam blog ni, kisah yang selama ini aku sorok dalam hati, rupanya blog adalah tempat yang boleh aku luah segalanya. boleh pergi kat entry yang lepas, tapi banyak dah yang aku edit disebabkan faktor tertentu.
disebabkan domain.[my] , penghujung 2013 blog aku lost dari carian google. sebenarnya dalam masa tu aku dah mula jarang update blog, aku busy sasangat dengan urusan perkahwinan, memang tak sempat pun nak update apa² , sekadar login pun tak. maka blog ni dah terabai. lepas tu, aku cuba buka balik blog ni tapi gagal.. aku kecewa sangat. sebabnya? baca sini. 
*****
march 2014 keinginan untuk kembali ke dunia blog sangat membuak buak, aku create lagi satu akaun blog untuk mengisi kekosongan dan banyak benda yang aku nak kongsi. walaupun hati aku rasa kecewa dengan kehilangan blog lama. namun antara aku dengan second blog tak lama, mood menaip sangat swing sebab aku pregnant. disebabkan itu jugak dah hampir 2 tahun aku tak menaip blog sehinggalah... november 2016. baca sini.
i'm back !!
now! aku dah kembali. rindunya hanya Allah saja yang mengetahui bertapa aku rindu menaip, rindu nak baca entry lama, rindu nak main coding dan editing, rindu nak berkongsi cerita. oleh kerana aku dah lama tak update kisah terbaru dalam hidup aku. maka dengan ini blog yang selama ini telah menjadi peneman isi hati akan dipenuhi dengan cerita #trowback 2014,2015,2016. harap ada yang sudi baca.

disebabkan aku dah dapat balik blog lama ni, sebelum masuk tahun baru 2017 akan datang, mari berkenalan dengan aku, moga ikatan persahabatan yang terjalin dalam dunia blog ni akan lebih mesra, penuh ukhwah dan sentiasa dirahmati Allah. InshaAllah.

Salam perkenalan semua, nama aku Intan Saffyna, boleh panggil intan je, kak intan pun boleh. tak kisah, memandangkan aku dah memang kakak kakak dan mak mak. umur aku 29 tahun. lahir pada 08 oktober 1987 di johore baharu dan di besarkan di kuala lumpur. aku telah dijab kabul dan menjadi isteri pada 06 june 2013, sini .dan umi kepada seorang anak lelaki bernama Putera Mikaell Danish ( 1tahun 10 bulan ) yang dilahirkan pada 23 january 2015, sini. ini adalah antara perkara yang akan aku trowback update balik. kisah anak dan family.
oleh kerana aku dah lama tak buat coding dan editing, kalau nak mula balik wajib kena study dulu sebab dah lupa. maka aku menaip kembali sebagai kategori Personal Blogger/Lifestyle Blogger dan Review/Collaboration/Advertorial Blogger. cuma sekarang ni aku hanya buat review (paid) di instagram saja. ig : intansaffyna
Bukan hanya sekadar seorang blogger sahaja aku juga berkecimpung dalam bidang perniagaan, banyak jugak yang aku pernah jana pendapatan dengan hanya online. baru² ni sejak may 2016 aku mula keluarkan satu produk kecantikan atau dikenali sebagai skincare solution. masih lagi baru Marcella Skinz' 4in1 ini dilancarkan. baru diperinkat trial. boleh ke ig saffyna beauty hq bagi yang ingin mengenalinya.
last but not least, enjoy your continue reading! harapan aku semoga blog ini terus maju dan aku akan terus menaip kongsikan apa saja tentang kehidupan aku secara menyeluruh dan info yang berguna untuk semua. harap semua dapat terima aku seadanya.. haha terima kasih. 
Love,
Intan Saffyna Al-Imran๐Ÿ’˜

14 comments:

Jari Manis said...

im follow u back #2112

Jari Manis said...

welcome back intan..selamat berkenalan

Jari Manis said...

teruskan menulis jgn jai mcm sis JM tenggelam timbul

Unni Anje said...

tak penah tlepas baca post intan :P dari kisah dpt blog balik...

Fatin Days said...

Salam perkenalan :D

http://www.fatindays.com

Inani Hazwani said...

Happy blogging again :)

ayunie ramli said...

mek dulu blogger dari tahun 2007. leps tu hilang. kembali blogging on 2010. pastu hilang lg. hahahha. timbul pulak 2016. insyaAllah la tak hilang dah.

Siqah Hussin said...

happy blogging intan :) hope pasni tak hilang lagi. Hii. Lets support each other :D

Ayda Awie said...

Salam perkenalan Intan...selamat kembali berblogging,keep it up!

Intan Saffyna said...

Thanks sis, selamat berkenalana ☺️

Intan Saffyna said...

terima kasih sudi follow saya ๐Ÿ˜…

Intan Saffyna said...

InshaAllah sis, harap lepas ni sy akan terus berblogging.. hehe

sya mimie said...

Asslmkm sis intan. Salam perkenalan. Sy muda sthn je dr sis. ☺☺
Moga dpt teruskn dlm dunia blogging.

aryan azra said...

salam perkenalan intan..terima kasih follow akak, akak follw kembali

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna